Jumaat, April 03, 2009

Kembali ke Rahmatullah

Bismillah...

Semalam saya telah menerima sms menyatakan bahawa seorang sahabat saya iaitu Saudara Fuad bersama ibu bapanya berasal dari kuala Lipis, Pahang telah kembali ke rahmatullah pada jam 4 pagi kerana terlibat dengan kemalangan. Allahyarham merupakan rakan sepengajian saya semasa di Darul Quran Jakim dan kalau tak silap, Allahyarham meneruskan pengajiannya ke Shoubra Mesir.

Agak terkejut dengan berita ini, namun itulah hakikatnya yang hidup pasti akan mati. Cumanya kita tak tau bila dan di mana kematian kita. Insaf dan bermuhasabah diri, kita dah bersediakah untuk mati? bekalan dah ada?..... apabila berlaku sesuatu kematian sama ada yang melibatkan dengan keluarga kita atau orang lain, maka kita sewajarnya sentiasa mengambil iktibar untuk kita insafi bahawa kita juga akan mati. Tidak memadai dengan mengadakan kenduri dan tahlil bagi simati bahkan orang yang hidup wajib mengambil perhatian terhadap MATI. Ilmu manfaat, Doa Anak Soleh dan Amal Jariah sahaja yang akan menjadi bekalan tetap yang mengiringi kita masuk ke liang lahad. Di dunia 3 perkara tersebut kita kena ambil perhatian tumpang nyawa masih ada.

Moga kita diberikan hidayah Allah SWT agar sentiasa berada dibawah pimpinanNYA dan kita sama - sama doakan Allahyarham Fuad dan ibu bapanya ditempatkan bersama golongan para solihin.... al-Fatihah.

0 ulasan:

Catat Ulasan