Bismillah...
Alhamdulillah, 01 Mei 2010 sabtu lepas saya bersama dengan sahabat - sahabat seusrah telah berehlah di Tg. Aru, Kota Kinabalu.
Jika sebelum ini, usrah dijalankan dalam bentuk perbincangan ilmiah dengan membincangkan beberapa buah kitab sesuai dengan manhaj yang telah ditetapkan sebagai pengisian rohani. Tapi kali ini usrah secara santai sambil-sambil merapatkan lagi ukhwah yang sedia terjalin.
Walaupun tidak kesemuanya hadir disebabkan urusan masing - masing namun rehlah tetap meriah. Acaranya ringkas, datang bawa menu makanan masing - masing dan keperluan berkaitan, anak - anak pula dibiarkan bermain sesuka hati mereka si ibu susun juadah dan layan anak - anak, si bapa pula bakar - bakar @ panggang - panggang apa yang patut.
Ada yang bawa ikan, ayam, sayap ayam, ikan pari yang telah siap diperap untuk dibakar. Mee hun gorang, sup kaki ayam, kek batik, buah dan macam - macam lagi. Tapi yang istimewanya laksa penang yang disediakan oleh abg. bakar dan kak cha. Memang sodap la laksa tu. Baru ja teringat nak makan laksa, tak sangka juga hari tu ada menu laksa penang. Alhamdulillah... alhamdulillah.... alhamdulillah.
Ini rehlah bil. 1/2010, maknanya selepas ini ada lagi rehlah akan menyusul. Di mana? bila? ahli usrah akan fikirkan dan membincangkannya.
Alhamdulillah, moga rehlah sebegini akan dapat lagi mengukuhkan ukhwah yang sedia terjalin bagi memantapkan gerak kerja dakwah untuk memastikan ISLAM terus dijulang. Anda juga boleh membaca cerita berkaitan rehlah ini di sini dan di sini.
Waallahua'alam.
Gambar :

0 ulasan:
Catat Ulasan