Isnin, Disember 06, 2010

Sinopsis Hilal Muharam 1432 Hijriah




Bismillah...


Hari ini 29 Zulhijjah 1431 H bersamaan 06 Disember 2010 merupakan hari terakhir kita berada di tahun 1431H. InsyaAllah petang ini, masuknya waktu maghrib maka bermulanya tahun baru hijriah 1432.

Bacaan doa akhir tahun dan awal tahun akan dilaksanakan pada petang ini oleh seluruh umat Islam. Di samping dengan beberapa program yang telah di atur samada pihak masjid ataupun pihak kerajaan di seluruh negeri di Malaysia. Semata - mata mengharapkan keredaan dan rahmat Allah SWT.

Lazimnya, saya bersama anggota Unit Falak Syarie, Pejabat Mufti Negeri Sabah yang diketuai Pemangku Timbalan Mufti Negeri Sabah serta anggota teknikal seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Cawangan Sabah dan Unit Sains & Teknologi mengadakan cerapan Hilal Muharam 1432H. Bertempat di Balai Cerap Al-Biruni, Tg. Dumpil, Putatan, Sabah.

Jika tahun lepas kami menerima tetamu rombongan daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur namun tahun ini dan sehingga kini belum ada lagi tetamu yang turut serta.

Hilal Muharam 1432H yang bekal dicerap petang ini berdasarkan data cerapan adalah berkemungkinan besar kelihatan dengan umurnya mencecah 16 jam, ketinggiannya lebih daripada 2 darjah serta jarak lengkungnya juga melebihi 2 darjah.

Bersama ini disertakan Sinopsis Hilal Muharam 1432 H di Balai Cerap Al-Biruni :


Faktor kenampakkan hilal juga bergantung dengan keadaan cuaca. InsyaAllah mudah - mudahan cuaca pada petang ini baik tidak berawan dan tidak hujan.


Keadaan Ufuk Barat berdasarkan azimut hilal bekal dicerap petang ni sekitar jam 11 pagi...

Akhirnya, albelurani mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH, semoga kehidupan kita lebih bermakna dengan penambahan TAQWA dan IMAN bagi meraih KEBAHAGIAN di akhirat yang kekal abadi.

" SATU AQIDAH SATU UMMAH "

0 ulasan:

Catat Ulasan