Bismillah...
Alhamdulillah selama 4 hari 3 malam bersamaan 27 - 30 April kembara falak berakhir kelmarin setelah saya kembali ke Kota Kinabalu petang kelmarin. Sembang - sembang dengan sahabat - sahabat lain, mereka kata "kecilnya Sabah ini" kerana kami bertolak melalui jalan Keningau - Kelabakan dan kami kembali ke Kota Kinabalu pula melalui jalan Tawau - Lahad Datu - Ranau - Kota Kinabalu. Pusing seluruh Sabah la...
Hari rabu kami menginap di Lahad Datu dan menghabiskan kerja penentuan arah kiblat sebuah hotel baru di sana yang akan di buka iaitu Hotel De Deon. Pagi hari khamis kelmarin kami terus bertolak balik ke Kota Kinabalu dan singgah di pekan Beluran. Sebelum ini saya dah bagitau mama untuk singgah sarapan di rumah bersama sahabat - sahabat lain.
Sampai di rumah dalam jam 9 pagi kami terus sarapan. Biasa la.. setiap tetamu dan sahabat - sahabat yang bertandang ke rumah tidak akan terlepas dengan hidangan rasmi mama saya iaitu udang gala masak sos, ikan patin rebus kunyit, ikan merah masak sos atau di goreng. Sehingga saya kahwin dulu pun menu utama ialah udang gala dan masa hari raya pun sama juga. Ini menunjukkan daerah Beluran ini mahsyur dengan udang gala. Bapa saya juga kata ramai dari Brunei dan Sarawak datang memajak udang gala di Beluran.
Nama kedai dan no. untuk dihubungi... (bolehlah tempah udang gala, patin, ayam, daging lembu) HALAL.
Di samping itu juga dapat juga menziarahi dan menjenguk muka ibu bapa dan juga anak buah baru. Semenjak anak buah NUR' AFIFAH SOLEHAH dilahirkan ini merupakan kali pertama saya menjenguk mukanya yang montel. Dapat juga menjenguk kedai baru ibu bapa saya bagi menjual daging ayam dan lembu HALAL yang mula beroperasi awal bulan april baru ni. Nama kedai L.S ENTERPRISE berhadapan dengan MASJID PEKAN BELURAN. Sebelum dan sekarang ini ibu saya masih lagi berjual ayam di Pasar Ikan Beluran dan mereka dalam rangka untuk meluaskan lagi operasi penjualan daging ayam dan lembu HALAL di pekan tersebut. Udang gala dan ikan patin pun ada dan sesiapa yang hendak menempah boleh la ke kedai tu atau menghubungi talian ini 019-5865234 (promosi la sikit-sikit).
Itulah Beluran tempat saya dilahirkan dan saya dibesarkan sebelum saya berhijrah seorang diri untuk menuntu ilmu ke Kedah Darul Aman selepas darjah enam (UPSR). Sehinggahlah sekarang saya pula bertugas di luar pekan Beluran namun BELURAN tetap dalam ingatan bumi saya dilahirkan dan manis, pahit, masam, masin semuanya bermula di BELURAN. Sebenarnya itulah gelaran atau laqab (bahasa arab) yang saya sandarkan untuk diri saya dan jadilah albelurani.blogspot.com.
0 ulasan:
Catat Ulasan