Selasa, Ogos 28, 2012

ILMU TAUHID

saya tertarik dengan perkongsian ilmu tauhid ini daripada rakan FB dan saya sertakan untuk tatapan anda semoga bermunafaat :

Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui.

Perkongsian sedikit Ilmu Tauhid
Dari pengajian pondok hari itu:

-Api bukan boleh membakar,
-Pisau bukan boleh memotong,
-Ubat bukan boleh menyembuh,
-Makan bukan boleh mengenyang,
-Usaha bukan boleh menentukan kejayaan,

Yang memberi kesan, adalah Allah.
Semua itu cuma satu asbab.
Segala apa yang ada tidak boleh memberi kesan.
Jika tiada izin Allah.

Cuma pada adatnya yakni kebiasaannya Allah mencipta sesuatu dengan kesannya.

Dalil :
-Tiada api, Allah boleh buat supaya terbakar? Boleh!

-Tiada pisau, Allah boleh buat supaya terpotong? Boleh!

-Tiada ubat, Allah boleh sihatkan kita? Boleh!

-Nabi saw makan sebiji kurma dan dibelah dua? Allah boleh buat Nabi saw kenyang? Boleh!

-Kita usaha semuanya berjaya? Tidak!
Dan kita tidak usaha, boleh Allah datangkan rezeki secara tidak di duga? Boleh!

Cuma Allah ciptakan semua ini untuk kemudahan kita.
Dan supaya berfikir dan bertambah Iman.

Pegang ini betul-betul ^_^
Jangan syirik dengan sesuatu pun dengan Allah.

Inilah sebanyak sedikit pesan dari Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Pentingnya Ilmu Tauhid,
Untuk menempis syirik tanpa di duga.
Na'uzubillah.

Sangat malangnya kita pada Hari ini,
Tidak ramai yang mahu belajar Ilmu Tauhid.

Jika iman sekukuh Sayyidina Bilal,
Tidak payah belajar Ilmu Tauhid (Mengenal Allah).
Tetapi kita boleh tahu setakat mana iman kita.
Baru di pancing oleh duit dan kerjaya, sudah mabuk dunia.
Sedangkan mereka terdahulu diseksa,
Tetap "Ahad" di bibir mereka.
Allahu Robbi.

Moga kita dikurniakan dan dipermudahkan untuk menuntut Ilmu Tauhid agar dengan ilmu itu dapat meningkatkan Keimanan dengan mengenal Allah.
Amin.

*Siapa mahu, sedia sedikit wang, Ramadhan Tahun depan bertekadlah untuk pergi ke Pondok Rahmaniah Sik Kedah.
- Jangan risau siapa anda sebelum ini.
- Jangan risau perihal makan dan tempat tinggal.
- Jangan risau tentang kemudahan harian
Dan sebagainya.
- Yang perlu risau, kita masih rapuh Iman.
InsyaAllah jika diizinkan Allah.

Wallahu'alam

Barakallahufikum.....

ucapan

selamat hari raya maaf zahir dan batin.....

ucapan

selamat hari raya maaf zahir dan batin.....

Jumaat, Ogos 24, 2012

kenapa Mahu Tengok Anak Bulan Kalau Esok Dah Tahu Raya?


3
 ·  · 

Isnin, Mei 21, 2012

Gerhana Matahari Separa 21 Mei 2012

Bismillah...



[gambar menunjukkan gerhana matahari penuh dapat disaksikan Oleh penduduk di negara China, Taiwan, Jepun dan juga Amerika Syarikat

21,Mei 2012 satu lagi fenomena gerhana matahari separa dapat disaksikan. Beruntungnya apabila gerhana kali ini hanya dapat disaksikan bagi penduduk di Malaysia iaitu di Malaysia Timur ( Sabah dan Sarawak ).

Lokasi terbaik menyaksikan gerhana ini adalah di pantai timur Sabah. Namun bagi mereka yang berada di area Kota Kinabalu, gerhana bermula apabila masuknya waktu syuruk iaitu pada jam 6.00 pagi sehingga jam 6.52 pagi dan hanya mengambil masa selama 52 minit.

