Bismillah...
Selesai solat jumaat kelmarin saya ke kedai buku Golden di Wisma MUIS untuk mencari buku Travelog Haji dan Travelo Dakwah karya Prof. Madya Dr. Hj. Muhd Kamil. Tetapi mengecewakan semuanya kehabisan stok.
Memang sebelum ini lagi saya nak mendapatkan buku itu tetapi tak berkesempatan sehingga saya sendiri mengikuti ceramah Prof ketika beliau berkunjung ke Sabah sebelum ini. Prof juga ada menceritakan bahawa buku tersebut sudah beberapa kali di ulang cetak namun sambutannya di luar jangkaan.
Saya cuba mendapatkan buku tersebut untuk tatapan dan bacaan peribadi saya dan juga saya nak hadiahkan kepada salah seorang jemaah masjid yang mana beliau tahun ini akan menjadi tetamu Allah SWT.
Insya Allah dan mudah-mudahan diketemukan saya dengan buku - buku tersebut... Amin.
Wassalam.

2 ulasan:
Salam,
cuba ke sini :
Traveloghaji.com
InsyaAllah ada.
Salam.
Saudara boleh cuba menempah dari penerbit buku secara online, Insya ALLAH, lebih mudah dan sentiasa ada stok. Penerbit: PTS bookcafe.
Catat Ulasan