Ahad, Julai 12, 2009

Usia Meningkat

Buku dan Kek hadiah untuk nikmat umur kurniaan Allah SWT...

Bismillah...

11 Julai 2009 : tarikh ini adalah tarikh Allah SWT campakkan aku ke dunia ini. Tujuannya adalah untuk menjadikan diri ini hamba sebenar-benar hamba kepadaNYA.

Sekali lagi Allah SWT berikan peluang dan nikmat umur dan sehingga ini saya telah berumur 29 tahun. Mengimbas kembali, amal dah banyak buat ke? semakin meningkat umur ini semakin dekat dengan kubur. Kekadang risau dan gelisah untuk memikirkan dan memang semestinya kena fikirkan agar kita lebih ingat akan kematian.

Saya bersyukur atas kurniaan umur moga kehidupan lebih bermakna dan mengharapkan pengiktirafan daripada Allah SWT agar diri ini benar - benar Hamba di sisiNYA.

Biasanya orang lelaki seperti saya ini kurang mengambil berat tentang tarikh lahir sehingga lupa pun ada tentang tarikh lahir ni. Makanya isteri pula beriya - iya nak memberikan sesuatu. Saya dah pesan awal - awal kat isteri saya, kalau nak bagi apa - apa berilah buku agar lebih bermanfaat. Kek boleh tapi tahun tak payah la cukup buku sahaja.

Usul Fiqh (Ust. Hj Hasan Hj Ahmad, Mufti Pulau Pinang ) al-Qawaid al-Fiqhiyyah ( Ust. Hj Mohd Soleh Hj. Ahmad )

Kejutan, Isteri saya telah menghadiahkan sebuah buku yang saya pernah nampak dan akan mendapatinya iaitu sebuah buku Usul Fiqh karya Ust. Hj Hasan Hj Ahmad dan al-Qawaid al-Fiqhiyyah karangan Ust. Hj Mohd Soleh Hj Ahmad dalam satu kitab. Mereka ini adalah adik beradik. Lagi specialnya dan hari ini dalam sejarah apabila isteri saya turut menyediakan kek kukus berperisa coklat hasil tangannya sendiri. Selama 5 tahun mendirikan rumahtangga inilah kali pertama dia membuat kek. Dia bangun jam 1 pagi semata - mata buat kek tanpa pengetahuan saya.. nak buat suprise katakan. Ceritanya klik di sini...

Kek Kukus berperisa coklat

Walaupun kali pertama buat kek saya boleh bagi markah 99% la... memang jadi dan sedap kena dengan selera saya yang memang minat sangat makan kek. Alhamdulillah dan terima kasih untuk isteriku moga lepas ni boleh buat lagi dan tak payah beli kat luar. Jimat kos, yakin kehalalannya sebab hasil tangan isteri sendiri.

" Ya Allah aku bersyukur akan kurniaan nikmat yang engkau berikan, panjangkanlah umurku dan ahli keluargaku dalam memperhambakan diri kami kepadaMU ya Allah, tetapkanlah kami di atas landasan hidayahMU".

Wallahua'alam.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga dimurahkan rezeki dan ditetapkan iman serta ruh perjuangan

Catat Ulasan