Isnin, September 12, 2011

Satelit Bakal Terhempas Ke Bumi

Bismillah...

Ini agak membahayakan namun ke tahap mana .... waallahua'alam.

Sumber : http://mynewshub.my/2011/09/11/bahaya-satelit-seberat-5-tan-bakal-terhempas-ke-bumi/


WASHINGTON – Sebuah satelit milik NASA yang sudah tidak berfungsi di angkasa bakal terhempas ke bumi, tetapi agensi angkasa lepas itu berkata, peluang untuk ia menimpa sesiapa adalah tipis.

Menurut NASA, satelit berusia 20 tahun itu dijangka akan terhempas antara lewat bulan ini dan Oktober serta serpihannya boleh jatuh mana-mana sahaja di enam benua di dunia ini.


Para sainstis NASA meletakan peluang 1 dalam 3,200 untuk serpihan satelit itu menimpa sesiapa.


Mereka menganggarkan sebahagian besar satelit itu akan terbakar hangus sebaik masuk ke sistem atmosfera bumi.


Satelit Upper Atmosphere Research Satellite (UARS) seberat 6 tan itu kehabisan bahan bakar pada 2005 dan akan jatuh tanpa kawalan. Dianggarkan hanya 544 kilogram besi yang akan bertahan ketika ia terhempas.


Satelit ini adalah lebih kecil daripada Stesen Angkasa Mir (seberat 135 tan) yang jatuh ke bumi pada 2001 atau Skylab seberat 100 tan yang terhempas pada 1979.


Stesen Mir jatuh ke Pasifik Selatan manakala Skylab pula jatuh ke Lautan Hindi dan sebahagian daripada serpihannya bertaburan sekitar kawasan Australia Barat.


Disebabkan dua pertiga bumi diliputi air, maka serpihan dari angkasa kerap kali akan jatuh ke dalam kawasan berair.


“Banyak benda yang masuk kembali (re-enter) ke bumi sejak bermulanya zaman angkasa, sehingga kini tidak ada sesiapa pun yang cedera akibat re-entering itu,” kata Ketua Serpihan Orbit NASA, Gene Stansbery.


“Namun itu tidak bermakna kami tidak prihatin,” tambahnya.


NASA menetapkan bahawa peluang untuk mana-mana satelit miliknya menimpa seseorang sebagai lebih daripada 1 dalam 10,000 kemungkinan.


Namun, UARS yang mengkaji tahap kimia dalam udara dilancarkan pada 1991, sebelum kemungkinan di atas dijadikan panduan rasmi.


NASA selalunya akan mengalihkan satelit mati ke orbit ‘perkuburan satelit’ atau memandunya jatuh ke dalam lautan, kata Stansbery.


Namun, jumlah bahan bakar dalam UARS adalah terlalu sedikit menyebabkan ia tidak boleh dikawal langsung untuk dibawa ke orbit perkuburan satelit atau dihalakan ke mana-mana laut.


Kemungkin 1 dalam 3,200 itu bermakna sesiapa sahaja daripada 7 bilion penduduk bumi boleh menjadi mangsa. Bermakna secara pembahagian, peluang untuk seseorang terkenan serpihan adalah 1 dalam 21 trilion sebenarnya.


Serpihan angkasa melebihi 5 tan jarang sampai ke permukaan bumi. Namun, ini merupakan kali ketiga dalam tahun ini sesuatu yang seberat itu dijangka terhempas ke permukaan bumi, menurut astrophysicist Universiti Harvard, Jonathan McDowell.


NASA akan memantau pergerakan satelit itu secara mingguan sebelum setiap hari ketika ia hampir mahu terhempas. (AP).


**************************************************************************

Inilah diantara risiko yang ditanggung hasil tangan-tangan manusia. Maknanya segala perkara yang bakal dibuat, direka, dicipta atau apa-apa lagi... bukan hanya sekadar memikirkan untuk tempoh terdekat sahaja bahkan perlu difikir kesannya samada sebelum, semasa dan selepas sesuatu perkara itu diwujudkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan