Bismillah...
Kelmarin saya dan kru Unit Falak Syarie Pejabat Mufti Negeri Sabah telah mengadakan lawatan bagi menentusahkan arah kiblat di 4 lokasi. Surau - surau KKIA, Kota Kinabalu, Surau Pejabat Jabatan Tenaga Kerja Sabah di bangunan KWSP, Wisma Felcra di Alamesra dan Institut Sinaran di jalan bypass tuaran - sulaman.
Permohonan telah diterima daripada Syarikat WCT Berhad merupakan kontraktor yang bertanggungjawab membina terminal 1 Kota Kinabalu International Airport. Khabarnya kos pembinaan keseluruhan projek pembesaran airport ini adalah 1.6 Bilion dan merupakan airport kedua yang tersibuk di Malaysia. Namun projek ini telah dibahagikan beberapa bahagian dan kontraktor yang berlainan.
Terdapat 15 buah surau untuk lelaki dan perempuan di tarminal yang baru ini. Kami telah menentusahkan arah kiblat di surau - surau tersebut dengan menggunakan peralatan kompas dan dengan kaedah menggunakan google earth.
Oleh itu data bagi arah kiblat tersebut adalah :
Koordinat : Latitud :5˚ 55' 25.97" Longitud : 116˚ 3' 1.01" dan Azimuth / bering arah kiblatnya adalah 290˚ 38' 7.19".
Di kesempatan itu kami dibawa melawat oleh wakil kontraktor melawat keseluruhan terminal yang baru siap itu. Jarak perjalanan dari hujung terminal ke hujung terminal ini ialah 1KM. Nampaknya orang yang berkerja sebagai peronda di terminal 1 ini memang feet dan sihat dengan gerak kerja mereka yang mengelilingi terminal ini dengan jarak tersebut.
Sempat juga kami melihat balai ketibaan VVIP, mewah dan ekskliusif (betul ka bacaannya tu) . Masa inilah boleh masuk kalau dah buka terminal ini sudah semestinya orang seperti saya tak layak memasukinya.
Kira bertuahlah dapat masuk sebelum orang lain memasukinya. Di khabarkan juga arkitek bagi terminal ini adalah anak jati Sabah.
Gambar yang sempat dirakam :

0 ulasan:
Catat Ulasan