Khamis, September 24, 2009

Himpunan Keluarga

Bismillah...

Alhamdulillah baru kali ini berkesempatan nak updatekan blog. Sejak beberapa hari ni line broadband agak slow di kawasan rumah keluarga mertua ni.

Hari raya ke - 2, memang menyeronokkan. Keluarga dan adik beradik isteri seramai 11 orang tambah ayah dan ma 13 orang kesemuanya. Ada yang berkerja di Pulau Pinang, Terengganu, Kuala Lumpur dan jauhnya kamilah yang datang dari Sabah.

Keluarga isteri pula yang ramainya perempuan. Isteri saya anak yang kelima dan yang atas semuanya perempuan maka saya tak de abang ipar bahkan semuanya kakak ipar. Daripada 11 orang adik beradik yang dah kahwin baru 5 orang. Ayah dan ma pula sudah mempunyai 18 orang cucu dan Muhammad Al-Ameen adalah cucu yang ke - 16, InsyaAllah cucu ke - 19 mungkin adik ameen yang akan menyusul akhir disember ni atau awal januari 2010, InsyaAllah.

Aktiviti keluarga pada hari raya ke - 2 ni selain makan ramai - ramai , kami mengambil peluang bergambar ramai - ramai. Apa lagi, para cucu - cucu ni seronoklah dan menunjukkan bermacam - macam aksi. ok, biarlah gambar - gambar di bawah ini yang menceritakannya :

Ayah : Hj. Yusof Muda dan Ma : Hjh Hasnah

Ayah dan Ma bersama menantu... 2 orang tak de..

Anak - Anak Perempuan Ayah Ma

Keluarga Kak Long dan Abe Shad. 5 orang anak dan seorang akan menyusul...

Kak Mah dan Abe Die. 5 orang anak tapi seorang tak de dalam gambar...

Kak Yah dan Abe Ki. 4 orang anak tapi seorang tak de dalam gambar... Kedua - duanya guru mengajar kat Pulau Pinang..

Kak Fizah dan Abe Solah. 3 orang anak. Kak Fizah sebagai guru mengajar kat ganu kito dan abe solah pensyarah kat UDM...

Yang ni keluarga albelurani. setakat ini baru 1 1/2 orang anak... Menantu paling jauh nun di negeri Bawah Bayu.


Yang gambar cucu - cucu ayah bersama mak - mak saudara diaorang...



Kiri : Zaid (HAFIZ dari Kubang Bujuk, Terengganu dan sekarang masih di sana). Yang tengah tu buah hati albelurani. Sebelah Kanan yang senyum lebar tu Halim adik kepada isteri albelurani bekerja sebagai pensyarah di sebuah kolej di Kuala Lumpur..

Itulah kegembiraan di hari raya. Bukan setakat bergembira sahaja tetapi tali silaturrahim terus diperkukuhkan kerana tiada ertinya kita berhari raya jika tali silaturrahim tidak mampu untuk kita perkukuhkan sedangkan mengeratkan silaturrahim itu adalah kehendak dan tuntutan agama. Biarlah lafaz kemaafan "Maaf Zahir dan Batin" itu benar - benar terrealisasi daripada hati yang ikhlas, telus dan tulus.

Sekian.

Isnin, September 21, 2009

Beraya di Serambi Mekah

Bismillah...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu bulan syawal khususnya 01 syawal untuk umat Islam meraikannya dengan rasa penuh gembira yang dibatasi dengan batasan syara'.

01 Syawal 1430H bersamaan 20 September 2009 tahun ini saya bersama isteri dan anak pulang beraya di negeri Kelantan Darul Naim rumah isteri. Ini kali kedua saya balik raya jatuh pada hari raya pertama semenjak di tahun pertama perkahwinan pada tahun 2005 yang lalu.

Sudah menjadi tugas dan amanah, kena selesaikan dahulu kerja - kerja yang berkaitan dengan majlis melihat anak bulan di peringkat negeri Sabah yang dipertanggungjawabkan kepada Pejabat Mufti Negeri Sabah. Nasiblah, jika raya jatuh keesokkan harinya selepas melihat anak bulan maka raya pertamalah balik kampung.

Ust. Mohd Ariffin (Pemangku Timbalan Mufti Negeri Sabah), Khotib Di Masjid Nurul Iman Pasir Putih Putatan.Isi Khutbah cukup mantop antaranya huraian tentang hakikat kegembiraan dan kemenangan di aidilfitri dan sentuhan isu semasa mengenai hukuman sebat ke atas Dewi Kartika dengan penyampaian yang bersemangat.

Raya pertama 3 destinasi yang kami lalui. pertama, solat raya di Masjid Nurul Iman Pasir Putih Putatan Sabah dan sempat juga saya menziarahi 2-3 buah rumah.Kemudian destinasi kedua pula di atas kapal terbang dan KLIA. 11.45 pagi penerbangan dari Kota Kinabalu ke KL. Tunggu 3 jam juga kat KLIA sebelum ke Kota Bharu jam 6.25 petang.

Gelagat Muhammad Al-Ameen

Perjalanan balik beraya ke Kelantan kali ini berbeza sedikit pada tahun 2005 lepas. Tahun 2005 lepas, masa tu baru setahun berkahwin dan masih dalam suasana berulan madu. Kali ini balik bersama seorang anak dan seorang lagi masih dalam perut baru 6 bulan. Muhammad Al-Ameen berumur 1 tahun 11 bulan. Dalam lingkungan umurnya begitu, membuatkan saya sentiasa berkawal dengan keaktifannya kekadang merisaukan dan menghiburkan. Sepanjang perjalanan mesti menunjukkan sesuatu sebagai pertanyaan untuk diberikan jawapan. Sekali sekala juga menunjukkan mimik wajah tanda ta'ajub. Di KLIA pula berlari ke sana ke sini, tolak troli dan macam - macam. Alhamdulillah, masa atas kapal terbang tak la pula nak lari - lari, ada pun duk usik - usik anak cina yang hampir umur dengan dia yang duduk di belakang kami.

Jumpa sahabat di KLIA


Setibanya kami di KLIA kebetulan terjumpa beberapa orang jamaah masjid dari Putatan dan Petagas yang baru tiba dari Mekah menunaikan umrah. 5.30 petang penerbangan mereka ke Sabah. Di kesempatan itu juga dapatlah bertemu dengan sahabat saya Azman Jupri. Kebetulan juga flight beliau balik ke Sabah sama dengan jamaah masjid tadi. Sebelum ramadhan lagi beliau telah datang ke KL bersama Isterinya untuk membawa anak sulungnya Mohd Azam mendapatkan rawatan pakar di Hospital UM. Anaknya mengalami masalah usus dan baru ini pula pernafasannya terganggu sehingga bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan. Ujian kepada beliau dan isterinya seorang guru terpaksa bercuti tanpa gaji bagi menumpukan perhatian tentang kesihatan anak mereka. Beliau juga turut memaklumkan bahawa mereka akan kembali ke KL untuk rawatan susulan anaknya pada bulan 11 ni. Besarnya kos perbelanjaan yang beliau tanggung, kos penginapan, kos makan, kos rawatan anak dan kos - kos ubat - ubatan anak. Alat pernafasan terpaksa disewa dengan kadar RM100 sebulan deposit RM300. Kos alat tersebut jika dibeli ialah RM8000. Moga Allah SWT berikan ketabahan dan kesabaran di atas ujian ini dan sesiapa yang ingin membantu bolehlah menghubungi beliau ke talian ini 0168307944. Semoga dengan bantuan kita itu akan dapat meringankan lagi beban yang ditanggung oleh beliau.

Penerbangan ke Kelantan

Sudah menjadi kebiasaan setiap pengangkutan awam sama ada bas, keretapi malah kapal terbang pun penuh di hari - hari perayaan. Seorang sahabat saya yang berasal dari Kelantan tinggal setaman tidak dapat balik beraya kerana tiket dari KLIA ke Kota Baru 3 hari sebelum hari raya habis dibeli. Kelmarin pula, penerbangan saya menuju ke Kota Baru penuh. Selain orang yang balik untuk beraya ramai juga rombongan jamaah yang baru balik menunaikan umrah di Mekah. Itulah kehebatan orang Kelantan, setiap pengangkutan awam yang menuju balik ke Pantai Timur terutamanya ke Kelantan pasti habis dan tidak mencukupi. Adik ipar pula ada memaklumkan bahawa dia dikhabarkan hampir sejuta kenderaan yang masuk ke negeri Kelantan masa hari raya aidilfitri ni.

Alhamdulillah, kami tiba di negeri Serambi Mekah pada jam 7.30 malam dan tiba di rumah dalam jam 8.30 malam. Adik beradik isteri kesemuanya ada dan rumah menjadi riuh rendah dengan keadaan gembira bersama - sama dengan telatah sepupu - sepupu ameen yang bermacam ragam. Sayalah adik ipar kepada kakak - kakak ipar dan abang ipar kepada adik -adik ipar yang paling jauh. Itulah kepulangan kami mereka nanti-nantikan.

Wallahu'alam.

Sabtu, September 19, 2009

Perutusan Eidul Fitri

Kad raya untuk semua.....masjid Darul Quran dilatari Tasik Huffaz, DQ taman tarbiah kami, di tepi tasik tempat kami melepas letih lelah menghafaz Al Quran. Sangat cantik bila dihiasi pelangi.....

Bismillah....

01 Syawal 1430H tandanya berlalunya ramadhan yang penuh diberkati. Pastinya mereka yang menghayati ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah SWT merasa pilu dan sedih. Pilu dan sedih tandanya mereka telah melaksanakan salah satu kefarduan dan tidak pasti sama ada ramadhan akan datang ditemui atau sebaliknya.

Harapan kita, semoga ramadhan lalu mampu mencorak kehidupan kita kepada kehidupan bertuhan iaitu hidup dengan penuh KETAQWAAN senantiasa berasa bahawa kita adalah milik Allah SWT, hidup sebagai hamba dan berasa kita adalah hamba yang sewajibnya tunduk dan patuh setiap kemahuan Allah SWT dan tinggalkan apa yang dilarangnya. Itulah hakikat kefardhuan puasa, bukan hanya lapar dan dahaga tetapi TAQWA itu natijah dan matlamat yang kita patut perolehi. Cukuplah sebulan ramadhan sebagai madrasah untuk mentarbiyyah kita agar tarbiyyah tersebut mempunyai kesan untuk kita menghadapi bulan - bulan mendatang sehingga kita bertemu ramadhan akan datang.

