Isnin, Jun 15, 2009

Imtihan Semester 4


Bismillah....

Alhamdulillah hari ni baru dapat update kan blog. Semenjak 4 hari lepas bermula hari khamis 11 Jun 2009 saya dan kawan - kawan yang mengikuti Pengajian Berterusan Jarak Jauh UKM menghadapi imtihan akhir bagi semester 4 dan berakhir pada 22 Jun 2009.

Bermacam - macam ragam masa peperiksaan ni. Ada yang study sehingga tak tidur malam ada juga study malam tapi pegang - pegang buku terlena la pula. Mengikut pemerhatian saya semasa menghadiri peperiksaan ada di kalangan sahabat - sahabat macam tak bermaya. Tengok mata macam tak cukup tidur. Apa pun tulah hakikatnya aura peperiksaan, setiap peperiksaan tak kiralah peperiksaan apa pun nalurinya semuanya mau LULUS.

Harapan tinggi diletakkan agar lulus peperiksaan sehingga jika ada yang tersalah jawab rasa terlalu kecewa. Hingga membawa kepada kemurungan dan kesedihan yang melampau - melampau. Bagi saya peperiksaan itu penting. Tapi niat kita menuntut ilmu kena betulkan dan sentiasa diperbetulkan. Nak dapat IJAZAH je ke atau nak ilmu. Tak perlu kita kecewa terhadap kesalahan dan kekurangan dalam imtihan dan kita kena yakin bahawa itulah kemampuan kita berdasarkan usaha yang telah kita lakukan untuk LULUS.

Tapi yang sangat penting biarlah keberkatan dalam menuntut ilmu itu kita perolehi.
Tak de guna Madah Akhlak dan Tasawwuf dapat A tapi perangai tidak mengambarkan sehebat keputusan A tersebut. Madah Sejarah Perundangan Islam yang menceritakan kelebihan dan kewajipan menegakkan syariah Allah SWT dapat keputusan A, namun diri masih lagi jauh dari syariat Allah SWT bahkan memperlekeh akan syariat Allah SWT. Soal aurat masih tak jaga dan percakapan masih lagi dihiasi dengan perkataan keji dan nista. Semua ini adalah kesan daripada ilmu yang tak berkat.

Semakin banyak kita belajar semakin banyak perkara yang kita tidak tahu. Oleh itu, ilmu yang berkat adalah matlamat kita kerana ilmu yang berkat itu akan membentuk keperibadian seseorang ke arah yang lebih baik. Bak kata pepatah "ORANG BERILMU ITU IBARATKAN PADI, SEMAKIN BERISI IA TUNDUK KEBUMI BUKAN JADI MACAM LALANG YANG TEGAK MEMBONGKAK KE LANGIT".

Nabi SAW bersabda :

كن عالما ، أو متعلما ، أو مستمعا ، أو محبا ، ولا تكن الخامسة فتهلك

Bermaksud :

" Jadilah kamu orang yang berilmu, atau orang yang belajar, atau orang yang banyak mendengar atau orang yang cintakan (ilmu) dan jangan kamu menjadi orang yang kelima nanti kamu akan binasa".

( Kitab ابن بطة العكبري ,الإبانة الكبرى لابن بطة muka surat 224 juzu' 1 )

Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Abu Bakrah sepertimana diterangkan dalam kitab " Hadis - Hadis Pilihan Ke arah Pembangunan Insan Yang Soleh SIri 2 terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan pada muka surat 26 hadis ke - 16" bahawa:

Setiap orang yang hidup di dunia ini menghendaki kebahagiaan dan keselamatan. Untuk mencapai ke arah tersebut kita perlu kepada salah satu perkara berikut:

1. BERILMU supaya dapat mengajarkannya kepada orang lain.
2. BELAJAR untuk meningkatkan ilmu.
3. MENDENGAR supaya menambahkan ilmu.
4. MENCINTAI ILMU dengan cara memberi sokongan dan galakan kepada perkembangan ilmu.

Jika seseorang itu tidak tergolong dalam mana - mana kumpulan seperti di atas, mereka tidak akan beroleh kebahagiaan sebaliknya terdedah kepada kebinasaan.

Oleh yang demikian, tujuan dan matlamat menuntut ilmu itu perlu betul dan jelas agar hidup kita lebih bahagia dan bermanfaat untuk diri sendiri atau kepada masyarakat disebabkan kita memperolehi ilmu yang berkat. ILMU itu bukan untuk kita sahaja bahkan wajib disebarkan kepada orang lain di samping kita kena sentiasa mempertingkatkan ilmu dan mencari serta mencintai ilmu.

Wallahu 'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan