Sabtu, Februari 27, 2010

Misi Bantuan - YAM

Bismillah...

Misi bantuan pertama kepada mangsa kebakaran di Kg. Pandan Putatan Sabah telah dihantar selepas waktu asar kelmarin di hari waktu kebakaran.

Setelah hebahan dibuat oleh anggota Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah ( YAM ) bagi memohon bantuan daripada orang ramai melalui khutbah , sms, hebahan di internet alhamdulillah bantuan berbentuk kewangan dan pakaian terpakai daripada orang ramai terus diterima untuk disampaikan kepada mangsa kebakaran.

Mengikut maklumat daripada ketua kampung Tn. Hj Matlan, sehingga petang kelmarin sebanyak 72 ketua keluarga telah mendaftar sebagai mangsa kebakaran. Menurut beliau, bentuk bantuan yang diperlukan ketika ini adalah berbentuk makanan kerana rumah beliau adalah tempat tumpuan mangsa kebakaran untuk mendapatkan makanan.

3 penempatan bagi mangsa kebakaran iaitu di Surau al-Hidayah, Tabika dan surau Firdaus. Selepas asar kelmarin pihak YAM telah menghantar bantuan berbentuk bahan mentah seperti Beras, Air mineral, susu tin, biskut, kopi dan makanan malam untuk mangsa kebakaran. Sehingga pagi tadi bantuan makanan bagi sarapan pagi telah dihantar oleh YAM.

Menurut Tn. Hj. Matlan setakat ini bantuan terawal yang telah diterima adalah daripada YAM di samping itu daripada Jabatan Kebajikan dan satu Syarikat Tekstail di Putatan.

Jika anda ingin menyumbang bantuan terutama dalam bentuk kewangan bolehlah salurkan melalui akaun BIMB YAYASAN AMAL SABAH -10016010054313 atau datang ke pejabat Yayasan Amal Sabah di Blok Kedai Taman Pasir Putih di atas AL-Amin Mini Market.

Setiausaha YAM cuba mendapatkan maklumat daripada Tn. Hj Matlan, Ketua Kampung


Petugas YAM tengah mengatur strategik bantuan kepada mangsa kebakaran

Bantuan Pertama :
Selepas Asar 26/02/2010


Meninjau tapak kebakaran sambil mendengar salah satu penduduk kampung menceritakan detik-detik kebakaran

Bantuan Kedua :

Makanan Sarapan Pagi 27 /02/2010





Jumaat, Februari 26, 2010

Kebakaran di Kg. Pandan Putatan

Bismillah...

Satu kebakaran telah berlaku di Kg. Pandan, Putatan kira-kira 13KM dari bandar Kota Kinabalu.
Kesibukan umat Islam menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW, rata - rata penduduk Kg. Pandan adalah umat Islam telah menerima musibah ini.

Kebakaran bermula sekitar jam 8 pagi. Semasa ketibaan saya lebih kurang jam 11 pagi daripada menghadiri sambutan maulid Rasul SAW peringkat negeri Sabah ke lokasi didapati hampir 30 buah rumah hangus dijilat api (sumber : mengikut cakap - cakap orang kampung ketika itu ).

Punca kebakaran, berapa buah rumah yang terlibat dan jumlah kerugian masih dalam siasatan polis.

Sempena itu Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah telah menggerakkan ahli-ahlinya bagi misi bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran. Alhamdulillah, saya bersama setiausaha YAM telah mendapatkan maklumat mengenai segala keperluan yang diperlukan dan bentuk bantuan yang diperlukan daripada ketua kampung. Bantuan pertama akan dihantar selepas asar hari ini.

Gambar sekitar suasana kebakaran :









Raptai - Maulid Rasul SAW

Bismillah...

Kelmarin saya menghadiri raptai sempena Majlis Sambutan Maulid Rasul SAW 1431H peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Buku aturcara

Warga JHEAINS sudah semestinya sibuk kerana program ini dikendalikan oleh mereka. Kehadiran saya adalah sebagai AJK Pelaksana mewakili SS Mufti yang ditaklifkan memimpin bacaan doa ketika majlis.

