Selasa, Oktober 06, 2009

Kemeriahan Sambutan Edulfitri PAS Kelantan


Bismillah...

Alhamdulillah dalam kesibukan mencari barang – barang keperluan untuk di bawah balik ke Sabah 4 hari sebelum balik iaitu pada 29 September 2009, saya melalui suatu jalan dan ternampak sebuah papan iklan besar yang tertulis mengenai hari sambutan edulfitri PAS Kelantan diadakan pada 27 September 2009 bersamaan 08 Syawal 1430H, 2 hari sebelum saya menyudahkan cuti di Serambi Mekah dan balik ke negeri di bawah bayu.

Saya dan Isteri bercadang akan menghadiri majlis tersebut. Ini peluang yang terluang dan jarang – jarang sekali dapat menghadiri majlis seperti ini. Saja nak tengok bagaimana mereka mengadakan majlis sambutan edulfitri ini. Samaada sama ataupun tidak sambutan seperti pihak – pihak lain.

Majlis ini diadakan di perkarangan stadium Sultan Muhammad Kota Bahru Kelantan. Majlis bermula jam 12.00 tengahari dan berakhir jam 3 petang. Kami tiba sekitar jam 12.30 tengahari. Orang ramai berpusu – pusu datang bagi menikmati beraneka jenis juadah yang telah disediakan.

Saya tertarik dengan penyediaan hidangan oleh para penganjur. Mereka menyediakan beberapa khemah khas kepada AJK PAS setiap kawasan di Kelantan dengan menyediakan juadah yang berlainan setiap khemah tersebut. Lemang, nasi kerabu, nasi dagang, gulai kawah, satay dan sebagainya memudahkan para pengunjung yang datang menikmati juadah ikut mana yang dia suka.

Persembahan nasyid oleh Azhan Atan

Aktiviti dan acara yang diadakan pula iaitu persembahan nasyid didendangkan oleh Saudara Azhan Atan, dikir barat dan ucaputama edulfitri serta penyampaian duit raya kepada anak - anak berumur di bawah 12 tahun oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan Tn. Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat juga merangkap Menteri Besar Kelantan.

Semua kepimpinan PAS Kelantan turut kelihatan di majlis tersebut selain Tok Guru seperti Dato' Husam Musa, Saudara Salahuddin ayub, Mohd. Fauzi (Abg Uji) wakil rakyat baru Manek Urai, Saudari Mumtaz (senator) dan lain-lain.

Majlis Perbandaran Kota Bharu menyediakan selori air kemudahan untuk berwudhuk.

Kemudahan tempat solat turut disediakan oleh pihak penganjur bagi memudahkan para pengunjung menunaikan solat. Apa yang saya perhatikan, ketika sahaja masuknya waktu zohor majlis dihentikan dan azan terus dikumandangkan di atas pentas utama. Azan pula dikumandangkan oleh tekong (tukang karut) dikir barat. Orang ramai pula bergegas ke khemah disediakan untuk menunaikan solat zohor.

Solat diimamkan oleh Mohd. Fauzi (abg uji) Ahli DUN Manek Urai.

Memang sudah pasti, sambutan majlis seperti ini amat berbeza apa yang dianjurkan oleh pihak – pihak lain. Kedengaran sambutan majlis raya ada yang diiringi dengan karaoki, nyanyian artis – artis yang tidak menutup aurat, percampuran lelaki dan perempuan yang tidak ada batasan, bersalaman tak kira yang haram ke tak haram semua disapu bersih. Semuanya itu bukan tuntutan agama Islam dan sudah semestinya ianya bukan sambutan yang berbentuk ibadah dan kehendak syara' bahkan ianya tuntutan nafsu semata – mata yang Allah SWT sangat – sangat benci.

Alhamdulillah, satu lagi pengalaman baru yang sempat saya rakamkan di sana. Ketika di sana juga kelihatan sighboard – sighboard besar di tepi – tepi jalan tertulis kempen galakan para umat Islam di Kelantan untuk memperbanyakkan beribadah di bulan ramadhan seperti memperbanyakkan membaca al-quran, bersedekah dan sebagainya. Hebat, sehingga ianya boleh di publishkan sebesar singhboard di sana yang membawa kepada tertegaknya syiar Islam dalam mentarbiyyah rakyat Kelantan agar hidup mereka terus didasari dengan Al-Quran dan As-Sunnah.



Indahnya hidup ini bila kita dipimpin oleh mereka yang memimpin kita menuju jalan Allah SWT yang pastinya kita juga menuju kepada Allah SWT. Mereka memimpin untuk menyelamatkan kita agar tidak terjerumus ke lembah neraka. Mereka selamat sebagai yang memimpin, kita juga selamat kerana kita dipimpin dan itulah indahnya apabila kita MEMBANGUN BERSAMA ISLAM mudah-mudahan kita bangun mengadap Allah SWT dengan ISLAM yang pemimpin hidangkan kepada kita agar ISLAM itulah menjadi penyelamat kita di akhirat kelak dari tersungkur dan terhumban di neraka yang amat pedih azabnya itu. Ameennnn……

Wallahua'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan