Bismillah...
Hebatnya Allah SWT yang menciptakan segala-galanya. Ada ciptaannya yang khas untuk dimanfaatkan oleh manusia atau makhluk - makhluk lain atau hanya perhiasan untuk menikmati keindahannya agar tenang dan menyegarkan minda serta hatinya. Apa pun setiap kejadian dan ciptaan Allah SWT bukannya sia - sia bahkan ada fungsinya sesama makhluk. Allah berfirman dalam surah ali-'imran ayat 191 :
Maksudnya :
"(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka ".
Melalui ayat ini jelas bahawa hanya mereka yang mengingati Allah SWT sahaja yang boleh memikirkan akan kejadian Allah SWT berdasarkan pemerhatian mereka terhadap kejadian apa yang ada di langit dan di bumi dalam keadaan apa sekalipun meskipun dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring.
Ibn Kathir dalam kitabnya Tafsir Ibn Kathir bab 190 Juz 2 mukasurat 184 telah menafsirkan ayat وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ berikut :
يفهمون ما فيهما من الحكَم الدالة على عظمة الخالق وقدرته، وعلمه وحكمته، واختياره ورحمته
فيه عِبْرَة
"Sesungguhnya ketika aku keluar dari rumahku, tidak aku meletakkan pandanganku terhadap sesuatu melainkan aku lihat kerana Allah SWT ke atas nikmat yang ada padanya ataupun sesuatu yang memberikan pengajaran "
Orang yang berfikir dan melihat akan kebesaran Allah SWT dengan mata hati akan menghasilkan pemikiran yang baik kerana pemikiran tersebut dipandu oleh hati yang membesarkan Allah SWT.
Telah berkata Hasan al-Basri :
وعن الحسن البصري أنه قال: تَفَكُّر سَاعَة خير من قيام ليلة. وقال الفُضَيل: قال الحسن: الفكرة مِرْآة تريك حَسنَاتك وسيئاتك.
Artikal ini saya selitkan beberapa gambar bunga - bungaan yang sempat saya ambil ketika ahli keluarga dari Kelantan berziarah ke Sabah pada bulan April lepas ... saya ni tak reti juga nak tangkap gambar baru nak belajar - belajar... moga dilihat dengan mata hati sekurang-kurang dapat menyebut SUBHANALLAH.
Wallahu 'alam.
0 ulasan:
Catat Ulasan