Selasa, Ogos 31, 2010

Himpunan Perdana Ramadhan

Bismillah...

Alhamdulillah pada 29 Ogos 2010 bersamaan 19 Ramadhan 1431 telah berlangsungnya satu himpunan perdana ramadhan yang telah dianjurkan oleh CONCERN iaitu gabungan NGO'S Islam Sabah bertempat di Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Tujuannya adalah memfokuskan tentang pewakafan dalam rangka membina sebuah masjid di Penampang Sabah. Jawatankuasa pembinaan masjid Penampang telah lama dibentuk dan berusaha mencari dana untuk merealisasikan terbinanya masjid di daerah Penampang.

Setahu saya, sehingga kini jawatankuasa tersebut berusaha mendapatkan dana daripada pelbagai pihak termasuklah dengan kaedah WAKAF yang dibuka kepada umat Islam. Ini merupakan ruang dan peluang umat Islam menambah saham akhirat.

Ketika ini tapak masjid telah dikenal pasti dan dalam urusan untuk membeli tapak tersebut. Jawatankuasa ini juga telah membuka wakaf bagi satu lot tapak dengan harga RM100.

Menerusi program ini juga, beberapa pembentang kertas kerja berkaitan dengan wakaf telah disampaikan oleh pembentang. Istimewanya, himpunan ini telah menampilkan En. Jamaludin (pak Jamal), Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia salah seorang sukarelawan yang telah mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza dengan kapal Mavi Marmara yang telah diserang oleh pihak Israel laknatullah.



Semangat mendengar pangalaman pak jamal sehinggalah saya bertemu dengan nasyid ini...
(dengar nasyid ini mudah-mudahan ia menaikkan semangat kita dalam meneruskan jihad semua segi )

Pengalamannya dikongsi bersama dalam misi - misi kemanusiaan yang beliau pernah sertai termasuklah ke Gaza. Memang bermanfaat dan menginsafi sesiapa yang mendengarnya.


Sampai juga beliau menjejak kaki ke Sabah ini bagi berkongsi pengalamannya. Sebelum ini pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah cuba untuk membawa beliau ke Sabah tetapi masa beliau telah penuh berceramah di seluruh semenanjung. Namun, apabila saya terserempak dengan beliau di KLIA ketika saya dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu selepas selesai bengkel kiblat di Terengganu bahawa beliau akan ke Sabah pada bulan Ramadhan. Alhamdulillah termakbul.

Beliau telah melancarkan tabung wakaf masjid penampang dan jawatankuasa tersebut aktif menggerakkan tabung ini. Sesiapa yang hendak mewakafkan kewangan untuk tujuan pembinaan masjid penampang sila klik gambar pamplet yang terpampang di tepi sebelah kanan blog albelurani ini.

Saya menyeru marilah kita berlumba - lumba ke arah kebaikan dan inilah saham akhirat kita yang akan kita persembahkan di hadapan Allah SWT.

Barakallahu fikum....

Ahad, Ogos 22, 2010

Rukyah Hilal Ramadhan 1431/2010

Bismillah...

Lama tidak membuat catatan di dalam blog ini. Ramadhan sibuk dengan kerja rasmi dan kerja tak rasmi disulam dengan malas membuka laptop. Rasanya hampir seminggu menyepi.

Sebagai muqaddimahnya, saya nak mengkhabarkan mengenai Majlis Melihat Anak Bulan Ramadhan 1431 seterusnya pelancaran Majlis Melihat Anak Bulan Rasmi (Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah ) bagi negeri Sabah 1431H / 2010 yang telah diadakan pada 10 Ogos 2010 bersamaan 29 Syaaban 1431 lalu bertempat di Balai Cerap Al-Biruni, Tg. Dum
pil, Putatan.

Telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Yahya Husin, Timbalan Ketua Menteri yang mewakili Ketua Menteri Sabah. Alhamdulillah telah dihadiri juga oleh beberapa orang VIP, penduduk kampung di sekitar Balai Cerap dan kakitangan jabatan kerajaan negeri & persekutuan serta pusat pengajian.

