Bismillah...
Sabtu 30 hb Mei dalam kesibukan rakyat Sabah yang berbangsa kadazan dan dusun sibuk menyambut pesta keamatan saya bersama kru Unit Falak Syarie, Pejabat Mufti Negeri Sabah bersiap untuk mengikuti pameran dan cerapan malam ( mencerap buruj dan planet ) yang dianjurkan oleh persatuan sains dan astronomi kg. Lingkudau , Ranau di daerah Ranau.

Seawal pagi saya bergegas ke terminal bas Inanam menghantar adik-adik balik ke kampung sempena cuti sekolah. Kemudian jam 10 saya bertolak dan singgah di Balai Cerap untuk mengambil segala barang dan keperluan dan meneruskan perjalanan untuk mengambil seorang pegawai lagi. Dalam perjalanan, sebelum sampai di trafik light tanjung aru tiba - tiba kereta terhenti. Kenderaan kami jenis Ford 4x4 rosak disebabkan clash tidak berfungsi.
Dengan kerosakan itu, kami menunggu hampir 2 jam menunggu kereta penunda sampai untuk membawa kenderaan kami ke bengkel. Saya mengharapkan kenderaan tersebut dapat dibaiki dengan cepat kerana saya sangat berharap agar dapat mengikuti program yang cukup bermakna ini. Saya telah teliti dan perhati aturcara program ini memang hebat terutamanya cerapan malam yang turut disertai oleh agensi angkasa negara. Saya nak merasai mencerap bersama mereka untuk menambahkan pengalaman begitu juga membina jalinan ukhwah terutamanya kru - kru PUSKAL SABAH yang diketuai oleh Doktor Mustapha dan dikhabarkan Datuk Doktor Syekh Muzaffar angkasawan negara turut hadir ke program tersebut.
Nampaknya harapan hanya tinggal harapan kerana kenderaan kami hanya siap dibaiki pada hari selasa 2hb jun. Memang kecewa, namun apakan daya. Bila di renung dan difikir semula teringat akan kalamullah dalam surah an-Nisa' ayat 78:

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ وَإِنْ تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُوا هَذِهِ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُوا هَذِهِ مِنْ عِنْدِكَ قُلْ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ فَمَالِ هَؤُلَاءِ الْقَوْمِ لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا
Ayat ini adalah berkaitan dengan perangai orang munafiq. Pada zahirnya mereka ini Islam tetapi dalam hati mereka adalah perosak agama. Bila mereka ditimpahkan musibah yang berbentuk kebaikan yang mereka nikmati, harta yang banyak serta mereka hidup dalam keadaan yang baik, maka mereka berkata INI ADALAH DARIPADA ALLAH SWT. Tetapi apabila mereka ditimpah musibah berbentuk kejahatan dan kemudaratan maka mereka akan menyalahkan Muhammad SAW disebabkan mereka mengikut Islam yang dibawa oleh junjungan kita Muhammad SAW sehingga mereka ditmpah bala. Lantas Allah SWT berfirman lagi : bahawa segala musibah yang Allah SWT turunkan samaada berbentuk kebaikan atau kejahatan semuanya dari sisi Allah SWT yang meliputi qada' dan qadar Allah SWT samaada untuk orang mukmin atau orang kafir . Pun begitu , Allah SWT murka kepada orang munafiq yang dipenuhi dengan kejahilan dan kezaliman bahkan kefahaman dan ilmu mereka sedikit yang hanya berdasarkan syak wasangka yang terus membutakan hati mereka terhadap segala perkara kebaikan atau nasihat -nasihat yang telah diberikan kepada mereka ".
Maknanya, ayat ini telah memotivasikan kepada saya bahawa segala-galanya milik Allah SWT dan tidak wajar kita berputus asa dan mengeluh setiap musibah yang menimpa kerana Allah SWT telah menyediakan sesuatu hikmah yang kita tidak ketahui disebalik apa yang terjadi. Kerana sifat berputus asa, mempersalahkan orang lain serta berkeluh resah terhadap musibah berbentuk kejahatan itu merupakan sifat - sifat orang munafiq seperti di atas.
Moga Allah SWT memberikan taufiq dan hidayah kepada kita serta senantiasa berada dilandasan yang sebenar dalam menuju redha MU Ya RABB. Kepada pihak penganjur maaf tak dapat datang di atas apa yang berlaku tanpa izin yang maha Pencipta untuk bersama - sama kalian dan terima kasih atas undangan. InsyaAllah lain kesempatan kita akan bertemu.
Wallahu 'alam.
" Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang Tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan[kemenangan dalam peperangan atau rezki.], mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka Mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan[pelajaran dan nasehat-nasehat yang diberikan.] sedikitpun? "
Ayat ini telah ditafsirkan oleh Ibn Kathir pada bab 77: Juz 2: Mukasurat 362:
وهكذا قال هؤلاء المنافقون الذين دخلوا في الإسلام ظاهرا وهم كارهون له في نفس الأمر؛ ولهذا إذا أصابهم شر إنما يسندونه إلى اتباعهم للنبي صلى الله عليه وسلم وقال (2) السدي: { وَإِنْ تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ } قال: والحسنة الخصب، تُنْتج خيولهم وأنعامهم ومواشيهم، ويحسن حالهم وتلد نساؤهم الغلمان قالوا: { هَذِهِ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ } والسيئة: الجدْب والضرر في أموالهم، تشاءموا بمحمد صلى الله عليه وسلم وقالوا: { هَذِهِ مِنْ عِنْدِكَ } يقولون: بتركنا ديننا واتباعنا محمدا أصابنا هذا البلاء، فأنزل الله عز وجل: { قُلْ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ } فقوله { قُلْ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ } أي الجميع بقضاء الله وقدره، وهو نافذ في البَرّ والفاجر، والمؤمن والكافر.
قال علي بن أبي طلحة، عن ابن عباس: { قُلْ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ } أي: الحسنة والسيئة. وكذا قال الحسن البصري.
ثم قال تعالى منكرًا على هؤلاء القائلين هذه المقالة الصادرة عن شك وريب. وقلة فهم وعلم، وكثرة جهل وظلم: { فَمَالِ هَؤُلاءِ الْقَوْمِ لا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا }

