Bismillah...
Alhamdulillah jam 2.50 petang tadi saya selamat sampai di KLIA. Bermusafir hari ini sebab esoknya saya menghadiri Mesyuarat Persediaan Bengkel Standart Kiblat di Institut Latihan Islam Malaysia ( ILIM ) di Bangi.
Ikan keli memang saya tak makan kerana cerita keli ini saya ada sejarahnya sendiri. Namun semenjak belajar di Selangor sekitar 1999 - 2002 keli menjadi kegemaran pula.
Mulanya saya makan ikan keli masak cili api di sebuah restoran di Rawang dalam perjalanan balik ke Kuala Kubu Baru, Selangor. Saya tak sangka ikan keli pada ketika dahulu yang saya geli memakannya terasa sedap apabila ikan keli tersebut dimasak dengan cili api.
Namun semenjak balik Sabah saya masih meragui keli - keli yang ada di pasaran bukan kerana ketidak halalannya untuk dimakan tapi di mana dapatnya keli itu samada dipelihara atau ditangkap. Lagipun, saya masih belum ketemu keli dimasak cili api. Kalau pun ada, sejarah lama masih lagi menghantui saya.
Apabila saya ke semenanjung, ikan keli masak cili api lah yang saya akan cari dahulu. Sampai sahaja di KLIA saya selesaikan solat kemudian saya ke medan selera KLIA yang letakknya di tingkat 2. Alhamdulillah, keli masak cili api dan sayur pucuk ubi masak lemak ( kegemaran ) dapat saya nikmati.
Sedang memilih menu dan disebelah keli masak cili api tu ada belud goreng. Geli la juga. Semamangnya saya tidak memakannya bahkan nak pegang pun geli.

0 ulasan:
Catat Ulasan