Di kesempatan ini saya memohon sepuluh jari memohon kemaafan zahir dan batin kepada :

1. Pelawat, pelayar dan peminat blog ini.

2. Ibu dan Bapa serta ahli keluarga.

Ayahanda Abd. Razak, Ibunda Litah, Abg Ali+Kak Limah, Kak Wati+Suami, Md. Sah+Munirah, Atai, Didi, Ella, Ijan, Yayie, Lin dan adik Fizah.

3. Keluarga Sebelah Isteri :

Hj. Yusof (pak Mentua), Pn. Hasnah (mak Mertua), Abg Sad + Kak Long, Abe Die + Kak Mah, Abg Ki + Kak Yah, Abg Solah + Kak Fizah, Halim, Huda,Zahid,Hidayah, Syakirah dan adik Din.

4. Warga Pejabat Mufti Negeri Sabah :


S.S Mufti Negeri Sabah, Ust. Ariffin, Ust. Hisyam, Ust. Moktar, Ust. Salam, Ust Rosman, Hj. Sabanah, Abg Rahman, Yan, Sulaiman, Zuraidie, Masnih, Masnah, Mestika, Kak Lin.

5. Yayasan Amal Cawangan Sabah :

Pengerusi :Tuan Haji Khairan Untoh
Timb. Pengerusi :Tuan Haji Akriah Bin Barabag
Naib Pengerusi 1 :Ustaz Nahar Matamin
Naib Pengerusi 2 :Ustaz Mohamad Fauzi Bin Hassan
Naib Pengerusi 3 :Puan Noor Rafidah Binti Abd Hamid

AJK

  1. Mohd Ridhuan Othman
  2. Adsman Jupri
  3. Mohd Jumat Bin Abd. Razak
  4. Azmih Bin Junaidi
  5. Wan Assim Bin Wan Shekh
  6. Mohd Saifuddin Bin Ahmad
  7. Ahmad Fawaz Bin Shabuddin
  8. Misri Bin Bohari
  9. Haji Mohd Rahimin Mustafa
  10. Aswadi Bin Abdullah
6. Sahabat blogger Sabah:

Abu Nuha (akmal), Islam Return (Saifuddin), Cikgu Nasirin, Ust. Sobri,Khairul Anuar,Zaim al-Hilmee,Ust. Norazamuddin, Abu Rab'iah, Denai Gunung, Nurilhakim.

7. Sahabat Perjuangan :

Ust CB, Ust Mat Selangor, Ust Zulhazmi, Bacho, Toriq, Hj. Fadhilah, Ust. Azman, Sazali, Ust. Zainuddin, Wan Zaidel.

8. Kenalan :

Ust Rahim (PPTA Tawau), Hj. Yusof, En . Abdullah, En. Noorhakim (abah adib), Hj. Jefry, Hj. Matin, Ust. Kamal (PPTA Pitas), En. Rosli (ayah Sazami), Kru - Kru HPA Sabah, AJK Surau Taman Limauan, AJK Masjid al-Hilal, Ajk Masjid Nurul Iman Pasir Putih, Putatan.

9. Kesemua link - link dalam blog ini.

Dan banyak lagi yang tak sempat saya nak tulis k. Apa-apa pun sesiapa yang mengenali diri ini sekali lagi saya mohon kemaafan maaf zahir dan batin. Bergembiralah di hari Adilfitri ini dengan kegembiraan yang didasari batasan syara' dan memang selayaknya kegembiraan itu sekiranya kita benar - benar menempuh puasa sebulan itu dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah SWT.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar wa lillahil hamd.

"TAQABBALULLAHU MINNA WA MINKUM"


Salam Eidul Fitri Maaf Zahir dan Batin dari saya sekeluarga :
1. Mohd. Jumat Abd Razak (www.albelurani.blogspot.com)
2. Isteriku Normi Hj. Mat Yusof (www.keranakitahambanya.blogspot.com)
3. Anakanda Muhammad al-Ameen (www.duniaal-ameen.com)
4. www.kedaihuffaz.com.

Wallahu'alam.

Khamis, September 17, 2009

QIAMULLAIL Bersama Dr. Badrul Amin

Bismillah...

Ust. Dr. Hj Badrul Amin Hj. Baharon

Sepertimana diiklankan di dalam blog ini kelmarin bahawa program Qiamullail Perdana Sempena 27 Ramadhan 1430H berlangsung di Masjid Al-Hilal Tg. Dumpil,Putatan alhamdulillah berjalan seperti yang dirancang.

Walaupun mesej melalui sms saya terima pada tengahari kelmarin dan saya forwardkan kepada kenalan seberapa ramai yang mungkin dan ianya memberi kesan. Setibanya saya ke masjid tersebut jam 1.30 pagi, orang dah mula berpusu-pusu datang dan saya perhatikan ada yang datang dari Inanam dan bukit padang lebih kurang jaraknya dalam 30KM ke masjid ini. Itu pun yang saya kenal mungkin ada lagi yang datangnya dari jauh.

Kehadiran Ust Dr. Badrul Amin dijadualkan jam 3 pagi memandangkan beliau singgah mengisi qiam di Masjid Negeri dan saya pula diminta oleh salah seorang sahabat untuk memulakan qiam sementara menunggu Ust. Dr. Badrul Amin. Saya mulakan dengan solat sunat taubat kemudian 4 rakaat solat sunat tahajjud diselangi dengan zikir munajat dan akhirnya saya sampaikan sedikit tazkirah.

