Bismillah...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu bulan syawal khususnya 01 syawal untuk umat Islam meraikannya dengan rasa penuh gembira yang dibatasi dengan batasan syara'.
01 Syawal 1430H bersamaan 20 September 2009 tahun ini saya bersama isteri dan anak pulang beraya di negeri Kelantan Darul Naim rumah isteri. Ini kali kedua saya balik raya jatuh pada hari raya pertama semenjak di tahun pertama perkahwinan pada tahun 2005 yang lalu.
Sudah menjadi tugas dan amanah, kena selesaikan dahulu kerja - kerja yang berkaitan dengan majlis melihat anak bulan di peringkat negeri Sabah yang dipertanggungjawabkan kepada Pejabat Mufti Negeri Sabah. Nasiblah, jika raya jatuh keesokkan harinya selepas melihat anak bulan maka raya pertamalah balik kampung.
Ust. Mohd Ariffin (Pemangku Timbalan Mufti Negeri Sabah), Khotib Di Masjid Nurul Iman Pasir Putih Putatan.Isi Khutbah cukup mantop antaranya huraian tentang hakikat kegembiraan dan kemenangan di aidilfitri dan sentuhan isu semasa mengenai hukuman sebat ke atas Dewi Kartika dengan penyampaian yang bersemangat.
Raya pertama 3 destinasi yang kami lalui. pertama, solat raya di Masjid Nurul Iman Pasir Putih Putatan Sabah dan sempat juga saya menziarahi 2-3 buah rumah.Kemudian destinasi kedua pula di atas kapal terbang dan KLIA. 11.45 pagi penerbangan dari Kota Kinabalu ke KL. Tunggu 3 jam juga kat KLIA sebelum ke Kota Bharu jam 6.25 petang.
Perjalanan balik beraya ke Kelantan kali ini berbeza sedikit pada tahun 2005 lepas. Tahun 2005 lepas, masa tu baru setahun berkahwin dan masih dalam suasana berulan madu. Kali ini balik bersama seorang anak dan seorang lagi masih dalam perut baru 6 bulan. Muhammad Al-Ameen berumur 1 tahun 11 bulan. Dalam lingkungan umurnya begitu, membuatkan saya sentiasa berkawal dengan keaktifannya kekadang merisaukan dan menghiburkan. Sepanjang perjalanan mesti menunjukkan sesuatu sebagai pertanyaan untuk diberikan jawapan. Sekali sekala juga menunjukkan mimik wajah tanda ta'ajub. Di KLIA pula berlari ke sana ke sini, tolak troli dan macam - macam. Alhamdulillah, masa atas kapal terbang tak la pula nak lari - lari, ada pun duk usik - usik anak cina yang hampir umur dengan dia yang duduk di belakang kami.
Setibanya kami di KLIA kebetulan terjumpa beberapa orang jamaah masjid dari Putatan dan Petagas yang baru tiba dari Mekah menunaikan umrah. 5.30 petang penerbangan mereka ke Sabah. Di kesempatan itu juga dapatlah bertemu dengan sahabat saya Azman Jupri. Kebetulan juga flight beliau balik ke Sabah sama dengan jamaah masjid tadi. Sebelum ramadhan lagi beliau telah datang ke KL bersama Isterinya untuk membawa anak sulungnya Mohd Azam mendapatkan rawatan pakar di Hospital UM. Anaknya mengalami masalah usus dan baru ini pula pernafasannya terganggu sehingga bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan. Ujian kepada beliau dan isterinya seorang guru terpaksa bercuti tanpa gaji bagi menumpukan perhatian tentang kesihatan anak mereka. Beliau juga turut memaklumkan bahawa mereka akan kembali ke KL untuk rawatan susulan anaknya pada bulan 11 ni. Besarnya kos perbelanjaan yang beliau tanggung, kos penginapan, kos makan, kos rawatan anak dan kos - kos ubat - ubatan anak. Alat pernafasan terpaksa disewa dengan kadar RM100 sebulan deposit RM300. Kos alat tersebut jika dibeli ialah RM8000. Moga Allah SWT berikan ketabahan dan kesabaran di atas ujian ini dan sesiapa yang ingin membantu bolehlah menghubungi beliau ke talian ini 0168307944. Semoga dengan bantuan kita itu akan dapat meringankan lagi beban yang ditanggung oleh beliau.
Penerbangan ke Kelantan
Sudah menjadi kebiasaan setiap pengangkutan awam sama ada bas, keretapi malah kapal terbang pun penuh di hari - hari perayaan. Seorang sahabat saya yang berasal dari Kelantan tinggal setaman tidak dapat balik beraya kerana tiket dari KLIA ke Kota Baru 3 hari sebelum hari raya habis dibeli. Kelmarin pula, penerbangan saya menuju ke Kota Baru penuh. Selain orang yang balik untuk beraya ramai juga rombongan jamaah yang baru balik menunaikan umrah di Mekah. Itulah kehebatan orang Kelantan, setiap pengangkutan awam yang menuju balik ke Pantai Timur terutamanya ke Kelantan pasti habis dan tidak mencukupi. Adik ipar pula ada memaklumkan bahawa dia dikhabarkan hampir sejuta kenderaan yang masuk ke negeri Kelantan masa hari raya aidilfitri ni.
Alhamdulillah, kami tiba di negeri Serambi Mekah pada jam 7.30 malam dan tiba di rumah dalam jam 8.30 malam. Adik beradik isteri kesemuanya ada dan rumah menjadi riuh rendah dengan keadaan gembira bersama - sama dengan telatah sepupu - sepupu ameen yang bermacam ragam. Sayalah adik ipar kepada kakak - kakak ipar dan abang ipar kepada adik -adik ipar yang paling jauh. Itulah kepulangan kami mereka nanti-nantikan.
Wallahu'alam.
0 ulasan:
Catat Ulasan