Bismillah...
Tiada ribut tiada khabar tapi itulah kuasa dan kehendak Allah SWT apabila hari ini umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Ust Asri Ibrahim Vokalis Kumpulan Nasyid Rabbani pada jam 11 pagi tadi.
Apa nak dikata? itulah kuasa Allah tidak akan mencepatkan atau melambatkan sekiranya ajal seseorang itu tiba masanya untuk diambli. Tidak perlu saya perkenalkan siapa Ust Asri, namun cukuplah sumbangan beliau dalam industri hiburan yang berbentuk nasyid membesarkan Allah SWT cukup memberi kesan kepada mereka pencinta hiburan - hiburan nasyid.
Kalimah yang sering Allahyarham ungkapkan semasa menerima anugerah dan di majlis - majlis persembahan ialah "HIBURAN YANG MENDIDIK JIWA". Ungkapan ini lebih masyhur apabila dalam akademi nasyid beliaulah yang banyak mengungkapkan kalimah ini agar semua para penasyid terus berjuang dalam memartabatkan hiburan yang berbentuk mendidik jiwa dalam keadaan umat Islam dijamu dengan hiburan yang memesong dan melalaikan.
Semoga hasil usaha, sumbangan beliau diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau dan didoakan Allahyarham Ust Asri Ibrahim ditempatkan bersama - sama dengan kalangan orang - orang yang soleh...
Kita ! Kita tak tau giliran kita bila ? Ya Allah.. Matikanlah kami dengan kesudahan yang baik dan jauhilah kami dari pengakhiran yang tidak baik.. ameen..
Al-Fatihah.

3 ulasan:
Salam Takziah kita ucapkan kpd keluarga Almarhum Ust Asri Ibrahim -Rabbani- yg tlh menemuiNYA pada pagi tadi... sesungguhnya ini semua adalah ibrah dariNYA... Al-Faatihah utk beliau...
Salam alaylk'.. Takziah buat keluarga Ustaz Asri Rabbani dan seluruh ahli kumpulan nasyid tersebut. Sesungguhnya, Ustaz Asri ini merupakan pahlawan dan pejuang Islam di medan nasyid di mana kurangnya orang berjuang di medan ini. Bagi ana secara peribadinya, Ustaz Asri mendapat kemuliaan di pengakhirannya kerana allayarham meninggal dunia ketika hendak mengalunkan lagu dakwah di atas pentas. Semoga kita mendapat kemuliaan utk mati di jalan dakwah.. Ameen...
Al-Fatihah buat Ust. Asri
Catat Ulasan