Tepat 2.45 pagi Ust Dr. Badrul Amin tiba dan beliau memulakan dengan zikir munajat seterusnya solat sunat tasbih 4 rakaat 2 salam. Alhamdulillah, malam ini adalah sejarah bagi diri saya dapat mengikuti qiamullail pimpinannya dan melihat Ust Dr. Badrul Amin secara live.

Alunan zikir munajat beliau memang telah lama berkumandang di seluruh Malaysia. Semenjak saya belajar di peringkat menengah di negeri Kedah, alunan zikir munajat beliaulah menjadi rujukan dan budaya kami dalam setiap penganjuran majlis dan program terutamanya ketika memimpin qiamullail. Saya yakin semua yang pernah belajar agama sama ada di peringkat rendah, menengah malah di IPT sekalipun pernah mendengar zikir munajat yang dialunkan oleh beliau dan kedengaran ketika itu juga beliau sering memimpin qiamullail.

Bukan setakat kekuatannya dalam mengalunkan zikir munajat bahkan kehebatan beliau dalam memimpin qiamullail. Allahuakbar, memang memberi kesan qiamullail yang dipimpinnya semalam. Membuatkan kita khusyuk di hadapan Allah SWT. Mengadu, mendamba dan berdoa sepenuh hati. Saya yakin rata - rata para jamaah yang hadir menitiskan air mata. Semoga titisan air mata itu hanya kerana Allah SWT yang akan menjadi saksi bila berhadapan dengan Allah SWT untuk dijauhkan kita daripada azab neraka. Terasa sungguh nikmat dalam beribadah kepada Allah yang maha Agong.

" kepadaMu Ya Allah, terimalah taubat,doa dan amal ibadah kami "

Jam 4.15 pagi qiam berakhir dan pihak penganjur juga ada menyediakan sahur. Syabas kepada AJK Masjid Al-Hilal, Tg. Dumpil, Putatan di atas penganjuran majlis ini terutamanya pengerusinya Tn. Hj Jeffry. Memang besar manfaatnya, moga Masjid Al-Hilal terus diserikan lagi dengan majlis - majlis ilmu dan program yang dapat mendidik dan mentarbiyyah para jamaahnya. Ameenn...

Wallahu 'alam.

* Ust Dr. Badrul Amin juga menyampaikan tazkirah selepas beliau mengimami solat subuh. InsyaAllah sedikit intipati daripada tazkirah beliau akan saya coretkan pada Intry akan datang.

Rabu, September 16, 2009

QIAM PERDANA MALAM 27 RAMADHAN 1430H


Bismillah...

Di Jemput Muslimin dan Muslimat

QIAM PERDANA SEMPENA MALAM 27 RAMADHAN

TARIKH :
27 RAMADHAN 1430H / 17 SEPTEMBER 2009
( Pagi Khamis )

MASA :
BERMULA 1.00 PAGI

TEMPAT :
MASJID AL-HILAL TG. DUMPIL, PUTATAN.

DI BIMBING OLEH :

UST DR. HJ BADRUL AMIN BAHARON

"RAMADHAN YANG SAMA NAMUN NATIJAH YANG BERLAINAN, SEBAIK-BAIK NATIJAH ADALAH TAQWA"

* P/S : SAHUR DISEDIAKAN.

Selasa, September 15, 2009

Aircond Masjid

Bismillah...

Masjid Nurul Iman, Kg. Pasir Putih letakknya di daerah Putatan Sabah. Kira - kira dalam 13 KM dari bandaraya Kota Kinabalu.

Alhamdulillah, masjid ini dihidupkan dengan solat berjamaah 5 waktu setiap hari. Dengan kedudukannya yang strategik, masjid ini diimarahkan oleh penduduk taman perumahan di sekitarnya iaitu Taman Pasir Putih dan Taman Teluk Villa serta Kg. Pasir Putih sendiri.


Sepanjang bulan ramadhan, masjid ini memang sesak terutamanya pada awal - awal ramadhan. Jamaah melimpah sampai ke luar masjid dan saya sendiri pernah solat berhampiran dengan pagar masjid. Itulah semangat tarawih di awal- awal ramadhan.

Memang dah jadi penyakit apabila akhir - akhir ramadhan ini kebanyakkan umat Islam sibuk pula membuat persiapan hari raya sehingga semangat awal ramadhan sudah luntur kecuali mereka yang di pilih Allah SWT untuk terus istiqomah. Tidak terlepas la juga keadaan ini berlaku di masjid ini.

Alhamdulillah, masuk hari yang ke 21 ramadhan masjid ini telah dikurniakan rahmat apabila 9 buah aircond telah di pasang hasil sumbangan dan derma orang perseorangan. Nampaknya para jamaah semakin selesa untuk beribadat di masjid ini dan keadaan ini menyamai dengan masjid kg. sepanggil bersebelahan dengan kg. Pasir Putih.

Harap-harap para jamaah dapat beribadah dengan penuh selesa dan istiqomah untuk terus mengimarahkan masjid ini terutama waktu di luar ramadhan nanti. Dicadangkan juga masjid ini terus subur dengan kuliah - kuliah ilmu. Tambahkan kuliah ilmu yang sedia ada dengan kuliah ilmu yang lain untuk manfaat para jamaah yang istiqomah mengimarahkan masjid ini.

Semoga kedatangan ramadhan ini dan tidak lama lagi kita akan meninggalkan ramadhan tentunya kita mengharapkan agar masjid ini terus diimarahkan sama ada daripada para jamaah atau mengimarahkannya dengan kuliah - kuliah ilmu yang di atur oleh pihak AJK masjid. InsyaAllah... Ameennnn..