Pada tempoh masa tersebut seperti yang disyariatkan oleh islam, umat islam adalah disunatkan mengerjakan solat sunat gerhana matahari (khusuf). Hikmahnya adalah bagi memperingatkan kepada umat Islam agar dapat melihat gerhana ini sebagai tanda kekuasaan Allah SWT.




Dari segi teknikalnya, jika cuaca mengizinkan melalui cerapan yang akan dilaksanakan di Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil, Putatan, Kota Kinabalu, gerhana tersebut dapat dilihat pada jam 6.17 dengan ketinggian (altitud) matahari mencecah 02 darjah ini disebabkan arah ufuk terbitnya matahari sedikit terhalang oleh Gunung Kinabalu dan bukit bukau.




Amatlah diberi peringatan bahawa, melihat matahari secara terus tanpa ada sebarang filter ( penghalang iaitu alat digunakan utk melihat matahari ) boleh menyebabkan cacat penglihatan.

InsyaAllah, esok diharapkan umat Islam dapat menunaikan solat sunat gerhana walau tidak dapat melihat gerhana tersebut berdasarkan masa yang telah diberitahu seperti di atas.


- albelurani iPad

Location:Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah

Selasa, April 24, 2012

Ikhlas dengan kalimah thoyyibah

Bismillah...




Lafaz kalimah " لا اله الا الله محمد رسول الله " adalah kalimah syahadah kalimah thoyyibah membuktikan seseorang itu akur akan perintah Allah dan Rasulnya dan sebagai bukti ia telah beriman kepada sang pencipta. Semua orang boleh melafazkannya hatta orang bukan Islam. Namun Allah SAW lebih mengetahui keikhlasan hamba - hambanya yang menyebut kalimah tersebut.

Rukun Islam, dimulakan dengan kalimah tersebut sebagai lesen seseorang itu boleh melaksanakan segala amalan yang akan dinilai di sisi Rabbul Jalil. Bukan hanya menyebutnya dibibir tetapi hendaklah disertakan dengan keikhlasan di dalam hati. Oleh sebab itu, keikhlasan dalam menyebutnya suatu perkara yang besar. Surah "الفلق " dinamakan sebegitu kerana di dalam surah tersebut ada kalimah sedemikian. Demikianlah juga surah "الناس " kerana kalimah tersebut ada dinyatakankan dalam surah tersebut. Tetapi kenapa dalam surah " الاخلاص " tiada langsung kalimah tersebut Allah nyatakan di dalam 4 ayat yang terkandung di dalam surah itu.

Bahkan surah "الاخلاص " sebanyak empat ayatnya menceritakan tentang ketauhidan Allah SAW, tidak beranak dan tidak diperanakkan serta tiada sesuatu yang menyerupainya. Maknanya, dalam perkara tauhid / aqidah orang yang mempelajarinya hendaklah sedaya upaya mengikhlaskan diri dan kemuncak dalam mengenal Allah adalah jiwanya menjadi ikhlas. Itulah yang dinamakan surah " الاخلاص " terkandung dalamnya kalimah thoyyibah sepertimana Allah jelaskan :

قال تعالى [ أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللّهُ مَثَلاً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاء تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللّهُ الأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ ]
[سورة إبراهيم:24-25]

bermaksud :

" Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu : kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap - tiap masa dengan izin Tuhan-nya. Dan Allah mengemukakan perbandingan - perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). "

Menurut pimpinan ar-Rahman, muka surat 602, cetakan ke - 21, Mac 2010 :

" yang dimaksudkan كلمة طيبة adalah kalimah tauhid " لا اله الا الله محمد رسول الله ", kalimah al-Quran, kalimah Rasul, atau kalimah - kalimah yang membuktikan Iman dan taat kepada Allah. Diumpamakan sebatang pohon yang baik lagi gagah, pangkalnya bertunjang ke bumi dan pucuknya menjulang ke langit yang sentiasa mengeluarkan buah yang baik dan lazat dengan izin Allah. Begitulah halnya mereka yang beiman yang tetap teguh imannya dan tidak putus - putus amal kebajikannya, akan mencapai kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat".

