Isnin, September 19, 2011

Sejukkan dengan AIR

Bismillah...


"Abi nak mandi pantai"... " abi petang ni kita mandi kolam kan"... Itu antara ungkapan anak-anak di hari sabtu. Saya pun hairan kenapanya nak mandi pantai la mandi kolam la. Rupanya umminya dah berjanji akan perkara itu.

IMAN pula kebetulan suhu badannya semacam hendak panas... Saya amat terkesan apabila IMAN (anak kedua) pernah dan hampir di serang sawan sebanyak dua kali dan melihat wajahnya ketika itu memang amat menyedihkan. Dengan itu juga saya dan isteri akan berwaspada jika demam semacam nak menjadi ke atasnya.

Terdapat doa yang diajar Rasul saw bagi penyakit demam panas seperti yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas dalam kitab al-Jami'ul al-Soghir oleh al-Suyuti, muka surat 7111 dan hadis ini adalah sohih.

Maksudnya ;

باسم الله الكبير، أعوذ بالله العظيم، من شر كل عرق نعار، و من شر حر النار

" dengan nama Allah yang maha besar, aku berlindung dengan Allah yang maha agong daripada kejahatan urat saraf dan daripada kejahatan kepanasan api ".

Hadis ini juga ada dinyatakan dalam buku 101 doa daripada hadis Nabi saw susunan Dr. Zahazan Mohammed.

Oleh itu, saya telah membelikan mini kolam ekspress berharga rm25 kepada anak-anak yang boleh memuatkan 2 orang dengan penuh keselesaan agar mereka dapat bermandi manda tanpa perlu ke tepi pantai atau swamming pool dan yang penting sebagai satu kaedah penawar bagi yang baru nak diserang demam panas.

Alhamdulillah, semoga sedikit perkongsian maklumat ini memberikan manfaat kepada kita.



2 ulasan:

ummufaateh berkata...

Salam..ust, kolam ni xperlu tiup ke?tapaknya?

albelurani berkata...

tak perlu tiup... buka2 terus boleh guna dan anak2 boleh bermandi manda...

Catat Ulasan