"RAMADHAN YANG SAMA NAMUN NATIJAH YANG BERLAINAN, SEBAIK-BAIK NATIJAH ADALAH TAQWA"

Khamis, September 10, 2009

Di Mana Pahala Solat Jamaah ?

Bismillah....

- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ بَشَّارٍ قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ سَمِعْتُ قَتَادَةَ يُحَدِّثُ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصَّفِّ مِنْ تَمَامِ الصَّلَاةِ

"Riwayat Muslim"
Maksudnya :

" Telah bersabda Nabi SAW : luruskan (samakan) saff kamu, maka sesungguhnya saff yang lurus itu adalah daripada kesempurnaan solat ".
( Sohih Muslim, muka surat 427, Juzu' 2 ).

Hadis ini menjelaskan bahawa ketika kita bersolat jamaah maka setiap soff hendaklah diluruskan ataupun di samakan. Nabi SAW sebelum mengangkat takbir, baginda akan melafazkan perintah di atas supaya para jamaah ketika itu meluruskan dan menyamakan soff. Ketika itu juga Saidina Umar akan memeriksa soff para jamaah dengan menggunakan pedangnya. Sesiapa yang tidak berada dalam keadaan lurus maka kakinya akan terhiris dengan mata pedang saidina Umar.

Ini menunjukkan betapa perkara ini adalah suatu perkara yang dititik beratkan oleh nabi SAW dalam hal solat berjamaah. Kesannya, jika soff tidak betul akan terjejaslah pahala jamaahnya berdasarkan maksud hadis di atas bahawa meluruskan soff itu adalah daripada kesempurnaan solat.

Maksud meluruskan dan menyamakan soff ini termasuklah merapat-rapatkan ahli jamaah sehingga bahu bertemu bahu dan tepi kaki bertemu dengan tepi kaki berdasarkan hadis nabi SAW :

فَإِذَا قَامَتْ الصَّلَاةُ فَاعْدِلُوا الصُّفُوفَ وَحَاذُوا بِالْمَنَاكِبِ فَإِنَّ اعْتِدَالَ الصُّفُوفِ مِنْ تَمَامِ الصَّلَاةِ ثُمَّ لَا يُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيَهُ رِجَالٌ قَدْ وَكَّلَهُمْ بِتَسْوِيَةِ الصُّفُوفِ فَيُخْبِرُونَهُ أَنْ قَدْ اسْتَوَتْ فَيُكَبِّرُ

( Kitab Muwatta', Juz 1, muka surat 313 )

Mafhumnya :

" maka apabila bangun untuk solat maka luruskanlah soff dan rapat-rapatkan (bahu-bahu bertemu bahu) sesungguhnya meluruskan soff itu adalah daripada kesempurnaan soff. Rasul SAW tidak akan mengangkat takbiratul ihram sehingga datang seorang lelaki yang ditugaskan untuk memeriksa soff memberitahu Rasul SAW bahawa soff telah betul dan lurus. Setelah itu, barulah Rasul SAW mengangkat takbiratulihram".

Jika diperhatikan para jamaah terutamanya yang menghadiri solat tarawih, perkara ini tidak diambil perhatian sepenuhnya. Waallahu'alam, adakah mereka ini tidak tahu? atau buat-buat tak tahu? atau terlupa?.

Sedikit cadangan dan langkah yang mungkin boleh memperbaiki keadaan ini :

1. Sebelum imam mengangkat takbirtul ihram, maka imam kena baca suruhan hadis tersebut dan terjemahkan agar para makmum memahami dan tahu apa yang perlu dilakukan.

2. Bagi imam, jangan mulakan solat selagi soff tak betul.

3. Bagi mereka yang mengetahui, mainkan peranan anda dan anda mulakan sendiri dengan merapat-rapatkan soff jangan ada ruang yang renggang.

4. Banyakkan ruang perbincangan dan sesi tazkirah mengenai perkara ini.

Solat berjamaah adalah perkara yang sangat-sangat di tuntut, oleh itu sama-samalah kita menjaga kesempurnaannya moga kita menerima hikmah disebalik tuntutan ini. Antara hikmahnya adalah agar hati - hati para muslimin dan muslimat dapat disatukan atas dasar agama Allah SWT. Dan mafhum salah satu hadis nabi SAW ialah jika soff tidak teratur dan tersusun maka akan membawa kepada perpecahan dan pertelingkahan di antara orang Islam. Mungkin juga salah satu sebab kenapa umat Islam sering berpecah belah adalah tak jaga soff ketika solat berjamaah.

Moga di bulan ramadhan dan diakhir ramadhan ini kita dapat memperbaiki keadaan ini agar Allah SWT menerima segala ibadah yang kita lakukan dan kita termasuk dalam golongan orang - orang yang bertakqwa.

"RAMADHAN YANG SAMA NAMUN NATIJAH YANG BERLAINAN, SEBAIK-BAIK NATIJAH ADALAH TAQWA"

Wallahua'alam.

Rabu, September 09, 2009

Mohon Sumbangan Untuk Anak Yatim

Bismillah...