Rasanya penganjuran majlis ini yang lazimnya dilaksanakan pada tiap - tiap tahun dan kali ini jemputan disasarkan seramai 200 orang. Nampak ianya tercapai.

Secara kesimpulannya, majlis ini semakin mendapat perhatian samada daripada kepimpinan negeri hingga rakyat Sabah yang datang ketika majlis atau mendengar secara langsung di Radio Sabah FM.

Alhamdulillah, ketika ini kami sedang membuat persiapan pula untuk majlis cerapan hilal Syawal pula yang dijadualkan pada 08 September 2010.






Jumaat, Ogos 13, 2010

Tazkiran Ramadhan (1) : INSAFLAH

Bismillah...

Di kala umat Islam menyambut ramadhan, masih lagi kita terdengar berita - berita yang tidak sepatutnya berkemundang di telinga kita yang ketika ini sibuk dengan amal ibadah di bulan ibadah ini.

Namun itulah hakikatnya manusia. Harapnya di bulan ramadhan penuh keberkatan dan keampunan Allah SWT ini, orang yang melakukannya insaf daripada melakukan pelakuan yang lebih teruk daripada binatang. Yang saya maksudkan "PERANGAI BUANG ANAK AKIBAT ZINA ". Tiap - tiap hari ada sahaja berita mengenainya kita dengar melalui media - media massa.... astaghfirullah...

Saya selitkan satu klip vedio untuk tatapan kita terutamanya mereka yang melakukannya perkara tersebut jika terjenguk blog albelurani ini agar ianya dapat memberikan keinsafan kepada kita. InsyaAllah.... saksikan.

p/s : mainkan dengan sound dikuatkan.

Selasa, Ogos 10, 2010

Ramadhan Kareem

Bismillah...


albelurani sekeluarga mengucapkan Ramadhan Kareem kepada seluruh umat Islam khasnya mereka yang senantiasa atau terbuka blog ini. Mudah - mudahan Ramadhan kali adalah yang terbaik untuk kita.

Imam Malik pernah berkata bahawa syarat untuk mendapat natijah TAQWA yang merupakan sebaik - baik natijah bagi mereka yang berpuasa adalah :

1. Syiam (berpuasa)

berpuasa dengan bersungguh - sunggah sepertimana yang dituntut oleh syara'.

2. Qiam (menghidupkan malam dengan ibadah)

Tarawih hanya Allah anugerahkan ketika bulan ramadhan sahaja. Jangan berkira tentang rakaat, Seluruh imam mazhab berpendapat ianya dilaksanakan lebih daripada 20 rakaat hatta imam malik sendiri mendirikannya sebanyak 39 rakaat. Selain itu, laksanakan juga solat - solat sunat yang lain sebagai menghidupkan malam di setiap ramadhan yang penuh dengan keberkatan.

3. Tilawah al-Quran (baca al-Quran)

Imam Syafie sendiri ketika bulan ramadhan beliau mengkhatamkan 20 kali dalam sehari. Ayuh, sama - sama kita imarahkan ramadhan dengan bacaan al-Quran.

4. Bersedekah

Berilah sedekah setiap hari dibulan ramadhan. Walau hanya sebutir kurma terutamanya kepada mereka yang memerlukan atau kepada mereka yang sedang berpuasa agar dengan sebab sedekah kita dia boleh berbuka dan inilah yang pernah Nabi SAW janjikan bahawa mereka yang bersedekah kepada orang yang sedang berpuasa untuk berbuka maka akan diganjarkan pahala sama dengan pahala mereka yang berpuasa. Ayuh, peluang ramadhan ini hanya setahun sekali.

Saya doakan agar tuan - tuan, muslimin dan muslimat dikurniakan kesihatan, keafiatan dan kekuatan untuk memperbanyakkan ibadah pada bulan Ramadhan tahun ini yang belum pasti kita memilikinya pada tahun hadapan. Saya juga berharap tuan - tuan, muslimin dan muslimat mendoakan albelurani sekeluarga sedemikian.

RAMADHAN KAREEM....

