Minyak RON-95 telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan dengan tawaran harga RM1.80 seliter, juga dikenali dengan minyak kuning. Minyak hijau RON-97 dengan harga RM2.05 seliter.
Hampir 3 bulan ia diperkenalkan. Alhamdulillah, segalanya ok dan sudah pasti rakyat biasa macam saya ni akan menggunakan minyak yang lebih murah. 3 bulan juga saya menggunakan minyak murah RON-95 di kereta iswara saya. Semenjak itu, kereta saya yang setakat ini tidak mempunyai masalah teknikal tiba - tiba rasa berat, kurang pick-up, minyak baru isi rasa macam cepat habis.
Ish..ish tak kan kereta bermasalah. Tapi saya buat tak tau sahaja. Satu hari saya berziarah ke rumah salah seorang sahabat. Dia bercerita seolah-olah mengadu perkara yang sama. Keretanya terasa berat, kurang pic-up dan cepat makan minyak. Seorang sahabat lagi bercerita yang menggunakan kereta jenis AVANZA mengadu perkara yang sama dan dia terus beralih menggunakan RON-97 dan masalah tadi tidak timbul.
Saya melayari beberapa laman web dan blog, tetiba saya terbaca satu tulisan mengenai perkara ini. Seolah - olah perkara ini bukan sahaja saya rasakan bahkan turut dirasai oleh orang lain.
Boleh rujuk laman web tersebut di sini... mengikut ceritanya minyak yang kita gunakan dulu adalah RON97, minyak yg dahulunya digunakan hampir 90% kenderaan di Malaysia harganya naik kepada RM2.05 seliter.
Sebaliknya minyak yang harganya lebih rendah daripada itu adalah minyak yang kurang kualitinya tidak sepertimana iklan dalam media massa yang telah mengwar-warkan minyak RON-95 “memberi lebih prestasi kepada enjin”, “jimat”. Waallahua'alam sejauh mana kebenarannya dan mengikut kajian saya melalui perbandingan 2 jenis minyak tersebut dan mencuba kedua-duanya dan hasilnya memang berbeza. Guna RON97 adalah lebih baik daripada RON95.
Maknanya, rakyat disajikan dengan minyak low class tidak sepertimana sebelum ini 90% rakyat telah menggunakan minyak kualitinya sama dengan RON97(tak pasti nama sebelumnya apa). Itulah hakikatnya ... "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Fikir-fikirkanlah dan guna kedua - dua jenis minyak tersebut dan bandingkan... anda pasti dapat merasakannya.
Sekian.
0 ulasan:
Catat Ulasan