Alhamdulillah, sabtu 11 April 2009 baru ni saya telah mulakan kelas Iqra' dan al-Quran di Surau Sabah Elektrik Sdn Bhd (SESB) Tanjung Aru Sabah. Saya telah dipohon oleh En. Aswadi salah seorang enginier di SESB dan juga sahabat saya untuk mengajar Iqra' dan al-Quran bagi anak - anak staf SESB yang tinggal di sana.
Hari pertama jumlah kehadiran anak - anak seramai 20 orang tu pun ada lagi tak datang sebab balik kampung. Mengikut jadual yang telah dipersetujui waktu pengajian adalah setiap hari sabtu malam ahad selepas maghrib. Tetapi jadual telah diubah kepada hari jumaat malam sabtu sebab jika hari sabtu ada yang balik kampung. Saya setuju je walaupun hari - hari bekerja ni sebenarnya masa saya setiap lepas maghrib dah penuh dengan kelas Iqra' dan al-Quran di kediaman saya.
Jika diperhatikan tempat tersebut, mereka benar - benar mengharapkan agar anak - anak mereka dapat belajar Iqra' dan al-Quran di samping itu juga saya akan mengajar sedikit mengenai dengan Fardhu 'Ain.
Mudah - mudahan ada manfaat untuk diri saya dan anak - anak di sana serta berkat daripada al-Quran akan membuka lagi pintu HIDAYAH kepada semua staf SESB kawasan tersebut. Sebenarnya itulah harapan En. Aswadi sebagai Bos di sana. Aminnnn......
0 ulasan:
Catat Ulasan