Jumaat, Ogos 06, 2010

Pelancaran Taqwim Berbuka Puasa 1431H / 2010M

Bismillah...


Majlis Pelancaran Taqwim Berbuka Puasa dan imsak 1431H / 2010 Bagi Negeri Sabah untuk Edaran Pesawat Malaysia Airlines dan Maswings Sdn. Bhd telah diadakan pada 06 Ogos 2010 di Chek In Island C, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (terminal 1) dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah dengan Kerjasama Pejabat Mufti Negeri Sabah, JHEAINS, Malaysia Airlines, Maswings Sdn. Bhd dan Malaysia Airport Sdn. Bhd Kota kinabalu.

Replika Taqwim

Ini merupakan majlis tahun yang kedua diadakan yang telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Husin, Timbalan Ketua Menteri Sabah.


Melalui ucapan oleh Encik Shauqi Ahmad, Pengurus wilayah Sabah MASwings Sdn Bhd berkata bahawa sambutan mengenai usaha ini amat menggalakkan hasil maklum balas yang diterima daripada pihak kakitangan dan para penumpang. Oleh itu, pada tahun ini cetakan taqwim tersebut telah ditambah daripada 5000 buah tahun lepas ke 6500 buah pada tahun ini dengan peningkatan sebanyak 1500 buah.

Persembahan nasyid E-Man

Taqwim tersebut yang berbentuk kecil dan sangat praktikal untuk dibawa ke mana - mana mengandungi beberapa pengisian mengenai ramadhan (puasa) seperti lafaz niat, syarat sah puasa, pekara - perkara yang membatalkan puasa, waktu solat, waktu dhuha, waktu berbuka dan imsak yang akan diedarkan kepada penumpang - penumpang pesawat MAS dan Maswings penerbangan domestik seluruh sabah dan penerbangan dari Sabah ke Kuala Lumpur. Selain itu, JAKIM Cawangan Sabah turut mencetak taqwim tersebut bersaiz A4 untuk diedarkan kepada orang awam.

Pameran

Alhamdulillah, sudah masuk tahun ke dua majlis seperti ini diadakan oleh pihak JAKIM Cawangan Sabah. Usaha yang baik walaupun nampak ianya kecil tetapi impaknya amat besar dalam meninggikan lagi syiar Islam di samping menghidupkan ramadhan yang akan datang dengan amal kebajikan. Syabas saya ucapkan kepada sahabat - sahabat di JAKIM, moga ianya berterusan dan insyaAllah sedikit yang diusahakan secara bersama akan mendapat ganjaran yang sewajarnya di sisi Allah SWT, insyaAllah sama - sama kita nikmati di akhirat kelak.

Edaran taqwim di pesawat MASwings

بارك الله فيكم

Isnin, Ogos 02, 2010

Diskusi Ramadhan

Kucing Hilang

Bismillah...


Apabila dah sayang kucing macam - macam kaedah dan cara akan dilakukan agar kucing kesayangannya kembali ke pangkuannya. Itulah tanda ia sangat sayang dengan kucing yang merupakan makhluk Allah bersifat manja dan jinak.

Seekor kucing hilang, jantan, 1 tahun, ekor panjang dan ada kolar biru berloceng. Kalau jumpa sila call......... Demikianlah iklan yang terpangpang disebuah tiang berhampiran dengan sebuah restoran di Putatan.

Seorang sahabat saya akan meletakkan satu budget khas untuk kucing peliharaannya sebulan sebanyak RM300 lebih selain kos rawatan sekiranya kucingnya itu sakit. Memang sayang dengan kucing. Bukan semua orang dikurniakan sifat penyayang kepada kucing ni. Abu hurairah adalah gelaran yang dianugerahkan daripada Nabi SAW kepada salah seorang sahabatnya kerana sifat sayangnya terhadap kucing.

Kenduri

Bismillah..

Kelmarin 01 Ogos 2010, saya telah menghadiri tiga majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran. Destinasi pertama jam 10 pagi ke rumah salah seorang staf pejabat iaitu Cik Mestika Gelip.