Saya melihat raptai ini tidaklah terlalu berat disebabkan majlis ini bersifat majlis tahunan yang dikendalikan oleh warga JHEAINS yang berpengalaman.

Pelajar - Pelajar THPR

Di kesempatan itu terdapat juga keterlibatan pelajar - pelajar SMA Toh Puan Hjh Rahmah (TPHR). Mereka memimpin nasyid asma al-husna.

Sesudah raptai sempat juga saya duduk sama menjamu selera bersama dengan pelajar - pelajar tersebut. Saya bertanya berbagai pertanyaan mengenai pembelajaran mereka.

Pentas Utama

Lepas ni nak sambung belajar di mana? Marocco, Mesir, Madinah... jawapan mereka. Saya seronok semangat mereka yang hendak meneruskan pengajian di bumi anbia'. Saya lagi berharap agar cita - cita mereka tercapai kerana mereka inilah ASET besar untuk negeri Sabah dalam kancah perkembangan ISLAM di negeri ini.

Alhamdulillah selesai raptai dalam jam 3.45....

ooopppss.... kejap lagi nak gi majlis ni..

SALAM MAULID RASUL SAW.

Rabu, Februari 24, 2010

Mencerap di MRSM Kinarut

Bismillah...

22 Februari 2010 bersamaan 08 Rabi'ulawwal 1431 ( Isnin ) saya bersama seorang kru daripada Unit Falak Syarie (UFS), Pejabat Mufti Negeri Sabah telah dijemput bagi mengisi ruang minggu aktiviti para pelajar MRSM Kinarut, Sabah.



Cikgu Yazid sedang memerhati gelagat para pelajar....

Sebenarnya, pihak MRSM pernah menjemput menjemput bagi menyampaikan ceramah berkaitan falak pada tahun lepas. Memandangkan tarikh yang dirancang bertembung dengan aktiviti lain maka pada tahun ini barulah berpeluang untuk bersama - sama dengan mereka.

Barisan tenaga pengajar...

Masa yang diperuntukkan adalah selama 2 jam bermula jam 8 sehingga 10 malam. Namun majlis hanya bermula pada jam 9 malam. Dalam tempoh sejam saya menyampaikan ceramah mengenai perkembangan ilmu falak, teori tatacara pencerapan dan simulasi mengenai planet dan sistem suria di hadapan 400 lebih pelajar.

Sebelum bermula cerapan taklimat mengenai penggunaan alat amat penting...

Kesungguhan dan minat pelajar untuk mencerap...

ALhamdulillah, sesudah itu kami mengadakan demontrasi pencerapan. Asalnya kami ingin mencerap bintang namun langit ditutupi awan. Alhamdulillah, bulan dapat dicerap dan kebetulan ketika itu bulan berada pada fasa suku bulan dan kekadang bulan kelihatan disebalik awan.

Imej bulan yang sempat dirakam melalui teleskop made 8"...

Ketika pencerapan dibuat, para pelajar telah diarahkan untuk beratur mengikut kelas masing - masing. Peralatan yang kami bawa hanya sebuah teleskop sahaja. Para pelajar hanya dibenarkan melihat tidak lebih dari 3 saat. Namun cuaca kurang mengizinkan untuk terus mencerap bulan dan bintang tetapi saya kagum dengan kesabaran para pelajar yang sabar menunggu agar cuaca beransur pulih.

Dari Kanan... Ust. Salam(UFS), Pengetua Mrsm, Ust. Shahriman dan Cikgu Yazid

Kena ikut giliran...

Di Samping itu juga para pelajar disarankan untuk berzikir agar Allah SWT mengizinkan untuk melihat tanda - tanda kebesaranNYA di kaki langit. Alhamdulillah, bulan mula kelihatan dan teleskop mula memokuskan ke arah bulan. Para pelajar dapatlah melihat bulan.

Imej bulan malam tersebut...

