Bismillah...
Cuti raya di negeri serambi Mekah memberikan peluang kepada saya untuk mengikuti program mingguan Tok Guru ( Tn. Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan ). Seminggu di sana sudah semestinya saya tidak lepaskan peluang ini dan setiap kali saya balik di bumi kelantan memang program ini saya sertai.
Tujuannya adalah untuk mendengar taujihat dan mau'zhoh daripada tok guru. Tok guru bukan sekadar ahli politik tetapi beliau juga adalah ilmuan Islam yang sememangnya masyhur di negara ini yang telah menghasilkan beratus buah kitab, makalah-makalah ilmiah membuatkan pembacanya tersentuh hasil tulisan tok guru. Sifatnya yang sentiasa mendidik masyarakat melalui kuliah, ceramah dan penulisan semenjak beliau muda lagi sehingga sekarang. Dengan usianya yang lanjut, tok guru tidak jemu-jemu untuk terus menginfakkan dirinya ke jalan Allah SWT.
Kg. Pulau Melaka tempat kediaman tok guru yang terletak pada DUN Cempaka tidak jauh dari Kg. Panjang, Binjai (rumah mertua) kira-kira 10 minit perjalanan lebih kurang 8 KM. Bertuah juga la jaraknya yang dekat memudahkan untuk saya pergi ke sana dan saya juga berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana keadaan negeri Kelantan yang sering digembar gemburkan sebagai "Kelantan dalam gerhana" dan terbukti ianya adalah tohmahan dan fitnah semata-mata. Malah Kelantan kian membangun dari segi fizikal seperti negeri-negeri lain bahkan Kelantan terus membangun bersama Islam tidak seperti negeri-negeri di bawah pendadbiran.......?. Tak percaya! jom gi Kelantan cari tiket murah di Air Asia, MAS pun ada, tengok sendiri supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang termakan tohmahan dan fitnah tersebut.
Raya ke 5, 24 September 2009 (khamis) saya bersama ayah mertua pergi ke Masjid Tok Guru di Pulau Melaka untuk solat maghrib. Kebiasaannya, tok guru akan memberikan tazkirah sesudah solat maghrib. Orang ramai termasuklah yang datangnya dari luar negeri kelantan akan berpusu-pusu mendengar kuliah maghrib tok guru setiap malam jumaat pada tiap-tiap minggu. Namun kehadiran saya ketika itu keadaan masjid tok guru lengang dan tidak seperti kebiasaanya. Namun kelihatan juga tok guru mengimamkan solat maghrib.
Ayah mertua memberitahu bahawa mungkin disebabkan kuliah maghrib malam jumaat belum dimulakan kerana umat Islam masih dalam meraikan eaidilfitri dan ada yang melaksanakan ibadah puasa sunat. Memang ada benarnya, rumah terbuka tok guru pun telah diadakan pada hari raya pertama dan jika saya perhatikan program - program kerajaan dan parti semuanya akan dimulakan pada 07 syawal. Mungkin juga ini memberikan peluang kepada mereka yang meneruskan puasa sunat 6 hari di bulan syawal.
Setelah tok guru selesai solat sunat ba'diah kelihatan tok guru di datangi beberapa orang. Mungkin juga menyampaikan beberapa hajat. Setelah itu, kelihatan tok guru membaca al-Quran.
Keesokan harinya, sekali lagi saya ke masjid tok guru. Memang sudah dijangkakan bahawa orang ramai membanjiri masjid tok guru. Jumlah jamaah subuh ibaratkan jumlah jamaah solat jumaat. Ini juga sudah menjadi rutin mingguan tok guru bermula malam jumaat ke subuh jumaat di masjid tok guru dan pagi jumaat di perkarangan Pejabat PAS Kelantan di tengah - tengah bandar Kota Bharu program ilmu tok guru telah disusun rapi. Tok guru mengimamkan solat subuh kemudiannya tok guru menyampaikan tazkirah dan selepas itu tok guru mentahnikkan anak - anak yang baru lahir.
Tahnik atau istilah orang kelate "belah mulut" memang majlis yang di tunggu-tunggu oleh mereka yang berhajat. Sesudah sahaja tok guru selesai memberikan tazkirah acara ini dimulakan dan ramailah yang membawa anak yang baru lahir untuk ditahnikkan. Orang yang datang pula bukan hanya dari kelantan tapi dari luar kelantan pun datang semata - mata anak mereka di tahnikkan oleh tok guru. Bahkan ayah mertua memberitahu bukan setakat orang - orang PAS sahaja anak mereka di tahnikkan oleh tok guru tapi orang yang menyokong UMNO dan BN pun datang supaya anak mereka di tahnikkan oleh tok guru. Dalam politik, mereka menentang Islam yang dibawa oleh tok guru tapi dalam hal macam ni percaya juga kepada tok guru. Maknanya, itulah ketinggian keperibadian tok guru sehingga musuh - musuh Islam pun segan dan menghormatinya.
Antara taujihat dan mau'zoh yang diberikan oleh tok guru pada kuliah subuh tersebut:
Hajatnya, saya hendak ke bandar Kota Bharu untuk terus mengikuti kuliah tok guru namun kami dimaklumkan bahawa kuliah tok guru hari itu ditangguhkan pada minggu depan. Tak sempatlah saya bersamanya kerana saya kembali ke Sabah pada 29hb September. 'Ala Kulli Hal saya punyai kesempatan juga mengikuti program tok guru dan mudah-mudahan ada kebaikannya untuk diri saya.
Wallahu a'alam.

" ZIKIR dan IBADAH tidak boleh dipisahkan mereka yang bergelar hamba Allah SWT. Ingat segala nikmat yang diberikanNYA dan buat segala suruhanNYA dan tinggalkan apa yang dilarangNYA. Semua manusia sebagai hamba Allah SWT adalah sama dan jangan sama sekali cuba tunjuk belang dan memandai - mandai mengubah serta tidak mematuhi hukum Allah SWT. Tok guru menegaskan bahawa undang - undang ISA ciptaan manusia yang jahil itu adalah undang - undang zalim yang wajib dihapuskan."
Hajatnya, saya hendak ke bandar Kota Bharu untuk terus mengikuti kuliah tok guru namun kami dimaklumkan bahawa kuliah tok guru hari itu ditangguhkan pada minggu depan. Tak sempatlah saya bersamanya kerana saya kembali ke Sabah pada 29hb September. 'Ala Kulli Hal saya punyai kesempatan juga mengikuti program tok guru dan mudah-mudahan ada kebaikannya untuk diri saya.
Wallahu a'alam.
0 ulasan:
Catat Ulasan