Saya agak terkejut dengan jemputan tersebut yang mana beliau mempelawa malam sebelumnya untuk datang ke rumah makciknya di perumahan Kepayan Redge. Rupa - rupanya makcik dan pakciknya kenal saya sekeluarga cuma saya saja yang tidak perasaan.


Majlis dipimpin oleh Imam Saidin yang bertugas di Masjid Negeri Sabah. Menu jamuan yang bermacam - macam. Cuma saya tertarik dengan beberapa kuih terdasional. Tapai pun ada dan sudah lama saya tidak memakannya. Ketika majlis itu dapat juga menjamah tapai yang berbalut daun nipah.


Destinasi kedua pula ke rumah Ust. Abu Nuha. Undangan dibuat melalui Facebook rasanya dalam 2 minggu sebelum majlis. Bermula jam 4 petang tapi saya agak terlambat sedikit kerana menghantar 2 orang adik masuk asrama SMA Toh Puan. Kelihatan beberapa orang sahabat yang turut hadir.


Destinasi ke tiga pula iaitu di Masjid As-Salam Kg. Contoh Petagas selepas solat Isyak. Kebetulan kuliah maghrib mingguan saya di sana. Saya usaikan dahulu kuliah maghrib yang menyentuh berkaitan dengan ketibaan ramadhan dan puasa.

Kenduri di sini dilaksanakan secara gotong royong dimana setiap keluarga akan membawa juadah masing - masing. Kelihatan semasa jamuan memang banyak makanan dan setiap orang berpeluang pula membawa balik beberapa tapau yang berisi makanan termasuklah saya yang diberikan tapau.

Demikianlah suasana beberapa hari lagi kita bertemu dengan ramadhan. Ada segelintir umat Islam berlumba - lumba bersedekah dengan mengadakan kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat.

Ketika saya bermusafir ke Tawau minggu lepas, salah seorang ahli qaryah ketika kami menentukan arah kiblat masjid mereka mengatakan bahawa di Tawau bulan sya'aban diistilahkan sebagai bulan arwah kerana terlalu ramai yang akan mengadakan kenduri kendara. Syukur alhamdulillah, bermanfaat kepada mereka yang faqir dan mudah-mudahan Allah memaqbulkan doa - doa kita.

Ahad, Ogos 01, 2010

Kesalahan Penutupan Aurat

Bismillah...

Kesilapan dalam penutupan aurat wanita hari ini. Antaranya ada 10 perkara. Baca dan hayati :

1. Aurat itu adalah hanya memakai tudung sahaja.

2. Bertudung, tetapi berkemeja -T- lengen pendek.

3. Bertudung, tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

4. Bertudung, tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan - kawasan mudah 'menggoda'.

5. Bertudung, tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

6. Bertudung, tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

7. Bertudung, tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah bahagian dada daripada tertutup.

8. Bertudung, tetapi tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. Ini tidak tepat sama sekali.

9. Bertudung, tetapi menaiki motosikal sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

10. Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya, tetapi memanja - manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.

( klik gambar untuk lebih besar )

Tinta albelurani :

Sumber di atas saya telah petik daripada buku UNTUKMU WANITA (soal jawab isu-isu kontemporari kaum wanita yang harus diketahui oleh semua wanita, isteri dan ibu ), karangan Ust. Zaharuddin Abd. rahman.

Buku ini amat wajar dimiliki dan dibaca oleh para wanita, isteri dan ibu hatta remaja kerana ianya menjawab persoalan mengenai isu - isu yang berlaku di sekeliling kita. Begitu juga kaum bapa, lelaki dan suami wajib membacanya agar dapat dijadikan sebagai garis panduan dalam mentarbiyyah isteri, anak - anak, keluarga, para remaja dan masyarakat. Dikuatkan dengan dalil serta hujjah yang kukuh amat sesuai juga untuk para pendakwah.

Selamat memiliki, membaca dan mempratikkannya. Boleh didapati di Pustaka Aslam, Kingfisher Likas, Kota Kinabalu atau di kedai - kedai buku yang berhampiran.