Selasa, Februari 16, 2010

Pencuri Motorsikal

Bismillah...

Sesudah solat isyak semalam para jemaah asyik menceritakan mengenai isu kehilangan motor yang dicuri ketika para jemaah yang hadir untuk bersolat jemaah di Masjid Nurul Iman Pasir Putih Putatan.

2 minggu lepas seorang ahli jemaah yang juga berkerja sebagai polis bantuan di Airport KKIA telah kehilangan motor ketika hadir solat isyak.

Tak sampai seminggu, nasib yang sama menimpa seorang guru yang baru di posting ke Kota Kinabalu dan motornya pula baru dibeli dan belum sempat lagi membayar payment bulan pertama. Tempat dan masa yang sama.

Kegiatan curi motorsikal ini disyaki dijalankan waktu isyak ketika para jemaah sedang mendirikan solat isyak. Laporan polis telah dibuat oleh pihak mangsa.

Bagi para jemaah pula yang datang dengan motorsikal termasuk saya kena peka dan berhati - hati dan kunci sebaik-baiknya motorsikal anda untuk mengelak daripada dicuri.

Di masjid pun tak selamat, memang itulah dasar pencuri tunggu peluang dan ruang semua dikebasnya tak kira di mana. Memang ADIL undang - undang ALLAH SWT bagi mereka yang mencuri DIPOTONG TANGANNYA.

Sebagai langkah altenatif, pihak masjid akan menganjurkan solat hajat selepas maghrib hari ini agar Allah SWT memberikan petunjuk bagi menyelesaikan isu kecurian ini dan bagi si pencuri terbuka hatinya untuk mengembalikan motorsikal tersebut dan kembali ke pangkal jalan.

2 ulasan:

Ibnu Rashid berkata...

la...kesian nya...dan ada cadangkan di samping solat hajat, pihak masjid juga hendaklah menyediakan satu pasukan membenteras jenayah nie...paling tidak pun, sediakan seorang penjaga,,.bagu upah..kan duit tabungmasjid ada..masa nie la nak dimanfaatkan selain kegunaan2 yg lain...atau pun gilir2kan jemaah yg hadir untuk menjaga kawasan masjid tu...
he he he he ...sekadar cadangan jak...

albelurani berkata...

bagus juga cadangan enta ni, insyaAllah ana akan cuba bisik2 ajk masjid.

Catat Ulasan