Saya perhatikan gelagat mereka, walaupun hanya 3 saat dibenarkan melihat imej bulan melalui teleskop kelihatan wajah mereka menunjukkan raut wajah teruja dan taa'jub. Ada yang sampai terlompat - lompat tanda seronok. Kekadang nak tergelak juga tengok gelagat mereka.


Itulah pengalaman pertama mereka melihat bulan secara dekat dengan menggunakan teleskop. Mulanya demontrasi diperuntukkan dalam tempoh sejam sahaja tetapi oleh kerana para pelajar sangat - sangat seronok maka tempoh mencerap ketika itu lebih sejam.

Ikutlah skill macam mana pun tetap mau tengok juga...

Alhamdulillah, MRSM adalah sekolah pertama bagi Unit Falak Syarie turun untuk menerangkan ilmu falak. Memang Misi dan Visi Unit Falak Syarie melalui Pejabat Mufti Negeri Sabah untuk menyebar luaskan ilmu falak syarie di seluruh negeri Sabah. Kami sedang menanti undangan - undangan dari sekolah lain....

Bersama tuan pengetua MRSM Tn. Hj. Ibrahim Osman...

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada MRSM terutama kepada pengetua di atas undangan ini. Moga kita berjumpa lagi...

Waallahua'lam.


Khamis, Februari 18, 2010

Tentukan Kiblat Anda Sendiri

Bismillah...

Alhamdulillah saya baru sahaja masukkan beberapa link web yang berkaitan dengan cara penentuan arah kiblat di blog albelurani ini bagi memudahkan para pengunjung menentukan arah kiblat di tempat sendiri.

Bersama ini juga disertakan koordinat bagi seluruh daerah, pekan dan bandar tertentu di negeri Sabah bagi memudahkan untuk mengaplikasikan perisian pada link web yang saya sediakan.

Klik pada imej untuk paparan lebih besar...

Moga ianya bermanfaat untuk semua.

Selasa, Februari 16, 2010

Pencuri Motorsikal

Bismillah...

Sesudah solat isyak semalam para jemaah asyik menceritakan mengenai isu kehilangan motor yang dicuri ketika para jemaah yang hadir untuk bersolat jemaah di Masjid Nurul Iman Pasir Putih Putatan.

2 minggu lepas seorang ahli jemaah yang juga berkerja sebagai polis bantuan di Airport KKIA telah kehilangan motor ketika hadir solat isyak.

Tak sampai seminggu, nasib yang sama menimpa seorang guru yang baru di posting ke Kota Kinabalu dan motornya pula baru dibeli dan belum sempat lagi membayar payment bulan pertama. Tempat dan masa yang sama.

Kegiatan curi motorsikal ini disyaki dijalankan waktu isyak ketika para jemaah sedang mendirikan solat isyak. Laporan polis telah dibuat oleh pihak mangsa.

Bagi para jemaah pula yang datang dengan motorsikal termasuk saya kena peka dan berhati - hati dan kunci sebaik-baiknya motorsikal anda untuk mengelak daripada dicuri.

Di masjid pun tak selamat, memang itulah dasar pencuri tunggu peluang dan ruang semua dikebasnya tak kira di mana. Memang ADIL undang - undang ALLAH SWT bagi mereka yang mencuri DIPOTONG TANGANNYA.

Sebagai langkah altenatif, pihak masjid akan menganjurkan solat hajat selepas maghrib hari ini agar Allah SWT memberikan petunjuk bagi menyelesaikan isu kecurian ini dan bagi si pencuri terbuka hatinya untuk mengembalikan motorsikal tersebut dan kembali ke pangkal jalan.

Tentera Kuffar Dibedil Oleh Mujahidin

Bismillah...

1. Beginilah Penderitaan tentara Amerika di Afganistan.
===============================
Rudal NATO Tergelincir Tewaskan 12 Sipil Afghanistan


KABUL (Arrahmah.com) - Pasukan NATO di Afghanistan pada Minggu (14/2) menyatakan ada 12 warga sipil Afghanistan yang tewas ketika roket yang ditembakkannya meleset dari sasaran yang dimaksudkan sejak operasi ofensif besar melawan mujahidin yang dimulai Sabtu lalu.