Setelah berakhirnya jelajah ramadhan anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, bermula di daerah Kota belud, minggu seterusnya pula ke Daerah Pitas dan minggu lepas di daerah Ranau. Tujuannya adalah menghidupkan ramadhan dengan amal soleh bagi ahli YAM Cawangan Sabah dan menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan hasil sumbangan yang diberikan oleh pelbagai pihak kepada YAM Cawangan Sabah semata - mata untuk disampaikan kepada yang berhak.

Di kesempatan dan peluang kita berada di akhir-akhir ramadhan ini, saya merayu untuk mohon sumbangan berbentuk wang untuk kami sampaikan kepada anak - anak yatim di sekitar Putatan, Sabah. Alhamdulillah hasil maklumat yang kami perolehi seramai 35 orang anak yatim selayaknya untuk diberikan sumbangan. Kami mencadangkan seorang akan diberikan RM50 dan jumlah keseluruhan yang diperlukan adalah RM1750. Sumbangan ini akan disampaikan dalam satu majlis berbuka puasa pada 14 September 2009 (Isnin) di SK Putatan.

Cara menyumbang :

Bank in ke akaun ini BIMB no. 10016010054313 atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi :

- 019-8502525 (s/u YAM)
- 019-5367902 (Syukbah Dakwah).

Kita Adalah Hamba dan Kuli Allah SWT

Bismillah...

Tazkirah Ramadhan :

" Setelah manusia diberitahu oleh nabi SAW mengenai kedudukan mereka dalam peta Tuhan, Nabi SAW juga mengajar manusia agar mengenali batas - batas yang perlu dipatuhi. Di samping itu Nabi SAW juga mengajar manusia bahawa mereka tidak mempunyai hak untuk menokok tambah serta mengurang dan menukar ganti kandungan risalah Allah SWT (al-Quran).

Manusia tidak mempunyai pilihan tentang risalah Allah SWT (al-Quran), manusia berhadapan dengan suatu ketetapan yang terpaksa menerimanya sama ada dalam keadaan mempersetujui ataupun sebaliknya. Manusia berada dalam kedudukan terpaksa menerima risalah Allah SWT kerana mereka telah diberitahu taraf mereka hanyalah sebagai "HAMBA" Allah atau "KULI" Tuhan.

Kuli tidak mempunyai hak untuk merombak dasar yang ditetapkan oleh majikannya. Jika kuli menukar ganti atau menokok tambah dasar - dasar yang ditetapkan, bererti mereka sudah lawan taukeh. Begitu juga jika seorang hamba Allah SWT menukar ganti dan menokok tambah "risalah Allah", bererti mereka sudah lupa kedudukan dirinya sebagai hamba dan seolah-olah merasa dirinya sebagai Tuhan".

Dipetik daripada : Kitab Sirah Nabawiyyah Insan Teladan Sepanjang Zaman karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Moralnya :

1. Siapalah kita untuk mendabik dada ke atas keagungan yang maha pencipta?

2. Siapalah kita yang menolak risalah Allah SAW, hanya mengambil risalahNYA sekadar untuk kepentingan dan meninggalkanNYA jika ianya tidak mendatang kepentingan kepada diri kita.

3. Bongkak, takabbur, sombong, 'ujub, riak di hadapan manusia tapi realiti dan hakikatnya kita hanya HAMBA dan KULI di sisi Allah SWT.

4. Siapa kita yang pandai - pandai menolak dan menokok tambah risalahNYA bahkan kita amat memerlukan risalah itu.

5. Suka tidak suka, terpaksa atau sebaliknya, Risalah Allah SWT itu pilihan utama dalam semua hal, dunia mahupun akhirat.

Ayuh, fikir-fikirkanlah moga terketuk hati kita untuk terus hidup di bawah naungan hidayah, 'inayah dan maghfirah Allah SWT.

"RAMADHAN YANG SAMA NAMUN NATIJAH YANG BERLAINAN, SEBAIK-BAIK NATIJAH ADALAH TAQWA"

Wallahua'alam.

Selasa, September 08, 2009

Program Mencari Lailatul Qadar

Bismillah

Assalamualaikum Kepada Muslimin dan Muslimat

Dijemput menghadiri program Qiamulail 10 malam terakhir mencari Lailatul Qadar :

Tarikh : Bermula malam 20 Ramadhan sehingga akhir Ramadhan

Masa : 1.30-3.30 pagi

Tempat : Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu dan Surau Taman Limauan, Kinarut.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
" Carilah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir dari bulan Ramadhan "

Anjuran Syukbah Dakwah dan Pendidikan ( Masjid Negeri Sabah ) dan AJK Surau Taman Limauan.

Sebarang Pertanyaan bolehlah hubungi Ust Norazamuddin - 0138687704 (masjid Negeri Sabah) dan Ust. Mohd Salam - 0198402303 ( Surau Taman Limauan ).

Isnin, September 07, 2009

TANGISAN MINDANAO DI BULAN RAMADHAN

Bismillah...

