Isnin, April 23, 2012

Mencerap Anak Bulan Jamadilakhir 1433H (2)

Bismillah...





22 April 2012 bersamaan 30 Jamadilawal 1433 seperti lazimnya saya bersama - sama sahabat terdiri daripada Ust. Mohd. Ariffin Ali, Ust. Salam dan Ust. Amir Din serta tiga orang rakan - rakan teknikal daripada JUPEM SABAH diketuai oleh En. Yusof, En. Mat Benu dan seorang lagi (lupa nama) telah turun mencerap hilal Jamadilakhir 1433H di Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah.

Seharian cuaca di area Kota Kinabalu mendung dan sekejap - sekejap hujan. Saya ingatkan ianya akan berlarutan sehingga ke petang. Namun matahari mula menampakkan dirinya sekitar jam 5 petang cahayanya memancar seakan harapan menggunung kepada kami hilal akan kelihatan pada petang ini.

Jika menurut kiraan falak (hisab falaki) keseluruhan ktiteria Imkanurrukyah (kebolehnampakkan) bagi hilal jamadilakhir telah dipenuhi. Alhamdulillah, walauapa pun keadaan cuaca cerapan tetap dijalankan dan ahli-ahlinya tetap bersemangat.

Jam 6.23 petang piring matahari mula terbenam sepenuhnya menandakan waktu maghrib telah masuk dan hilal mula dicerap dan ketinggian hilal ketika itu berada 9 darjah di ufuk barat Balai Cerap al-Biruni. Setiap minit hilal dijejak menggunakan total station dan teleskop namun tiada kelihatan oleh kerana awan tebal meyelubungi ufuk.

Kesimpulannya, hilal jamadilakhir tidak kelihatan namun mengikut hisab falaki hilal telah memenuhi kretiria imkanurrukyah dan esok hari
jatuh 01 Jamadilakhir 1433H (isnin). Salam Jamadilakhir, Jamadilakhir mempunyai peristiwa tersendiri dalam sejarah Islam.

Sekian, insyaAllah kita bersua pada bulan rejab akan datang.




































- albelurani iPad

0 ulasan:

Catat Ulasan