Bismillah...
05 Syawal 1432 bersamaan 03 September merupakan hari yang cukup bersejarah kepada dua mempelai setelah mereka sah menjadi suami isteri iaitu sepupuku Ust. Mohammad Razlie Mohammad omar ( Towil ) dan Hernawati @ Nurul Husna Baharuddin (ann @ Cikgu Ann).
Towil adalah tenaga pengajar di Sekolah Rendah Tahfiz, Bandar Serra, Telipok merupakan anak ke lima daripada enam orang adik beradik dan dia juga merupakan yang terakhir menamatkan zaman bujangnya. Isterinya berkhidmat sebagai guru Pasti di Taman kawasan Telipok dan dia juga diantara adik beradiknya yang terakhir menamatkan zaman daranya. Mereka bertunang pada bulan 4 ( kalau tak silap ) dan saya sendiri mengetuai rombongan naik meminang yang merupakan pengalaman pertama bagi diri saya.
Ketika itu, kemahiran untuk berpantun memang tiada. Jadi, segala ucapan atau kata-kata dan maksud disampaikan secara terang dan jelas tanpa ada kata-kata yang berbunga. Kalau suruh berpantun memang tak boleh tapi kalau suruh ceramah bolehlah... sikit gurauan.
03 September 2011 adalah tarikh yang telah disepakati oleh kedua-dua pihak. Keluarga dari Sandakan turut hadir bersama-sama rombongan lelaki ke majlis akad nikah yang diadakan selepas zohor di Surau Telipok Ria. Hikmahnya juga Isteri saya melahirkan anak di 27 Ramadhan menyebabkan kami hanya berhari raya di Kota Kinabalu. Walau isteri ketika itu dalam pantang tapi saya mengagahi diri agar dapat hadir ke majlis ini.
Akad nikah dilangsungkan, ramai keluarga memenuhi ruang surau bersama rakan - rakan pengantin bagi menyaksikan hari yang cukup bersejarah bagi pengantin ini. Ketika itu juga, syaitan dan iblis turut menangis sekuat-kuatnya kerana detik dan saat itu sahlah Razlie dan Ann diijab qabulkan sebagai suami isteri.
Alhamdulillah majlis akad nikah selesai dan kami ke dewan yang terletak di sebelah surau bagi meneruskan acara. Nampaknya, telah tersedia pelamin untuk disandingkan pengantin ini... harapan saya agar pelamin tersebut dibuat hanya bertujuan untuk bergambar sahaja sepertimana yang pernah saya lakukan. Selebihnya... waallahu'alam.
Sebenarnya acara kemuncak majlis walimah ini adalah di sebelah malam selepas isyak. Acara telah disusun seperti bacaan doa, ceramah, tilawah al-Quran dan persembahan nasyid. Saya turut diamanahkan untuk memimpin bacaan doa tetapi saya telah mohon keuzuran memandangkan isteri masih dalam pantang bagi saya menyediakan segala keperluannya pada waktu malam di samping mengurus dua orang anak lagi.
Namun demikian, yang wajibnya telahpun selesai dan kami sekeluarga ada menghadiahkan sesuatu kepada pengantin agar hadiah tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya hingga ke anak cucu. Di kesempatan ini, keluarga albelurani mengucapkan BARAKAALLAHU LAKUMA WA BARAKA 'ALAIKUMA WA JAMA'A BAINAKUMA FI KHAIR... seperti doa yang nabi SAW ajar untuk pengantin yang sah diijab qabul. Didoakan juga agar kalian senantiasa di bawah zilal rahmah, maghfirah dan hidayah Allah SWT serta jodoh berkekalan hingga ke syurga... bak kata berhikmah " BERCINTA HINGGA KE SYURGA".
Salam Eidulfitri....
p/s : Wahai Pengantin mai jemput datang beraya ke rumah...

2 ulasan:
assalamualaikum :) alhamdulillah akhirnya mereka telah selamat d ijabkabulkan . saya sbegai jiran kepada ust mohammad razlie ingin mungucapkan selamat pnegantin baru . dan semoga berkekalan dunia dan akhirat .Barakallah ukhti,Barakallah akhi,Semoga sakinah, mawaddah wa rahmah
Senantiasa menjadi penghias kehidupan rumah tangga Dan menjadi penghantar kalian menuju surga AMENN ..
Assalamua'alaikum wbt...barakALLAH tuan razlie...tuan razlie...setahu ana b4 nikah & after nikah zaujah tuan mmg berpurdah kn? cmner ngn gambar2 di layar internet banyak gambar2 terpampang wajah aurat zaujah tuan? sekadar pertanyaan...wallahua'alam..
Catat Ulasan