Oleh itu, bagi membuktikan adakah ikhlas kita terhadap kalimah thoyyibah tersebut maka Islam telah mensyariatkan "solat". Mendirikan solat adalah cara pembuktian seseorang itu percaya terhadap kalimah thoyyibah dan merupakan rukun Islam kedua. Solat lima waktu sehari semalam hanya mengambil masa 10 minit dalam satu waktu. Jika dihitung, untuk lima waktu memakan masa 50 minit ( senang kira 60 minit la... (sejam).

Maknanya, sehari Allah peruntukkan 24 jam dan sejam sehaja tempoh masa untuk solat. Adakah mampu dengan sejam kita solat untuk menghadapi 23 jam berbaki yang kita sibuk dengan hal - hal dunia. Oleh yang demikian untuk mengimbangi agar kehidupan kita lebih terarah, maka rukun Islam seterusnya adalah puasa dan zakat. Puasa untuk mengawal nafsu sarakah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan zakat pula untuk membersihkan harta dan jiwa berkaitan dengan muammalat dalam kehidupan seorang Islam. Maknanya, jika seseorang itu mengaku dirinya seorang Islam maka wajib ke atas dirinya menyempurnakan tuntutan yang ada dalam RUKUN ISLAM.

Sebenarnya, itulah sedikit intipati ceramah yang telah disampaikan oleh Ust. Nik Abduh Nik Abd Aziz di Masjid al-Hilal, Tg. Dumpil, Putatan pada 20 April 2012. Membawa para jamaah agar mengikhlaskan hati dalam apa jua perkara.

Alhamdulillah, pada malam tersebut Masjid al-Hilal sangat - sangat diimarahkan dengan kehadiran 100 orang lebih para jamaah yang datang dari kampung berdekatan dan yang berjauhan.


Ini merupakan suatu amal yang baik yang telah dilaksanakan oleh AJK Masjid yang pastinya bermanfaat kepada mereka yang hadir walau ada yang tidak menyenangi. Sudah menjadi lumrah untuk membuat kebaikan mesti ada yang tidak suka namun ramai lagi yang menyukainya.

Saya turut dimaklumkan oleh AJK Masjid mereka sedang merancang menjemput beberapa lagi penceramah seperti ust. Azhar Idrus dan Ust. Don ke masjid mereka. Kami menanti dan kita sama - sama terus memberi sokongan dalam perkara kebaikan dan pengimarahan masjid.

Sekian, Jazakumullah wa barakaallahu fikum.







- albelurani iPad

Isnin, April 23, 2012

Mencerap Anak Bulan Jamadilakhir 1433H (2)

Bismillah...





22 April 2012 bersamaan 30 Jamadilawal 1433 seperti lazimnya saya bersama - sama sahabat terdiri daripada Ust. Mohd. Ariffin Ali, Ust. Salam dan Ust. Amir Din serta tiga orang rakan - rakan teknikal daripada JUPEM SABAH diketuai oleh En. Yusof, En. Mat Benu dan seorang lagi (lupa nama) telah turun mencerap hilal Jamadilakhir 1433H di Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah.

Seharian cuaca di area Kota Kinabalu mendung dan sekejap - sekejap hujan. Saya ingatkan ianya akan berlarutan sehingga ke petang. Namun matahari mula menampakkan dirinya sekitar jam 5 petang cahayanya memancar seakan harapan menggunung kepada kami hilal akan kelihatan pada petang ini.

Jika menurut kiraan falak (hisab falaki) keseluruhan ktiteria Imkanurrukyah (kebolehnampakkan) bagi hilal jamadilakhir telah dipenuhi. Alhamdulillah, walauapa pun keadaan cuaca cerapan tetap dijalankan dan ahli-ahlinya tetap bersemangat.

