Bismillah...
Di pagi jumaat yang penuh dengan keberkatan ini, hati ini teruji dengan kenyataan seseorang menteri yang telah menyatakan perihal judi sempena bola sepak piala dunia yang bakal berlangsung jun depan.
Bermula semalam setelah menonton berita TV3, seorang menteri menyatakan tentang pemberian lesen kepada penjudi. Sama ada hendak diberikan atau sebaliknya. Anda boleh merujuknya di sini.
Persoalannya
Soalnya bukan diberi atau tidak lesen itu. Tapi hukum lesen sememangnya telah diketahui seluruhnya oleh umat Islam adalah DOSA. Saya tidak hairan sekiranya judi ini dipersoalkan oleh orang bukan Islam tapi sekiranya orang Islam yang pandai - pandai mengatur sehingga membawa kepada kebenaran untuk diadakan judi dengan adanya lesen maka ini adalah satu bahana dan merbahaya kepada umat Islam dan negara ini.
Juga tidak ada jaminan sekiranya lesen diberikan kepada pihak tertentu umat Islam tidak terjebak ke lembah maksiat ini.
Hukum Judi
Jelas sepertimana yang telah Allah SWT nyatakan dalam firmannya :
Arak, judi, tilik nasib, sembah berhala semuanya adalah haram bahkan Allah SWT mengibaratkan ianya sebagai najis. Mungkin perkataan najis itu tidak terkesan di dalam hati, tetapi lebih jelas sekiranya najis itu dikatakan sebagai " Air kencing dan tahi " Syaitan.
Maknanya orang yang mengerjakan judi, tilik nasib, sembah berhala dan meminum arak adalah mereka ini peminum air kencing dan makan tahi syaitan. Itu bagi golongan yang membuat perkara - perkara tersebut.
Bagaimana bagi mereka yang menyediakan jalan untuk golongan tersebut melakukan perkara mungkar ini? sudah pasti jawapannya sama bahkan lagi teruk, seolah - olah mereka ini yang tukang bancuh air kencing dan tahi syaitan kemudian diminum dan memberikannya kepada golongan ini.
Hukumnya dosa bagi yang melakukan dan golongan yang memberikan jalan mudah kepada golongan ini melakukan kemungkaran maka berganda - gandalah lagi dosanya.
Untung judi
Dalam kenyataan tersebut juga dinyatakan bahawa untung judi berlesen ini akan digunakan di dalam pembangunan sukan negara. Astagfirullah... apa nak jadi?
Bagaimana atlit - atlit muslim apabila terdengar kenyataan ini. Adakah mereka tidak merasa ragu dengan sumber rezeki mereka apabila kenyataan ini jelas menunjukkan ianya bersumberkan wang judi yang diiktiraf halal jika ianya berlesen tetapi disis Islam ianya tetap haram dan dosa.
Pusat Maksiat
Apabila ada judi maka di situ juga adanya arak dan dadah dan mungkin juga ada aktiviti pelacuran. Semua ini boleh didapati di kelab - kelab malam yang berlesen dan yang sebaliknya.
Lesen daripada siapa? anda ada jawapannya. Jika ini yang berlaku maknanya jalan untuk melakukan kemungkaran dan maksiat terbentang luas.
Kesan dan akibatnya, kes buang bayi yang tak sudah - sudah kita dengari, bunuh sini sana, remaja dengan masalah sosialnya, rasuah dan banyak lagi. Pusat maksiatlah puncanya.
Sepatutnya
Jika ada pihak individu atau ngo's memandang serius perkara ini maka sewajarnya pihak pemerintah lebih serius menengani masalah ini.
Pelaksana bagi pihak pemerintah iaitu jabatan - jabatan di setiap kerajaan negeri atau pusat tidak akan berjaya selagimana para pemimpin tidak serius dalam menengani perkara ini.
Rakyat mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada pihak pemimpin bukan hanya habuan dan hidangan berbentuk fizikal tetapi juga dalam pembangunan rohani.
Jika pusat dan acara maksiat berleluasa maknanya rakyat dihidangkan dengan perkara dosa dan menghancurkan. Tidak dinafikan acara yang baik itu ada tetapi acara maksiat dan pusat maksiat lagi hebat dan berleluasa.
Jalan demi kemaslahatan dan kebaikan sewajibnya pemerintah tujukkan kepada rakyat dan jalan menuju kemaksiatan dan kemungkaran sewajibnya juga ditutup untuk rakyat.
Sadd az-zara'i merupakan salah satu sumber pembentukan hukum syarak wajib dipahami oleh para pemimpin kerana ia adalah pendekatan untuk menyekat perkara yang boleh membawa seseorang terjebak ke dalam perkara yang diharamkan. Ia adalah langkah pencegahan awal untuk mengelakkan seseorang Islam daripada melakukan sesuatu yang di larang oleh Allah SWT.