Mafhumnya :
Ayat ini adalah berkaitan dengan perangai orang munafiq. Pada zahirnya mereka ini Islam tetapi dalam hati mereka adalah perosak agama. Bila mereka ditimpahkan musibah yang berbentuk kebaikan yang mereka nikmati, harta yang banyak serta mereka hidup dalam keadaan yang baik, maka mereka berkata INI ADALAH DARIPADA ALLAH SWT. Tetapi apabila mereka ditimpah musibah berbentuk kejahatan dan kemudaratan maka mereka akan menyalahkan Muhammad SAW disebabkan mereka mengikut Islam yang dibawa oleh junjungan kita Muhammad SAW sehingga mereka ditmpah bala. Lantas Allah SWT berfirman lagi : bahawa segala musibah yang Allah SWT turunkan samaada berbentuk kebaikan atau kejahatan semuanya dari sisi Allah SWT yang meliputi qada' dan qadar Allah SWT samaada untuk orang mukmin atau orang kafir . Pun begitu , Allah SWT murka kepada orang munafiq yang dipenuhi dengan kejahilan dan kezaliman bahkan kefahaman dan ilmu mereka sedikit yang hanya berdasarkan syak wasangka yang terus membutakan hati mereka terhadap segala perkara kebaikan atau nasihat -nasihat yang telah diberikan kepada mereka ".
Maknanya, ayat ini telah memotivasikan kepada saya bahawa segala-galanya milik Allah SWT dan tidak wajar kita berputus asa dan mengeluh setiap musibah yang menimpa kerana Allah SWT telah menyediakan sesuatu hikmah yang kita tidak ketahui disebalik apa yang terjadi. Kerana sifat berputus asa, mempersalahkan orang lain serta berkeluh resah terhadap musibah berbentuk kejahatan itu merupakan sifat - sifat orang munafiq seperti di atas.
Moga Allah SWT memberikan taufiq dan hidayah kepada kita serta senantiasa berada dilandasan yang sebenar dalam menuju redha MU Ya RABB. Kepada pihak penganjur maaf tak dapat datang di atas apa yang berlaku tanpa izin yang maha Pencipta untuk bersama - sama kalian dan terima kasih atas undangan. InsyaAllah lain kesempatan kita akan bertemu.
Wallahu 'alam.
0 ulasan:
Catat Ulasan