Petang tadi saya telah mengisi slot tazkirah ringkas di surau Firdaus menara Petronas Sabah di kota Kinabalu setelah dipelawa oleh Ust. Sazali sebulan yang lalu.
Sebenarnya tazkirah ini merupakan siri kedua dan siri pertama telah diadakan pada bulan April lepas yang bertajuk ETIKA KERJA DALAM ISLAM. Siri pertama saya banyak menerangkan ciri - ciri serta matlamat dalam pekerjaan. Siri kedua ini saya terangkan mengenai peranan majikan dan pekerja dalam sektor pekerjaan dalam Islam.
Saya telah menggariskan 5 perkara seperti berikut :
1. Melakukan yang terbaik.
Setiap majikan dan pekerja hendaklah menunaikan amanah berdasarkan konsep kerja sebagai ibadah. Jangan jadikan jawatan yang disandang sebagai satu keistimewaan yang membuatkan diri riak, sombong dan takabbur tetapi anggaplah jawatan itu adalah amanah Allah SWT dan Amanah itu wajib dilaksanakan. Sekiranya ini diamati nescaya setiap pekerjaan pasti dilakukan sehabis baik.
( An-Nisa' : 58 )
Majikan dan pekerja perlu mengambil berat tentang konsep kerjasama ini dan syarat utama konsep ini adalah kerjasama dalam perkara kebaikan bukan perkara dosa. Si majikan sentiasa membimbing pekerjanya untuk lebih cemerlang dan dalam menjayakan objektif organisasi.
( al-Maidah : 2 )
Majikan amatlah wajar melantik orang yang layak sesuatu jawatan dan menjauhi sifat pilih kasih. perlantikan pekerja atas nilaian yang sebenar bukan yang kuat mengampu bahkan bukan orang mengiakan semua perkara demi menjaga si hati majikan yang sememangnya melanggar batas - batas syara'. Majikan wajib menjaga kebajikan pekerjanya sesuai kelayakkannya menjawat jawatan tertentu.
( an-Nahl : 90 )
Wajib bagi majikan dan pekerja menentang penyelewengan yang berlaku bukan mendiamkan diri walaupun perkara tersebut disedari secara sedar atau sebaliknya. Contohnya RASUAH, MENYALAH GUNAKAN KUASA dan sebagainya. Jika dibiarkan penyelewangan sehingga menjadi budaya dalam sesuatu organisasi maka kehancuran pasti akan berlaku dan kezaliman akan subur.
"Tetapi orang-orang yang zalim, mengikuti hawa nafsunya tanpa ilmu pengetahuan; Maka siapakah yang akan menunjuki orang yang Telah disesatkan Allah? dan tiadalah bagi mereka seorang penolongpun "
( ar-Rumm : 29 )
5. Hormat Menghormati
Pekerja menghormati majikan dan sebaliknya. Jika suasana ini dan sifat ini dimiliki oleh majikan dan pekerja maka sesebuah organisasi akan bekerja dalam keadaan menyenangkan walaupun kerja - kerja tersebut berat untuk dilakukan namun ianya menjadi ringan dan mudah.
Oleh itu, dengan 5 perkara tersebut serba sedikit mampu untuk diamalkan bagi kebaikan sesebuah organisasi demi mencapai produktiviti yang bernilai dan cemerlang di dunia serta nikmatnya kita rasai di akhirat berdasarkan konsep KERJA ITU DIJADIKAN SEBAGAI IBADAH.
0 ulasan:
Catat Ulasan