Isnin, Oktober 19, 2009

Cerapan Hilal Zulkaedah 1430H

Bismillah...

Baru petang tadi saya bersama kru Unit Falak Syarie, Pejabat Mufti Negeri Sabah dengan kerjasama Unit Istinbath, JUPEM dan Unit Sains dan Teknologi turun mencerap hilal Zulkaedah 1430H di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil, Putatan.

Data hilal Zulkaedah ( secara hisabiah ) di lokasi Balai Cerap Al-Biruni seperti berikut :

1. Matahari terbenam : Jam 18.00
2. Bulan terbenam : Jam 18.44
3. Umur Hilal : 29 jam 11 minit
4. Ijtima' berlaku : Jam 13.33 (18 Oktober 2009)
5. Ketinggian (Altitud) hilal ketika matahari terbenam : 14' 12"
6. Jarak Lengkung hilal ke matahari :14˚ 43' 06"
7. Azimuth Hilal ketika matahari terbenam : 248˚ 43' 38"

Jika mengikut hisabiah di atas hilal zulkaedah telah memenuhi ketetapan Imkanurrukyah (kebolehnampakkan) dan dengan ketinggian hilal yang sudah menjangkau 8 darjah lebih serta umur hilal telah menjangkau 29 jam 11 minit adalah faktor hilal akan kelihatan apabila dicerap dengan menggunakan peralatan dan mungkin juga dengan mata kasar pun boleh nampak.

Namun, dengan keadaan cuaca yang berawan tebal telah memenuhi ruang ufuk barat maka hilal tidak kelihatan. Harapan menggunung kami untuk melihat hilal tetapi Allah SWT lagi maha mengetahui bahawa petang tadi hilal tidak kelihatan dengan sebab cuaca tidak mengizinkan dengan kehendak Allah SWT.

Hilal tak nampak tetapi sempat juga saya merakamkan gambar saat - saat matahari terbenam dengan menggunakan tedeolit. Tengoklah beberapa gambar yang sempat dirakamkan. InsyaAllah kita jumpa cerapan hilal zulhijjah akan datang satu lagi cerapan rasmi yang bakal kami laksanakan bagi menetapkan bila jatuhnya tarikh Aidiladha.

a. Sebelum mencerap, menikmati minum petang dulu. antara Menunya roti jala :



b. Keadaan ufuk barat :




c. Saat - saat matahari terbenam:



Sekian.

0 ulasan:

Catat Ulasan