TANGISAN MINDANAO DI BULAN RAMADHAN

KOTA KINABALU 2 September - Umat Islam Mindanao telah sekian lama menjadi pelarian di Negara sendiri. Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan dari agensi Pertubuhan Bagsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih daripada 500,000 orang umat Islam Mindanao telah menjadi pelarian akibat pertempuran antara tentera Filipina dan Moro Islamic Liberation Front (MORO). Mereka ini tinggal di khemah-khemah, dewan-dewan sekolah dan di mana-mana sahaja tempat yang boleh dijadikan tempat berteduh. Bantuan daripada umat Islam amat diperlukan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

Pengarah Program Rayuan Untuk Mindanao Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, Tuan Haji Khairan Untoh berkata, program ini akan dijadikan program yang berterusan dalam usaha membantu umat Islam di Mindanao yang miskin dan menjadi mangsa akibat pertembungan antara pihak kerajaan dan MORO. Perhatian serta bantuan dari badan-badan ngo amat penting dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mereka khususnya dalam keadaan umat Islam yang sedang berpuasa dan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Katanya lagi, bantuan dari Negara-negara jiran khususnya daripada umat Islam di Malaysia amat diperlukan. Sabah yang merupakan negeri paling hampir dengan gugsan kepulauan Mindanao merupakan lokasi yang sesuai sebagai pusat pengumpulan bantuan untuk disalurkan kepada umat Islam di sana.

Beliau berkata, sumbangan akan disampaikan terus kepada Umat Islam di Mindanao oleh wakil AMAL SABAH di sana. Kepada mereka yang prihatin dengan kesangsaraan, rintihan dan tangisan penduduk Mindanao, bolehlah menyalurkan bantuan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), no. akaun 10016010054313. Semoga sumbangan serta ihsan saudara saudari dan juga badan-badan korporat ke dapat meringankan beban penduduk Mindanao khususnya umal Islam akan menyambut ketibaan syawal. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak sekretariat “Program Rayuan Untuk Mindanao” di talian 0198024970.


Khamis, September 03, 2009

www.kedaihuffaz.blogspot.com

Bismillah...


Alhamdulillah, hari ini dah hari ke 13 kita berada di bulan Ramadhan al-Mubarak. Sempena itu juga blog niaga www.kedaihuffaz.blogspot.com sudah pun berada di alam maya ini selama 13 hari apabila blog niaga ini di lancarkan pada 01 Ramadhan 1430H.

Sebenarnya blog niaga ini telah dibangunkan oleh isteri saya ummuameen bermula sebulan lalu dan telah siap sepenuhnya dan dipublishkan pada 01 Ramadhan. Dia memilih tarikh tersebut agar Allah SWT memberkati hasil usaha bagi memulakan perniagaan secara online. Alhamdulliah apa yang dicita - citakan olehnya sejak berbulan - bulan yang lalu untuk memiliki sendiri perniagaan secara online, Allah SWT telah maqbulkan.

Setakat ini produk yang diniagakan adalah berbentuk gelang, keronsang, butang baju melayu dan sebagainya yang berasaskan kristal dan mutiara Sabah. Sememangnya Sabah dikenali dengan mutiara dan kristal. Selain itu, beberapa produk lain seperti Perfume Paradise, HPA dan SALINDA. InsyaAllah, produk - produk akan diperbanyakkan lagi. Tetapi fokus barang yang diniagakan adalah yang berasaskan mutiara dan kristal Sabah. kami akan membekalkan produk - produk yang terbaik dan berkualiti sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Alhamdulillah, semenjak dilancarkan pada 01 Ramadhan lalu telah ada tempahan dibuat yang datangnya dari Terengganu dan Johor. Terima kasih kepada Cik Huda (terengganu) dan Puan Syaima Hashim (johor) kerana menjadi pelanggan yang pertama kepada www.kedaihuffaz.blogspot.com. Mudah - mudahan Allah SWT memberkati usaha saya dan Isteri.

Syukran jazilan dan terima kasih kerana kesudian anda menjenguk kedaihuffaz. **Saya menawarkan harga yang istimewa untuk koleksi gelang kristal dan mutiara Sabah untuk anda. Begitu juga dengan koleksi kerongsang-brooch.

InsyaAllah, tiada istilah sold out untuk setiap koleksi gelang dan kerongsang kerana ia akan dibuat mengikut tempahan anda.

Jadi, anda boleh memilih warna kesukaan anda dan hanya maklumkan kepada saya.
Senang bukan?

ANDA GEMBIRA, SAYA BAHAGIA
SEMOGA SEGALA USAHA DAN REZEKI KITA ADA BAROKAHNYA

Sekian, Jom ke Kedaihuffaz.blogspot.com.

Pertanyaan Imam Ghazali

Bismillah...

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

'sampaikanlah walau satu ayat'..

Sumber : DenaiGunung.

Selasa, September 01, 2009

Bonus kepada Penjawat Awam!


Bismillah...

Bagi penjawat awam, ketika ini mesti tertunggu - tunggu kerajaan umumkan pemberian bonus kepada mereka. Pada kebiasaannya seperti tahun - tahun sebelumnya bonus akan diberikan sebulan gaji dan akan dibayarkan 2 peringkat, sebelum raya dan sebelum masuk tahun baru.

"Beliau mengulangi permintaan awal Cuepacs kepada kerajaan untuk membayar sekurang-kurangnya setengah bulan bonus sebelum Hari Raya dan setengah lagi pada akhir tahun ini". Sepertimana yang telah disuarakan oleh Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin hari ini dalam berita harian online.

Macam ada harapan je terima bonus. Wallahu 'alam, jika ada alhamdulillah kalau tak de pun alhamdulillah. Tapi kerajaan fikir-fikirkanlah, hadiah kemerdekaan tahun ini ialah dengan kenaikkan harga minyak tak kan bonus tak leh nak bayar. He.. he.. syukur alhamdulillah, harapan 1.2 juta penjawat awam mudah-mudahan ada la bonus.