Jam 6.23 petang piring matahari mula terbenam sepenuhnya menandakan waktu maghrib telah masuk dan hilal mula dicerap dan ketinggian hilal ketika itu berada 9 darjah di ufuk barat Balai Cerap al-Biruni. Setiap minit hilal dijejak menggunakan total station dan teleskop namun tiada kelihatan oleh kerana awan tebal meyelubungi ufuk.

Kesimpulannya, hilal jamadilakhir tidak kelihatan namun mengikut hisab falaki hilal telah memenuhi kretiria imkanurrukyah dan esok hari
jatuh 01 Jamadilakhir 1433H (isnin). Salam Jamadilakhir, Jamadilakhir mempunyai peristiwa tersendiri dalam sejarah Islam.

Sekian, insyaAllah kita bersua pada bulan rejab akan datang.




































- albelurani iPad

Ahad, April 22, 2012

Mencerap Anak Bulan Jamadilakhir 1433H






Tarikh : 30 Jamadilawal 1433H bersamaan 22 April 2012

Masa : 4.30 petang

Tempat : Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil, Putatan.


- albelurani iPad

Sabtu, April 21, 2012

Tadarus Al-quran & Tazkirah

Bismillah,




Lazimnya setiap hari jumaat kira - kira sejam setengah masa diperuntukan kepada warga Pejabat Mufti Negeri Sabah untuk sama - sama bertadarus al-Quran dan selepas itu sedikit tazkirah disampaikan oleh para ustaz secara bergilir-gilir yang menyentuh beberapa bab antaranya tafsir, feqah, sirah dan dakwah.Pada kebiasaannya tadarus ini dipimpin oleh SS Mufti Negeri Sabah. Alhamdulillah, majlis sedemikian setelah sekian lama diamalkan tentu saja banyak manfaatnya.

20/04/12, giliran saya untuk menyampaikan tazkirah. Saya menyentuh mengenai amalan solat, zikrullah dan membaca al-quran di rumah didatangi oleh malaikat rahmah. Sering Nabi SAW memberikan peringatan bahawa orang yang meninggalkan solat maka keberkatan hidup dan rezekinya akan dicabut dan Nabi SAW juga membawa perumpamaan mereka yang tidak solat ibarat "BANGKAI BERJALAN". Maknanya tiada guna muka hensome, cantik, putih melepak, gebu dan sebagainya dipandang oleh manusia tetapi di sisi Allah rupanya "BANGKAI BERJALAN". Agak-agak kalau tuan puan jalan di suatu laluan tetiba terjumpa seekor rusa ( versi sabah: payau ) yang telah mati tanpa kita ketahui kematiannya atas sebab apa, sanggup tak ambil dan lapah lalu buat sup payau (payau ni adalah daging fist class, orang semenanjung pun kalau datang sabah ada yang mesti cari daging payau). Tentu tidak kan, sebab ianya sudah menjadi bangkai dan kita rasa jijik dan kotor. Jadi, kalau orang tak solat?.... macam mana ye...

Oleh itu, kalau rumah hendak dimasuki malaikat rahmat kenalah banyakkan solat (solat sunat) di rumah. Solat fardhu?... solat fardhu bagi lelaki pergilah ke masjid atau surau berdekatan kerana itulah sebaik-baiknya.
Selain itu, perbanyakkan zikrullah dan membaca al-Quran di rumah juga membuatkan malaikat rahmat suka memasuki rumahnya. Kalau rumah tiap hari dengar lagu-lagu lagha (melalaikan) dipenuhi oleh aktiviti yang mendatangkan dosa dan maksiat maka rumah tersebut jauh dari rahmat bahkan dekat kepada azab membuatkan ahlinya juga turut hidup dalam keserabutan tanpa bahagia.

