Isnin, September 07, 2009

TANGISAN MINDANAO DI BULAN RAMADHAN

Bismillah...

TANGISAN MINDANAO DI BULAN RAMADHAN

KOTA KINABALU 2 September - Umat Islam Mindanao telah sekian lama menjadi pelarian di Negara sendiri. Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan dari agensi Pertubuhan Bagsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih daripada 500,000 orang umat Islam Mindanao telah menjadi pelarian akibat pertempuran antara tentera Filipina dan Moro Islamic Liberation Front (MORO). Mereka ini tinggal di khemah-khemah, dewan-dewan sekolah dan di mana-mana sahaja tempat yang boleh dijadikan tempat berteduh. Bantuan daripada umat Islam amat diperlukan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

Pengarah Program Rayuan Untuk Mindanao Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, Tuan Haji Khairan Untoh berkata, program ini akan dijadikan program yang berterusan dalam usaha membantu umat Islam di Mindanao yang miskin dan menjadi mangsa akibat pertembungan antara pihak kerajaan dan MORO. Perhatian serta bantuan dari badan-badan ngo amat penting dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mereka khususnya dalam keadaan umat Islam yang sedang berpuasa dan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Katanya lagi, bantuan dari Negara-negara jiran khususnya daripada umat Islam di Malaysia amat diperlukan. Sabah yang merupakan negeri paling hampir dengan gugsan kepulauan Mindanao merupakan lokasi yang sesuai sebagai pusat pengumpulan bantuan untuk disalurkan kepada umat Islam di sana.

Beliau berkata, sumbangan akan disampaikan terus kepada Umat Islam di Mindanao oleh wakil AMAL SABAH di sana. Kepada mereka yang prihatin dengan kesangsaraan, rintihan dan tangisan penduduk Mindanao, bolehlah menyalurkan bantuan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), no. akaun 10016010054313. Semoga sumbangan serta ihsan saudara saudari dan juga badan-badan korporat ke dapat meringankan beban penduduk Mindanao khususnya umal Islam akan menyambut ketibaan syawal. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak sekretariat “Program Rayuan Untuk Mindanao” di talian 0198024970.


0 ulasan:

Catat Ulasan