Bismillah...
Alhamdulillah, Wacana Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Sabah 2010 telahpun terlaksana pada 27 Mei 2010 lalu di Tabung Haji Kota Kinabalu.
Wacana ini merupakan satu majlis sulung yang dianjurkan secara bersama di antara Pejabat Mufti Negeri Sabah dengan JAKIM Putrajaya. Pejabat Mufti banyak menguruskan dari segi perjalanan dan pengurusan wacana tersebut manakala pengisian dan penceramah adalah di bawah urusan JAKIM.
Jumlah peserta disasarkan seramai 900 orang namun ianya hampir tercapai yang mana peserta yang hadir dalam 800 lebih orang.
Matlamat wacana ini adalah agar dapat mendedahkan kepada orang ramai bagaimana proses sesuatu fatwa itu dikeluarkan dan dikaitkan dengan penerangan fatwa berdasarkan isu semasa.
Saya masih belum memerhatikan komen - komen daripada peserta melalui borang kaji selidik yang diberikan ketika wacana tersebut. Kerana melalui itu matlamat wacana ini akan boleh dinilai samada ianya berjaya mencapai matlamat atau sebaliknya.
Secara keseluruhannya saya berpendapat ianya memang mendapat sambutan dan kebanyakkan meluahkan pandangan agar ianya dilaksanakan setiap tahun dengan tempoh masa sehari.
Tidak kurang juga ada yang meluahkan perasaan kecewa mengenai dengan pengisian semasa wacana ini terutama pada slot yang ketiga. Walau bagaimanapun perkara ini akan diambil berat oleh pihak urusetia bagi memperbaikinya dalam masa akan datang.
Jutaan terima kasih kepada pihak yang telah menjayakan majlis ini dan juga seluruh peserta di atas kehadiran ke wacana ini di samping sumbangan idea dan pandangan yang telah diberikan melalui borang kaji selidik untuk dimuhasabahkan oleh pihak penganjur.
Waallahua'alam.

Sekali lagi saya telah diamanahkan sebagai juruacara majlis dan ini merupakan majlis terbesar setakat ini untuk saya mengacarakan majlis. Saya cuba sebaik mungkin agar ianya berjalan dengan lancar.
Wacana ini merupakan satu majlis sulung yang dianjurkan secara bersama di antara Pejabat Mufti Negeri Sabah dengan JAKIM Putrajaya. Pejabat Mufti banyak menguruskan dari segi perjalanan dan pengurusan wacana tersebut manakala pengisian dan penceramah adalah di bawah urusan JAKIM.
Jumlah peserta disasarkan seramai 900 orang namun ianya hampir tercapai yang mana peserta yang hadir dalam 800 lebih orang.
Matlamat wacana ini adalah agar dapat mendedahkan kepada orang ramai bagaimana proses sesuatu fatwa itu dikeluarkan dan dikaitkan dengan penerangan fatwa berdasarkan isu semasa.
Saya masih belum memerhatikan komen - komen daripada peserta melalui borang kaji selidik yang diberikan ketika wacana tersebut. Kerana melalui itu matlamat wacana ini akan boleh dinilai samada ianya berjaya mencapai matlamat atau sebaliknya.
Secara keseluruhannya saya berpendapat ianya memang mendapat sambutan dan kebanyakkan meluahkan pandangan agar ianya dilaksanakan setiap tahun dengan tempoh masa sehari.
Tidak kurang juga ada yang meluahkan perasaan kecewa mengenai dengan pengisian semasa wacana ini terutama pada slot yang ketiga. Walau bagaimanapun perkara ini akan diambil berat oleh pihak urusetia bagi memperbaikinya dalam masa akan datang.
Jutaan terima kasih kepada pihak yang telah menjayakan majlis ini dan juga seluruh peserta di atas kehadiran ke wacana ini di samping sumbangan idea dan pandangan yang telah diberikan melalui borang kaji selidik untuk dimuhasabahkan oleh pihak penganjur.
Waallahua'alam.
0 ulasan:
Catat Ulasan