Bukan guna kondom untuk mengelak berlakunya zina dan buang bayi dan juga bukan berikan lesen untuk membenarkan judi dan kelab - kelab malam bermaharajalela.
Waallahua'alam.

"Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, berhala, dan undian adalah kotor dari perbuatan syaitan. Oleh karena itu jauhilah dia supaya kamu bahagia. Syaitan hanya bermaksud untuk mendatangkan permusuhan dan kebencian di antara kamu disebabkan khamar dan judi, serta menghalangi kamu ingat kepada Allah dan sembahyang. Apakah kamu tidak mau berhenti?" (al-Maidah: 90-91)
Arak, judi, tilik nasib, sembah berhala semuanya adalah haram bahkan Allah SWT mengibaratkan ianya sebagai najis. Mungkin perkataan najis itu tidak terkesan di dalam hati, tetapi lebih jelas sekiranya najis itu dikatakan sebagai " Air kencing dan tahi " Syaitan.
Maknanya orang yang mengerjakan judi, tilik nasib, sembah berhala dan meminum arak adalah mereka ini peminum air kencing dan makan tahi syaitan. Itu bagi golongan yang membuat perkara - perkara tersebut.
Bagaimana bagi mereka yang menyediakan jalan untuk golongan tersebut melakukan perkara mungkar ini? sudah pasti jawapannya sama bahkan lagi teruk, seolah - olah mereka ini yang tukang bancuh air kencing dan tahi syaitan kemudian diminum dan memberikannya kepada golongan ini.
Hukumnya dosa bagi yang melakukan dan golongan yang memberikan jalan mudah kepada golongan ini melakukan kemungkaran maka berganda - gandalah lagi dosanya.
Untung judi
Dalam kenyataan tersebut juga dinyatakan bahawa untung judi berlesen ini akan digunakan di dalam pembangunan sukan negara. Astagfirullah... apa nak jadi?
Bagaimana atlit - atlit muslim apabila terdengar kenyataan ini. Adakah mereka tidak merasa ragu dengan sumber rezeki mereka apabila kenyataan ini jelas menunjukkan ianya bersumberkan wang judi yang diiktiraf halal jika ianya berlesen tetapi disis Islam ianya tetap haram dan dosa.
Pusat Maksiat
Apabila ada judi maka di situ juga adanya arak dan dadah dan mungkin juga ada aktiviti pelacuran. Semua ini boleh didapati di kelab - kelab malam yang berlesen dan yang sebaliknya.
Lesen daripada siapa? anda ada jawapannya. Jika ini yang berlaku maknanya jalan untuk melakukan kemungkaran dan maksiat terbentang luas.
Kesan dan akibatnya, kes buang bayi yang tak sudah - sudah kita dengari, bunuh sini sana, remaja dengan masalah sosialnya, rasuah dan banyak lagi. Pusat maksiatlah puncanya.
Sepatutnya
Jika ada pihak individu atau ngo's memandang serius perkara ini maka sewajarnya pihak pemerintah lebih serius menengani masalah ini.
Pelaksana bagi pihak pemerintah iaitu jabatan - jabatan di setiap kerajaan negeri atau pusat tidak akan berjaya selagimana para pemimpin tidak serius dalam menengani perkara ini.
Rakyat mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada pihak pemimpin bukan hanya habuan dan hidangan berbentuk fizikal tetapi juga dalam pembangunan rohani.
Jika pusat dan acara maksiat berleluasa maknanya rakyat dihidangkan dengan perkara dosa dan menghancurkan. Tidak dinafikan acara yang baik itu ada tetapi acara maksiat dan pusat maksiat lagi hebat dan berleluasa.
Jalan demi kemaslahatan dan kebaikan sewajibnya pemerintah tujukkan kepada rakyat dan jalan menuju kemaksiatan dan kemungkaran sewajibnya juga ditutup untuk rakyat.
Sadd az-zara'i merupakan salah satu sumber pembentukan hukum syarak wajib dipahami oleh para pemimpin kerana ia adalah pendekatan untuk menyekat perkara yang boleh membawa seseorang terjebak ke dalam perkara yang diharamkan. Ia adalah langkah pencegahan awal untuk mengelakkan seseorang Islam daripada melakukan sesuatu yang di larang oleh Allah SWT.
Bukan guna kondom untuk mengelak berlakunya zina dan buang bayi dan juga bukan berikan lesen untuk membenarkan judi dan kelab - kelab malam bermaharajalela.
Waallahua'alam.
0 ulasan:
Catat Ulasan