Ahad, Ogos 30, 2009

Pendaftaran Semester 5

Bismillah...

Pejam celik pejam celik, 30 Hb Ogos kelmarin maka bermulalah pendaftaran bagi kemasukan ke semester 5 pengajian jarak jauh UKM saya bersama sahabat - sahabat lain. Nampaknya kami sudah dipertengahan jalan, insyaAllah ada 4 semester lagi bagi menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Sepanjang pendaftaran maka bertemulah kawan - kawan sepengajian. Walaupun dalam bulan ramadhan namun semuanya kelihatan segar dan bersemangat. Seperti tahun lepas, pengajian juga dibuat pada bulan ramadhan.

Subjek bagi kuliah syariah pada semester ini tidak la banyak seperti semester lalu. Hanya 4 subjek sahaja. Fiqh Munakahat, Fiqh Jenayah, Siyasah Syariyyah dan Kaedah Fiqh. Subjek - subjek ini adalah subjek wajib bagi bidang syariah. Memang subjek yang memang saya nanti - nantikan untuk peningkatan ilmu dalam diri sesuai bidang yang menjadi kegemaran saya. Dulu semasa mendalami ilmu al-Quran di peringkat diploma dan mempunyai peluang menyambung bidang yang sama di Mesir, namun saya lupakan yang itu kerana saya punyai minat di bidang syariah dan sempat menyambung sekejap di INSANIAH, Kedah.

Alhamdulillah, moga saya dan rakan - rakan dipermudahkan segala urusan dalam menuntut ilmu ini.

" Ya Allah berikan hidayah, keafiatan dan semangat kepadaku dan rakan - rakanku dalam meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu ini semata - mata menyahut perintahMU dan RasulMU untuk disebar-sebarkan kepada ummah bukan kerana untuk habuan dunia tetapi hanya untuk bekalan kami di akhirat kelak. Betulkanlah niat kami, berikanlah kepada kami ilmu yang berkat. Redhailah dan berkatilah guru - guru kami."

Amin ya Rabbal 'Alamin...

0 ulasan:

Catat Ulasan