Rabu, Julai 01, 2009

12 Peribadi Cemerlang IBADURRAHMAN (Siri 1)


Bismillah...

Saya cukup tertarik dengan satu lagi karya Syekh Yusuf al-Qardhawiy yang bertajuk 12 Peribadi Cemerlang IBADURAHMAN Ciri Yang Allah Sebutkan 1500 Tahun Lalu. Buku ini telah dikeluarkan oleh BLUE-T PUBLICATION SDN. BHD.

Saya bukan berniat hendak menciplak isi yang ada di dalam buku tersebut. Cuma saya akan catatkan dalam blog ini hanya mengikut huraian dan lontaran fikrah saya sendiri bersumberkan buku tersebut. Maknanya bukan cetak rompak la... Oleh itu saya akan huraikan pada beberapa siri akan datang.

Sebagai muqaddimah, 12 Peribadi Cemerlang IBADURRAHMAN ini adalah dipetik daripada ayat 63 sehingga 77 surah al-Furqan. IBDURRAHMAN yang bermaksud Hamba Allah yang dinisbahkan kepada ZAT Allah yang suci (Ar-Rahman) yang membawa erti hamba - hamba ini adalah selayaknya mendapat rahmat dan sentiasa di bawah naungan rahmat Allah SWT. Lawan kepada IBDURRAHMAN adalah IBADUSSYAITAN iaitu hamba yang menghambakan diri kepada syaitan.

12 Peribadi IBADURRAHMAN pada ayat 63-77 surah al-Furqan tersebut adalah :

1. TAWADUK
2. MURAH HATI
3. MENDIRIKAN SOLAT MALAM
4. TAKUT NERAKA
5. SEDERHANA DALAM MEMBELANJAKAN HARTA
6. BERTAUHID
7. MENJAUHI MELAKUKAN PEMBUNUHAN DAN MENGHORMATI
8. MENJAUHI ZINA
9. TAUBAT NASUHA
10.TIDAK BERSUMPAH PALSU DAN MENINGGALKAN PERBUATAN YANG TIDAK BERMANFAAT
11. MENYELAMI AYAT - AYAT ALLAH
12. MEMOHON KEBAIKAN BAGI ISTERI DAN KELUARGA.

InsyaAllah untuk menjadikan diri kita sebagai IBDURRAHMAN bukan IBADUSSYAITAN sifat - sifat di atas perlu kita ketahui untuk kita amalkan. InsyaAllah, kita akan bongkar sifat - sifat tersebut moga diri kita akan tergolong dalam IBDURRAHMAN....

Bersambung....

Wallahu'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan