Khamis, Mei 19, 2011

Mohd. Sayuti Omar ( MSO )

Bismillah...


Pergi menghadiri Mesyuarat Agong Yayasan Amal Malaysia ( AMAL Malaysia ) pada 07 Mei 2011 lalu bersama pewakilan Sabah yang lain diadakan di Pusat Dakwah Serantau, Bangi.

Mesyuarat tersebut telah menghimpunkan ratusan orang aktivis Amal Malaysia yang datang dari seluruh negeri di Malaysia.

Dalam ratusan aktivitis mewakili negeri masing - masing terdapat juga yang berstatus YB yang dilihat bukan macam YB ketika bersama - sama dengan mereka. Menunjukkan mereka ini tidak sombong orangnya, merendah diri dan senang didampingi walaupun keadaan orang semacam mereka sepatutnya berprotokol.

Dalam ramai - ramai yang hadir juga, kelihatan saudara Mohd. Sayuti Omar yang dikenali sebagai MSO wartawan bebas turut serta dalam mesyuarat tersebut. Pelayar blog dan yang mengikuti cerita - cerita politik di Malaysia tentu saja mengenali beliau. Mungkin kehadirannya ketika itu hanya pemerhati sahaja. Alhamdulillah dapat juga bergambar bersamanya. Teringat kata - katanya " nanti tag kat ana gambar - gambar ni ye ".

Pertemuan agak ringkas tetapi menggambarkan bagaimana kehidupan para aktivis yang ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran dunia bahkan ganjaran akhirat didambakan membuatkan hati dan diri dimotivasikan untuk terus berada di jalan yang benar.


Sekian untuk kali ini dan akan bersambung cerita.....

Rabu, Mei 18, 2011

Peluang Menyemak Arah Kiblat

Bismillah...

Pada 28 Mei 2011 (sabtu) semua umat Islam di Malaysia berperluang menyemak arah kiblat di rumah sendiri, masjid, surau ataupun tempat - tempat solat yang lain.

ISTIWA 'AZAM


Istiwa 'Azam ini bermaksud fenomena apabila matahari berada tepat di titik zenit kaabah ketika melintasinya. Fenomena ini hanya berlaku 2 kali setahun iaitu :

1. Pada 28 Mei ( jam 5.16 petang )
2. Pada 16 Julai ( jam 5.28 petang )

Cumanya anda jangan keliru apabila isu semakan arah kiblat diwarwarkan, dengan andaian bahawa arah kiblat sentiasa berubah. Pendapat atau andaian sebegini adalah tidak benar sama sekali kerana Kaabah tidak pernah beralih, justeru kiblat tidak akan berubah.

Apa yang dimaksudkan dengan peluang menyemak arah kiblat adalah bagi mereka yang belum melakukannya atau mungkin untuk sekadar kajian. Bagi yang telah melakukannya sebelum ini, semakan semula adalah tidak perlu, kecuali atas sebab-sebab keraguan atau sebagainya. (contoh: pembinaan semula, pemasangan semula karpet dsb.)


KAEDAH PENYEMAKAN



1. Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya sebagaimana di dalam gambarajah.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus,


3. Tempat yang dipilih untuk menyemak arah kiblat hendaklah tempat yang tidak terlindung dari sinaran matahari,

4. Tepat pada masa yang telah ditetapkan, bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak berkenaan adalah bertentangan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah yang menghadap ke barat.



5. Selain dari tiang yang dipacakkan, kita juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang diyakini tegak dan lurus untuk menyemak arah kiblat.

* Umat Islam adalah disarankan agar memastikan jam yang digunapakai adalah tepat bagi kesempurnaan semakan.

Sebarang keraguan arah kiblat bagi Masjid dan Surau hasil dari semakan tersebut boleh menghubungi Unit Falak Syarie, Pejabat Mufti Negeri Sabah, di talian No. 088 – 218322/268427 hanya mereka yang berada di negeri Sabah sahaja. Bagi negeri - negeri lain bolehlah rujuk kepada Jabatan Mufti negeri masing - masing.

Wallahu'alam.