Bismillah...
TazkiatunNAFSI bermaksud proses pembersihan hati. Saya amat teruja huraian mengenainya yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ust. Zahazan Mohammed melalui satu slot ceramah pada Isnin malam selasa lepas di Surau Riadhussolihin, Austral Park, Kota Kinabalu.
Kehadirannya di bumi Sabah ini adalah atas jemputan PETRONAS dalam satu ceramah pada jam 2.30 petang 23 Mac 2010. Di kesempatan itu, kehadirannya lebih bermakna apabila tibanya sahaja di airport Kota Kinabalu pada malam 22 Mac terus di bawa ke surau tersebut untuk berceramah.
Kehadiran para jemaah memang di luar jangka. Setahu saya, maklumat mengenai ceramah ini hanya melalui SMS sahaja, itupun tak sampai sehari SMS mengenainya disebarkan.
5 langkah dalam membersihkan hati yang telah al-Fadhil Ust berikan iaitu :

1. Membaca al-quran dan mentadabbur
Cara untuk mentadabbur ketika membaca al-Quran ada 2 cara iaitu :
PERTAMA = mestilah seseorang itu menguasai dan belajar bahasa arab.
KEDUA = Membaca bersama terjemahan ketika membaca al-Quran. Al-Fadhil Ust membawa contoh bagaimana kehidupan salah seorang ulama Malaysia iaitu Almarhum Ishak Baharom. Amalan yang tak pernah beliau tinggalkan ketika hayatnya adalah membaca al-quran tidak kurang 200 ayat sehari dan banyak berpuasa.
Sehinggakan dalam usia almarhum 70an, kelihatan wajahnya masih lagi bercahaya dan tidak kelihatan terlalu tua (awet muda).
2. Kurangkan Makan
Antara faktor mematikan hati adalah disebabkan banyaknya makan yang membawa kepada terlalu kenyang. Bagi menghindarkan hati yang rosak disebabkan perkara ini maka seharusnya membanyakkan puasa dan kurangkan makan.
3. Solat tahajjud ( qiamullail )
Qiamulail merupakan senjata yang ampuh bagi umat Islam yang mana amalan ini semakin dilupakan. Bahkan melalui amalan ini hati dapat dibersihkan kerana sebaik-baik waktu adalah di 1/3 malam untuk mengadu domba kepada Rabbul Jalil.
4. menziarahi orang-alim
Dengan menziarahi orang alim kita akan memperolehi nasihat - nasihat yang boleh membersihkan hati dan menunjukkan jalan menuju ALLAH SWT berbanding golongan fasik yang hanya menceritakan bab keduniaan yang membawa rosaknya hati seperti bicara mereka mengenai dengan artis sana sini, game, rancangan tv dan sebagainya.
5. berzikir/istighfar
Memperbanyakkan zikir dan istighfar merupakan ramuan bagi membersihkan hati. Istighfar sekurang - kurangnya 70 kali sehari sebagaimana Nabi SAW yang tidak kurang daripada 70 kali beristighfar dalam sehari.

Sebenarnya tip dalam membersihkan hati ini telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh al-Fadhil ust dengan membawa beberapa huraian kitab dan contoh daripada kisah - kisah sejarah Islam sebelum ini.
Namun memadailah dengan kesempatan dan ingatan yang sempat saya rakamkan tanpa sebarang alat. Moga kita perolehi manfaat untuk kita amalkan 5 cara dalam TAZKIATUNNAFSI ( proses penyucian hati) tersebut.
Waallahua'alam.
0 ulasan:
Catat Ulasan