Bismillah...
Apabila babi selesema maka hebohlah manusia sehingga huru hara dunia dibuatnya. Semakin hari ada sahaja kes terbaharu jangkitan selesema babi dan setakat hari ini seperti mana yang telah dilaporkan oleh beritaharian online jangkitan influenza A(H1N1) ini telah mencecah ke 1000 orang . Itulah kelebihan babi yang merupakan makhluk Allah SWT. Hukumnya jelas memakan babi adalah haram dan menyentuhnya pula wajib disamak selepas babi itu disentuh...
Pengharaman Babi yang ditaati
Pengharaman itu jelas dan mojiritinya umat Islam memang taat akan pengharamannya hatta nak menyebut babi pun rasa jijik. Saya terdengar seorang juruhebah salah sebuah stesen radio menyebut selesema khinzir malu agaknya dia menyebut selesema babi. Terbaru selesema babi pula ditukar kepada wabak influenza A(H1N1) sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.com bertarikh 1 Mei 2009 :
"Kementerian Kesihatan mulai sekarang akan merujuk wabak selesema babi sebagai influenza A (H1N1) seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)".
Hebatnya babi dengan namanya babi pun dah menggerunkan manusia datanglah pula wabak selesema babi maka manusia semakinlah gerun. . Kalaulah babi tu pandai bercakap tentulah babi tu juga kecewa kenapa nasibnya menjadi babi... maka manusia pun akan jawab "nasib kaulah babi kerana kau babilah nasib kau begini"... apa - apa pun itulah salah satu makhluk Allah SWT yang menjadi ujian kepada umat Islam agar pengharaman babi itu di taati dan di sini akan dinilai siapa sebenarnya umat Islam yang lebih taatnya.
Bermuhasabah Diri Terhadap Bala @ Ujian yang dihadapi daripada Allah SWT
Khususnya umat Islam sepatutnya krisis wabak ini perlu diambil berat sebagaimana pentingnya kita mengambil berat tentang krisis ekonomi dunia sekarang ini. Jangan hanya mengambil berat dari segi pencegahan atau vaksin untuk penawar wabak tersebut bahkan lebih dari itu. Dari segi tersiratnya APA PUNCA WABAK INI BERLAKU? BAGAIMANA PENAWARNYA ?
Mungkin soalan - soalan ini para doktor sudah ada jawapannya. Sebabnya mungkin akibat dari kandang babi , penawarnya pula tak ada lagi. Tapi apakah jawapan bagi umat Islam yang beriman akan Allah SWT?... Apa pertimbangan kita dalam hal ini atau hanya sekadar mendiamkan diri atau buat - buat dono tanpa ada reaksi. Kita berbalik ke dalam diri dan konsep muhasabah diri. InsyaAllah konsep bermuhasabah ini akan ada jawapan bagi wabak yang sedang melanda ini.
Cerita wabak ini dah lama berlaku. Wabak ini mungkin jadi sebagai bala atau ujian Allah SWT kepada kita. BALA sekiranya maksiat dan kemungkaran berleluasa dan dalam masa yang sama perkara kebaikan pula ditutupi dengan perkara kemungkaran. Lihat, faham dan amati disekeliling kita. Maksiat dan mungkar lagi hebat daripada perkara - perkara kebaikan. Kedai - kedai tikam nombor ekor, kelab-kelab malam lebih banyak daripada masjid dan surau, program - program hiburan melampau mengisi kaca tv di hujung minggu dengan artis - artis yang berpakaian tidak senonoh, arak bersepah di mana - mana dan harganya adalah kebih murah daripada Coca Cola yang senang untuk dimiliki dan berbagai lagi acara - acara mungkar yang sedang dan akan diadakan diseluruh negara berbanding program - program agama. Itu di negara kita... tak lagi di negara yang bukan negara Islam yang sudah pasti itu sudah menjadi budaya kehidupan mereka. Jadi punca dan akibatnya adalah jelas sepertimana firman Allah SWT :

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ -
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). ar-Ruum: 41
ما من قومٍ عَمِلُوا بالمعاصى وفيهم من يَقدِرُ أن يُنكِرَ عليهم فلم يَفعلْ إلا يُوشِكُ أن يَعُمَّهُمُ الله بعذابٍ مِن عنده
Mana-mana kaum yang melaku-kan maksiat sedangkan di kalangan mereka ada orang yang mampu mencegahnya tetapi tidak berbuat demikian melainkan hampir-hampirlah ALLAH meratakan azab kepada mereka” -alHadith
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَال:َّ لَمْ تَظْهَرِ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلا فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمِ الَّذِينَ مَضَوْا - إبن ماجة كتاب الفتن رقم 4009
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah saw datang kepada kami dan bersabda: Apabila melata dan terang-terangnya berlaku fahisyah(maksiat yg keji seperti zina) dalam sesuatu bangsa, maka akan tersebarlah ta’un dan kesakitan yang belum pernah berlaku pada orang sebelum mereka.
Tidak hairanlah bahawa telah muncul berbagai - bagai penyakit yang pelik-pelik seperti sebelum ini selesama burung, AIDS/HIV dan kini Selesama Babi sehingga sesetengah penyakit itu tiada ditemui ubatnya. Inilah bala' daripada Allah.
Mungkin sebelum ini manusia bangga dan bongkak dengan kepakaran yang dia ada seperti Kepakarannya dalam ilmu kedoktoran yang boleh memberikan berbagai formula bagi menghasilkan vaksin setiap penyakit yang timbul. Bangga dengan ilmu yang ada sehingga lupa akan diri siapa penciptanya ? yang memberikan ilmu itu kepadanya sehingga ilmu yang ada digunakan untuk melakukan kerosakan di muka bumi Allah SWT. Timbul berbagai wabak dan penyakit penawarnya hanya menggunakan kepakaran yang dia ada tanpa merujuk kembali kepada yang MAHA PENCIPTA. Memang kepakaran untuk menghasilkan vaksin sebagai penawar itu tidak dinafikan keperluannya tapi kita umat Islam perlu lebih daripada itu. Para doktor Islam bukan setakat cari ubat ... tapi mereka juga perlu bermunajat kepada Allah SWT agar diketemukan penawar yang sebenar. Bukan setakat doktor sahaja bahkan seluruh umat Islam di segala peringkat sama ada dia seorang pemimpin atau rakyat biasa agar bermunajat kepada Allah SWT supaya segala wabak dan penyakit ini diketemukan penawarnya.
Oleh itu, para pemimpin dan seluruh rakyat hendaklah berganding bahu agar konsep amar ma'aruf dan nahi mungkar diperkasakan supaya tidak ada lagi wabak dan penyakit yang melanda hasil perbuatan maksiat dan mungkar oleh mereka - mereka tidak bertanggungjawab.
قَالَتْ زَيْنَبُ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَهْلِكُ وَفِينَا الصَّالِحُونَ قَالَ إِذَا كَثُرَ الْخَبَثُ - ابن ماجة
Zainab bertanya Nabi saw, apakah kita akan dibinasakan sedangkan masih ada di kalangan kita orang-orang yang soleh? Jawab Baginda saw: Ya, apabila banyaknya berlaku zina.
0 ulasan:
Catat Ulasan