Tanda rumah itu berkat dan rahmat, ialah ahlinya hidup bahagia, suami tengok muka isteri rasa sejuk hati, isteri tengok suami rasa bahagia, lihat wajah anak-anak tambah bahagia. Jika suami seawal pagi pergi bekerja petangnya tak sabar - sabar balik rumah hatta tengok bumbung rumah tersebut pun sudah merasa sejuk hati dan bahagia. Itu tandanya "Rumahku syurgaku". Tapi, jika rumah tersebut tanpa berkat dan rahmatNYA, segala-galanya rasa serabut, penghuninya pun hidup lintang pungkang, tiaphari kedengaran tengking menengking, suami pukul isteri, si isteri pula plingkek (betulkah ejaan tu... :) ) anak-anak. Maka jadilah "rumahku nerekaku atau azabku"... kita mohon perlindungan kepada Allah SWT daripada perkara sedemikian.

Jika Solat, Zikrullah dan membaca al-Quran itu adalah budaya di rumah kita sudah pasti yang kita harapkan adalah "kesejahteraan dan kebahagian" anugerah Allah SAW di dunia dan akhirat. Itulah yang sering didoakan oleh Rasul SAW yang diriwayatkan oleh ibn majah, ahmad juga tercatat dalam kitab "al-Kabair" ;
اللهم انا نسالك العافية فى الدين والدنيا والاخرة
( Ya Allah berikanlah kami keafiatan [kesejahteraan dan kebahagiaan] kepada kami pada agama didunia serta akhirat ).

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada warga sepejabat ambillah peluang dan kesempatan untuk duduk bersama di dalam majlis tersebut, hanya sejam setengah berbanding berjam-jam dalam kita bekerja dalam seminggu untuk mendapatkan sedikit manfaat dan peringatan sebagai satu tarbiyyah untuk diri, keluarga dan masyarakat. Luangkan masa, hanya duduk dengar orang lain membaca al-quran pun kita memperolehi pahala.

Kalau boleh kosongkan masa ketika itu dan berilah laluan kepada hati kita mendengar wahyu Allah dan peringatan-peringatan yang baik agar kita menjadi orang yang baik - baik yang sukakan kebaikan dan dengan kebaikan itu kita sampai-sampaikan kepada sanak saudara dan masyarakat. Kalau ada keuzuran yang tidak mendesak adalah lebih baik duduk majlis ilmu yang pasti adanya RAHMAT ALLAH SWT.

Sekian, jazakumullah dan semoga kita memperolehi manfaat.



















- albelurani iPad

Jumaat, April 20, 2012

Fiqah Menguji dan mengasah Aqal

Bismillah...

siapa tak kenal Ustaz Azhar Idrus, namanya dikenali ramai dipelbagai lapisan masyarakat. Majlis ceramahnya sentiasa penuh. Lazimnya, sesi ceramahnya mempunyai soal jawab dan kaedah jawapannya sangat menarik orang yang mendengarnya. Sangat mudah untuk difahami dan menepati seperti yang dibincangkan oleh para ulama'.

Memang benar bab fiqah ni memang medan untuk menguji aqal, dalam menyampaikan jawapan kekadang perlukan kaedah yang membawa orang yang bertanya dapat berfikir akan kesohihannya.

Tidak hairan jika kita mengimbau kehidupan dan cara ulama - ulama dahulu mengeluarkan hukum sungguh hebat kefaqihan mereka selain mereka punyai ilmu yang selayaknya mereka juga punyai kemahiran penyampaian jawapan tersebut samada melalui penulisan atau percakapan.

Lihatlah jawapan UAI dalam bab renjis merenjis pengantin yang kebanyakkan menjadi amalan masyarakat melayu di bawah ini. Anda bolehlah memahaminya.

maknanya " renjislah jika pengantin itu adalah ayam, mafhum sebalik itu bahawa renjis bagi manusia tak boleh kerana yang layak direnjis itu adalah ayam".





sekian, moga ianya bermanfaat untuk diri yang tak kahwin lagi atau yang nak berkahwin lagi atau ibu bapa yang hendak mengahwini anak mereka.

Sekian, moga bermunafaat.

- albelurani iPad