Sabtu, Julai 30, 2011

PULAU MANUKAN




Bismillah...

Kali pertama berkunjung ke pulau ini dan sememangnya berhasrat untuk sampai ke pulau ini kerana terdengar akan keindahan dan kecantikannya.

Alhamdulillah sampai juga saya ke pulau ini atas urusan kerja penentuan arah kiblat 12 buah chalet yang terdapat di sana.

Menaiki bot yang telah disediakan oleh pihak pemohon iaitu Manukan Resort. Pelabuhan sutera habour ke pulau manukan mengambil masa kira-kira 10 minit. Selainnya, saya bersama-sama dengan pelancong luar ke pulau tersebut.

Bermula di pelabuhan saya sudah tidak selesa disebabkan suasana yang menyakitkan pandangan membawa gelapnya hati. Para pelancong yang sememangnya berpakaian seperti di negara dorang yang tiada batas sempadan aurat. Apa boleh buat atas amanah kerja semuanya ini terpaksa di hadapi.

Setibanya di pulau saya cukup teruja keindahan dan kecantikan pemandangan di sana. Namun selera untuk mengambil gambar hilang begitu sahaja kerana keindahan dan kecantikan itu tercemar dengan kerendahan akhlak dan moral orang yang berkunjung ke sana. Benarlah kata-kata sahabat2 FB ada BIAWAK PASIR, DUGONG, DUYONG dan macam-macam lagi.

Namun saya sempat meninjau ke bilik pameran marin dengan memasuki secara percuma yang mempamerkan hidupan-hidupan laut. Saya tertarik dengan disuatu sudut memberikan info yang bermanfaat mengenai bahan-bahan buangan yang mengambil tempoh masa tertentu untuk reput.

Ini sahaja yang dapat saya kongsikan sempena kunjungan ke pulau manukan dan gambar di bawah ini memaparkan info tersebut dan moralnya JANGAN CEMARI ALAM INI DGN PERBUATAN BURUK IAITU MEMBUANG SAMPAH MERATA TEMPAT.

SEKIAN.

p/s: nak bagi nampak clear gambar ni sila klik gambar tersebut.....







Posted via Blogaway

Isnin, Julai 18, 2011

DISKUSI RAMADHAN 1432H


SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR DAN SEBAR-SEBARKAN MAJLIS INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI KEBAIKAN....

Rabu, Julai 13, 2011

NASI KANDAR



Mungkin juga asal usul nasi kandar ni dari afghanistan. KANDAR semacam nama salah satu tempat di Afghanistan iaitu KANDAHAR.

Waallahua'lam sejauh mana kebenarannya. Apa-apa saya telahpun pekena nasi kandar sepinggin tengahri tadi memang sedap rasanya seperti dibayangkan dan dicari selama ini.

Nak tahu lokasinya di mana? Di city habour kota kinabalu restoran halimah nasi kandar. Harga boleh tahan tapi berbaloi.

Selamat merasa...

Identiti





Bismillah...

Berbicara mengenai identiti sudah pasti berbagai pandangan dan takrifan mengenainya. Oleh itu berbagai persoalan dibina untuk disediakan jawapannya seperti apakah identiti kita sebenar? Di mana hilangnya indentiti anda sebagai....?

Alhamdulillah, dikalangan umat manusia Allah swt pilih kita sebagai umat yang terbaik dan selamat apabila Islam menjadi anutan kita. Sungguh tidak ternilai nikmat ini. Jika ini adalah nikmat yang hebat sudah semestinya kita syukuri dengan hati, iqrar dan seluruh anggota kita.

Berbalik persoalan identiti, seorang yang menjadikan Islam itu pegangannya dan disyukurinya punyai jawapan mengenai identitinya kerana segala-galanya ada dalam Islam. Alquran dan as-Sunnah adalah perlembagaan yang nyata wajib diikuti oleh umat Islam apa jua keadaan hidup dimuka bumi Allah swt ini.

Krisis identiti yang dihadapi oleh umat Islam hari ini berpunca jauhnya seseorang itu daripada ruh al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi tuntutan wajib seorang yang beragama Islam.

Krisis aurat, arak, zina, hiburan melampau, rasuah, perompak hak orang lain, zalim dan sebagainya adalah menjadi fitnah terhadap umat Islam ketika ini. Puncanya adalah seperti disebutkan tadi. Ruh al-Quran dan as-Sunnah itu tidak meresap masuk ke lubuk jiwa umat Islam. Masyarakat tidak mampu dibentuk jiwanya dengan al-Quran dan as-Sunnah kerana penguasa meminggirkannya. Penguasa yang lahir juga hancur identitinya disebabkan hancurnya masyarakat yang akhirnya melahirkan penguasa yang tidak layak dan tidak beramanah seterusnya membenarkan sabda Nabi saw mafhumnya bahawa antara tanda-tanda kiamat adalah apabila amanah dijadikan sumber rezeki.

Oleh itu, berbanggalah dengan Islam yang kita anuti, jadikanlah Islam itu identiti kita yang sebenar, jika kita sebagai rakyat maka lahirkanlah generasi beracuankan Islam sepenuhnya dan jika kita sang penguasa maka tampilkanlah akhlak Islam dalam diri anda dan bimbinglah masyarakat anda menuju Allah swt nescaya anda akan disenangi dan disayangi rakyat kerana anda adalah payung rakyat dibawah naungan rahmat Allah swt.

Waallahua'lam.




Khamis, Julai 07, 2011

Ceramah Isra dan Mi'raj


Bismillah...

Bersempena bulan rejab yang tersingkap satu peristiwa anugerah Allah swt kpd hambaNya Muhammad saw iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj yang merupakan salah satu mukjizat nabi saw menguji keimanan dan jauh dari sudut kemampuan aqal untuk menyingkap kerelevannya.

Undangan telah saya penuhi di beberapa lokasi, bermula jemputan daripada Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, Ibu Pejabat Polis Kepayan dan Kota Kinabalu. Hikmah dan ibrah daripada kisah peristiwa ini dijelaskan dan terlalu banyak ibrahnya melalui peristiwa ini tetapi saya telah menyentuh ibrah seperti yang dijelaskan oleh Syekh Daud al-Fathoni dalam kitabnya Kifayah alMuhtaj mengenai beberapa perkara yang telah dipertontonkan kepada nabi saw.

SOLAT adalah ibrah terbesar dalam peristiwa ini, oleh itu saya lebih menjelaskan tentang kewajipan solat;

1. Mafhum hadis nabi saw mengenai solat itu adalah penghapus dosa sebagaimana seseorang yang mandi sebanyak 5 kali disungai berhadapan pintu rumahnya.

2. Surah al-Ankabut ayat 45 mafhumnya bahawa intipati bagi mereka yang mengerjakan solat adalah dijauhkan daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.

3. Ibn Mas'ud berkata: barangasiapa yang meninggalkan solat maka tidak ada agama baginya.

4. Abu Darda' berkata ; tiada iman bagi mereka yang tidak solat.

Oleh itu, solat adalah perkara asas bagi orang Islam yang tiada alasan untuk ditinggalkan. Jika hendak melihat kesejahteraan masyarakat dan negara kita maka lihatlah solat mereka... Jika ramai yang tidak solat maka tidak hairanlah jika anda mendengar kes buang bayi, rasuah, zina berleluasa, dan pelbagai lagi masalah sosial di sekeliling kita.

Jom perkasakan solat pastikan anak2 sanak saudara kita mendirikan solat agar kita selamat daripada bala dan bencana sebagai azab daripada sang pencipta.

Waallahualam, barakaAllahu fikum.








Cerapan Hilal Sya'aban 1432H

Bismillah...


Seperti lazimnya kami di Unit Falak Syarie, Pejabat Mufti Negeri Sabah turun membuat cerapan bagi hilal Sya'aban pada 02 Julai 2011/ 30 Rejab 1432 lalu.

Kali ini kami mengundang bersama pelajar - pelajar Sekolah Menengah Agama Toh Puan Hajah Rahmah, Kota Kinabalu. Taklimat ringkas mengenai Balai Cerap dan aktiviti cerapan hilal kali ini telah saya sampaikan.


Alhamdulillah, hilal kali ini kelihatan dan para pelajar cukup teruja dan seronok melihat hilal yang merupakan kali pertama turut serta dalam aktiviti sebegini. Turut serta dalam rombongan pelajar-pelajar ini ialah Ust. Saudin sebagai guru pengiring mereka dan beliau juga turut teruja dapat melihat sendiri hilal (anak bulan) walaupun sudah beberapa mengikuti aktiviti cerapan ini.


Untuk makluman, cerapan hilal akan datang iaitu hilal ramadhan, syawal serta zulhijjah kami tidak akan menjemput mana - mana pihak untuk turut serta dalam aktiviti tersebut kerana ketika itu adalah majlis rasmi kerajaan termasuklah seluruh negeri di Malaysia bagi penentuan awal ramadhan, hari raya aidilfitri dan aidiladha yang telah ada jemputan-jemputan khas ke majlis tersebut namun kebiasaannya ruang untuk orang awam juga disediakan.

Sekian, BarakaAllahu fikum.

Bermula




Ufuk barat Balai Cerap al-Biruni cukup mendamaikan. Membuatkan aku bersemangat memulakan coretan untuk perkongsian sedikit kebaikan bagi manfaat di blog yang telah lama aku tidak kemaskinikan. Banyak faktor dan sebab.

Alhamdulillah, semoga Allah swt sentiasa memberikan limpahan rahmat dan hidayahnya kepada kita khasnya kepada peminat, pemerhati blog ini.

BarakaAllahu fikum.

Garis Panduan Bacaan Doa di Majlis-Majlis Rasmi

Bismillah...

Jika Kurang jelas, klik gambar tersebut.

Saya pernah dan sering ditanya mengenai bacaan doa terutamanya majlis-majlis yang dianjurkan oleh Jabatan-Jabatan kerajaan. Ada yang memberitahu aturcara bahawa selepas bacaan doa ada pula tarian poco-poco bahkan ada juga yang mengadakan bacaan doa dalam majlis-majlis yang tidak sepatutnya dibacakan doa. Walaupun para Ustaz mahupun Ustazah yang telah memberikan pandangan melalui mesyuarat mereka namun pandangan mereka tidak diguna pakai. Yang bestnya, ada segelintir terutamanya orang Islam yang mengetuai dan menganjurkan majlis tersebut sanggup tidak mengguna pakai pandangan Ustaznya melainkan hanya pandangan pihak berwajib seperti Mufti Sabah.

Elok juga kalau begitu, tapi bayangkan jika ada orang Islam mengetuai sesuatu penganjuran majlis bercampur baur dengan maksiat nak dibacakan doa langsung tidak menggunakan pakai pandangan ahli-ahli agamawan termasuk mufti. Apakan jadi?...

Oleh itu, mungkin dengan saya sertakan garis panduan di atas dapat membantu para du'at, Ustaz Ustazah dan juga pencinta-pencinta kebenaran dalam menghadapi situasi tersebut. Garis panduan tersebut adalah keputusan Majlis Fatwa Negeri Sabah yang telah bermuzakarah pada 12-14 September 2005 / 08-10 Sya'aban 1426H.

Sekian, BarakaAllahufikum.