"Dua roket dari dari High Mobility Artillery Rocket System (HIMARS) diluncurkan ke arah pemberontak saat mereka menembak pasukan Afghanistan dan ISAF, namun kemudian tergelincir sekitar 300 meter dari sasaran dimaksudkan dan membunuh 12 warga sipil di distrik Nad Ali, provinsi Helmand hari ini," NATO Pasukan Bantuan Keamanan Internasional ( ISAF) mengatakan dalam sebuah pernyataan.


2. Begilah Nasib Tentara Kafir Amerika
Hancur Terkena Rudal Mujahidin.



Fakta Sebenarnya Dalam Operasi Terbaru Tentara AS dan NATO di Afghanistan Selatan

MARJAH (Arrahmah.com) - Minggu (14/2), kru theunjustmedia (TUM) melakukan wawancara khusus dengan salah seorang jurubicara Imarah Islam Afghanistan, Qari Muhammad Yousuf (Qari MY), mengenai operasi militer terbaru yang dilancarkan AS dan NATO di Marjah, Afghanistan Selatan.



Isnin, Februari 15, 2010

Cerapan Hilal Rabi'ulawwal 1431H

Bismillah...

Kelihatan ufuk barat bersih daripada awan

14 Februari 2010 bersamaan 29 Safar 1431H kelmarin adalah rutin saya dan kerja rasmi bagi Unit Falak Syarie untuk turun merukyah bagi hilal Rabi'ulawwal 1431H.

Tetap bersemangat

Tempat merukyah seperti biasa iaitu di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah Tg. Dumpil, Putatan. Kru - kru yang turun merukyah adalah terdiri daripada Unit Falak Syarie Pejabat Mufti Negeri Sabah dan seorang wakil daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Cawangan Sabah iaitu En. Mohd. Yusof Abu Aman.

En. Yusuf Abu Aman... teropong apa tu ye... he.. he..

Alhamdulillah, keadaan cuaca amat baik dan langit di ufuk barat bersih daripada awan. Faktor cuaca tidak menghalang pada kali ini untuk merukyah namun bacaan data bagi hilal pula yang tidak memenuhi ketetapan IMKANUR RUKYAH.

Hari ini jatuh 01 Rabi'ulawwal 1431H dan telah memenuhi ketetapan IMKANUR RUKYAH berdasarkan bacaan data mungkin di sesetengah negeri di semenanjung. Malah di Sabah tidak tidak memenuhi ketetapan IMKANUR RUKYAH.

wa.. ba pish-pish lg.. tetap ceria walau apa keadaan sekalipun.. teruskan perjuangan kawan.

Maknanya hilal tidak kelihatan di Sabah. Umur hilal hanya 7 jam lebih, ketinggiannya pula di bawah 2 darjah selepas matahari terbenam dan juga hilal hanya berada di atas ufuk selama 7 minit. Jika mengikut rekod, memang amat sukar untuk hilal kelihatan.

Matahari melabuhkan tirainya untuk 29 Safar 1431H...

Kali ini tidak kelihatan, insyaAllah bulan depan mencerap lagi dan selamat menyambut bulan Rabi'ulawwal 1431H kerana 12 Rabi'ulawwal satu lagi detik bersejarah dalam kalender Islam iaitu lahirnya seorang pesuruh Allah SWT pembawa rahmat ke seluruh alam.

Royalti Minyak

Bismillah...


Ish...ish ramainya, rakyat Kelantan peka dengan isu - isu terkini terutama yang membabitkan soal HAK bersama...

Suasana di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu semasa Perhimpunan Rakyat Kelantan Menuntut Royalti Petroleum pada 28hb Januari. Solat Hajat di imamkan oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz dengan Ucapan Khas oleh Tengku Razaleigh selaku arkitek perjanjian Petroleum pada tahun 1974.