Tapi kepada umat Islam bonus untuk anda memang sudah tersedia samaada anda bersedia ataupun sebaliknya je.. bonus apa tu? iaitu LAILATUQADAR, malam yang cukup istimewa dengan ganjaran bonus berlipat kali ganda. Nilainya tidak susut bahkan keuntungan, kebahagian dan kesenangan dikecapi dunia mahupun akhirat. Oleh itu, jangan terlalu berharap dengan bonus kerajaan sahaja bahkan letak pengharapan agar Allah SWT pilih kita untuk mendapat LAILATUQADAR. Ameennnn....

Sekian.

Merdeka!


Bismillah...

Merdeka!!... kalimah itulah yang dilaungkan ketika jam menunjukkan 12.00 tengah malam (pagi) pada 31 Ogos 2009 ahad lepas. Tiap - tiap tahun kita menyambutnya dan tahun ini adalah merdeka kali ke - 52.

Alhamdulillah, syukur Allah SWT masih lagi mengharmonikan dan mengamankan lagi negara Malaysia ini. Kita masih lagi boleh solat berjemaah, jalan - jalan tanpa ada perasaan takut dan sebagainya. Dari segi satu sudut, YES kita merdeka daripada taklukan penjajah dan tertubuhnya Malaysia. Namun penjajah yang telah meninggalkan negara kita pada 52 tahun dahulu sebenarnya masih bersama masyarakat Malaysia.

Apa tidaknya, seperti sedia maklum bahawa pihak penjajah terutama musuh Islam akan sentiasa menyerang umat Islam dari setiap sudut samada kita sedar ataupun tidak . Kekadang dan hakikatnya di rumah - rumah kita pun penjajah dah masuk (TV) bagi menyuntik perasaan dan hati kita agar umat Islam lalai dalam mengamalkan Islam.

Selepas solat tarawih, saya ke pekan Putatan mencari sediki keperluan. Kelihatan segerombolan remaja bermotor sambil membunyi-bunyikan hon. Kemudian ternampak pula sekumpulan budak - budak menaiki basikal sambil membawa bendera dengan berpakaian seluar pendek. Ish... ish... terdetik di dalam hati, dorang tak solat tarawih ke? tak rasa hormat dan malu ke berada dalam bulan ramadhan ni? macam - macam lagi la. Apa - apa pun saya cuba untuk berbaik sangka.

Merdeka macam mana kita hendakkan sebenarnya? Sambutan macam mana yang selayaknya kita lakukan? persoalan itu akan di jawab oleh seluruh rakyat Malaysia. Ada yang menjawab.. sambutan mesti ada konsert jemput artis luar negara datang (tak sedar.. puak-puak ni lah yang menjajah mereka, tiba - tiba jemput datang sebagai orang yang disanjung-sanjung), sambut dengan dentuman bunga api yang kosnya entah berapa, silap-silap boleh buat beratus - ratus rumah PPRT. Semuanya jadi celaru dan tidak menentu. Buat tahlil dan doa kesyukuran tapi dalam masa yang sama buat juga apa yang Allah SWT murka.

Ala kau bersyukurlah negara kita ni dah merdeka, boleh hidup senang, negara aman dan damai?... antara hujjah yang sering dilemparkan oleh pihak - pihak tidak memandang serius dengan tuntutan agama. Sebaiknya, biarlah kita menyambut merdeka dengan sederhana dan mengikut saranan agama tambahan pula kita berada di bulan Ramadhan. Kesian saya perhatikan bagi mereka yang terlibat dengan sambutan kemerdekaan baru ni, confirm memang ramainya orang - orang Islam yang sedang berpuasa. Harap - harap mereka tidak jadikan alasan sambutan ini untuk tidak berpuasa. Sepatutnya, berdoa dan solat hajat banyak - banyak di bulan ramadhan ini agar Allah SWT kekalkan nikmat kemerdekaan kepada kita.

Allah SWT mengharmoni dan mengamankan negara kita jangan kita mendabik dada dengan hasil kecekapan, kemantapan dan sebagainya oleh pihak - pihak tertentu. Mungkin itu juga menjadi salah satu faktor tetapi bukan utama. Pada pandangan saya, faktor utama adalah kerana negara kita ini masih ada lagi di kalangan umat Islam yang mengambil berat tentang soal-soal agama. Golongan ini perihatin kepada umat Islam di negara ini di semua peringkat, pemimpin atau rakyat biasa. Keperihatinan mereka ini diterjemah dengan teguran dan peringatan dalam gerak kerja mereka agar umat Islam yang lalai kembali ke jalan sebenarnya. Mereka ini jugalah yang mendoakan dengan hati yang khusyuk dan ikhlas agar negara ini diberikan keberkatan oleh Allah SWT.

Oleh itu, jaga dan hormatilah golongan ini jangan sampai kita tidak menghormati dan tidak mengendahkan peringatan mereka. Mungkin dengan adanya mereka Allah SWT mengekalkan nikmat kemerdekaan itu kepada kita. Jangan jadi macam firaun, menolak ajaran yang di bawa oleh nabi Musa A.S dan akhirnya firaun dibinasakan, Qarun pula ditenggelamkan. Sirah dan sejarah telah membuktikan kesemuanya, cukuplah sirah dan sejarah itu menjadi peringatan kepada kita. Yang sedihnya rakyat Malaysia telah dihadiahkan kenaikkan harga minyak sempena hari kemerdekaan tahun ini... (sabar je la...)

Wallahu'alam.