Isnin, Mei 03, 2010

Selesai Pun

Bismillah...

Memeriksa arah kiblat menggunakan tedeolit berdasarkan bering/azimuth yang telah kami tetapkan

Sehari selepas saya mengadakan lawatan bagi menentusahkan arah kiblat di dua lokasi iaitu Masjid Al-Hilal, Tg Dumpil dan surau Sekolah Pendidikan Khas Jalan Ketiau - Tombovo kedua - duanya di daerah Putatan, saya telah dihubungi pemaju yang membina Masjid Al-Hilal bagi memaklumkan bahawa arah kiblat yang mereka telah ukur sedia untuk disemak dan di periksa.

Hari jumaat,paginya saya bermesyuarat dan sebelah petang saya ke lokasi. En. Tommy daripada Syarikat Golden City adalah pemaju (kontraktor) dan juruukur yang mereka lantik adalah juruukur (tak ingat syarikatnya) tapi nama juruukurnya Joseph Tan.

Semakan kali kedua (double chek) memastikan arah kiblat benar-benar tepat

Plan tapak masjid tersebut telah ditunjukkan kepada saya beserta dengan ketentuan bering / azimuth arah kiblat yang kami bekalkan juga telah ditanda pada tapak kedudukan masjid yang hendak didirikan.

Proses menandatangi dokumen

Semuanya tepat dan segala prosedur telah dipenuhi. En. Tommy adalah Kontraktor Masjid tersebut. Seingat saya yang datang berurusan ke pejabat adalah seorang Islam daripada Syarikat bumiputra yang bosnya adalah MUSLIM.

Tetapi apabila di tapak lain pula orangnya yang mana En. Tommy adalah berbangsa Cina yang mengawal selia projek ini. Hairan kan? Masjid tempat ibadat orang Islam tapi yang membuatnya bukan orang Islam.

En. Tommy memaklumkan bahawa syarikat mereka telah disubkan (istilah kontraktor) oleh syarikat yang sepatutnya melaksanakan projek ini.

Itulah senarionya, kenapa sudah tidak ada kontraktor Islam yang boleh menjalankan projek membuat masjid @ surau terutama di negeri ini? maknanya, tujuan atau hadaf untuk membina rumah Allah semata - mata atas dasar TAQWA itu dipatuhi atau sebaliknya.

Waallahua'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan