Bismillah...
Lanjut malam kedengaran "pong pang 3x" di dapur semenjak beberapa hari ini. Mustahil agaknya kalau tikus yang masuk sebab segala tingkap tertutup rapat dan laluannya yang lain juga telah dipastikan ditutup.
Anggapan tersebut sedikit ada benarnya, kerana hasil pemerhatian saya terdapat laluan yang membolehkan sang makhluk perosak ini masuk dengan mudahnya ke kawasan dapur walau memerlukan sedikit mujahadah. Adakah patut tingkap yang telah ditutup rapat sang tikus ini atau nama glamournya si CT boleh tolak dan masuk dicelah-celah tingkap tersebut.
Sebagai kajian dan pemerhatian saya, maka lesung batu saya letakkan di tepi tingkap dan pada anggapan saya si CT ni dah tak boleh menolaknya lagi. Nampaknya kaedah ini pun tidak berhasil. Oleh itu, saya mengishtiharkan perang secara kekerasan kepada si CT and the geng.
Nampak gaya kaedah ini cukup berhasil, semalam dan subuh tadi dua ekor telah terkorban di tangan saya yang hanya bersenjatakan dua batang penyapu. Saya juga turut dibantu oleh abe long (anak sulung)... ketika berperang di dapur dia sebagai penunjuk arah di mana kedudukan tikus yang cukup lecek itu berada. "Abi...abi... dia di bawah gas" tu diantara kata-katanya...
Apa lagi terus dikejar... yang lawaknya si CT pun terkejut sehingga terlompat-lompak mengenai abe long.. abe long juga terkejut tapi dia pula lagi seronok. Akhirnya, dua batang penyapu sebagai senjata terus mengenai si CT dengan pukulan bertubi-tubi... MAMPUS lah ia... abe long pula cakap " oooo... abi SUPER HERO la"...
Harap-harap dengan kejadian ini akan dapat menggerunkan lagi kerabat-kerabat si CT agar tidak memasuki lagi dapur albelurani kerana sesiapa yang masuk akan menerima nasib yang sama.
Sebenarnya, tikus adalah satu ancaman kepada penduduk yang tinggal di bandar. Allah juga telah memberikan kelebihan dan sedikit kecerdikan kepada makhluk yang bernama tikus ini. Jika dulu kucing adalah musuh ketat kepada tikus tapi sekarang dua ekor binatang ini boleh jadi kawan baik bahkan ada juga kucing pula yang takut kepada tikus kerana tubuh tikus lebih besar dan nampak gagah daripada si kucing.
Jika anda berjalan-jalan di area segama atau sinsuran Kota Kinabalu, seorang penjual racun tikus sering kedengaran suaranya melaungkan ... " racun tikus.. racun tikus "... agak saya, bertahun - tahun lamanya dia sudah menjual racun tersebut. Kebetulan juga saya mencari kaedah macam mana si CT ni tidak masuk ke rumah mungkin para pembaca blog ini dapat memberikan kaedah samada secara moden atau tradisional bagi mengelak tikus masuk ke dalam rumah bagi manfaat kita bersama...
Salam Eidulfitri....
p/s : kuih raya tutup rapat-rapat dikhuatiri si CT and the geng datang nak beraya....

0 ulasan:
Catat Ulasan