Bismillah...
Semenjak beberapa hari ini berita kematian Michael Jackson memang hangat diperkatakan oleh semua media. Hingga kini berita mengenainya tak sudah - sudah. Siasatan terhadap kematiannya masih lagi dijalankan samada disebabkan penyakit atau dengan sebab khianat.
Kesannya sehingga sekarang mayatnya masih belum dikebumikan. Status keislamannya pun belum jelas walaupun sebelum ini diwar-warkan cerita keislamannya ini menyebabkan cara pengurusan jenazahnya turut dipersoalkan lagi.
Sehingga kini, semakin banyak timbul persoalan semakin ada pula cerita yang mengaibkan seperti paparan akhbar hari ini... klik disini.
Oleh itu, kita dapat mengambil sedikit iktibar apa yang berlaku itu. STATUS KEISLAMAN bagi mereka yang baru memeluk Islam kena jelas. Memang ada prosedur - prosedur yang telah digariskan oleh pihak jabatan agama tetapi mungkin ianya perlu diperkukuhkan lagi dan diperbaiki serta bukan setakat prosedur - prosedur tu ada tetapi mestilah disertakan dengan satu undang - undang bagi mengukuhkan tindakan yang diambil jika sesuatu masalah timbul. Maknanya prosedur bertulis (hitam putih) amat penting walaupun ianya sikit melecehkan tetapi berharga dan terlalu penting untuk masa akan datang.
Jika Micheal Jackson benar - benar Islam, kita doakan agar dia dilindungi daripada berbagai - bagai keaiban dan ditempatkan bersama - sama para solihin...
Wallahu'alam.

0 ulasan:
Catat Ulasan