Sabtu, Oktober 31, 2009

Secoret Muhasabah Masa

Bismillah...

Tiket Perjalanan yang Percuma


Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi

Maklumat tentang perjalanan

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

Syarat-syarat perjalanan

Di tuju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu
malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang yang di benarkan

1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :

• amal solah
• sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.

Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.


Saat dan waktu berlepas

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat
jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini.
Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:

“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."



Isnin, Oktober 26, 2009

SELAMAT HARI LAHIR ANAKANDA KESAYANGAN

Bismillah...

Sabtu baru ni 24 Oktober 2009 adalah ulang tahun hari kelahiran mujahid sulung saya. Tak sempat nak raikan disebabkan saya punyai komitmen di luar kawasan. Memang dah ada perancangan sempena hari tersebut, namun memandangkan ada lagi komitmen yang lebih besar maka perancangan tersebut diubah suai mengikut kesesuaian masa yang ada.

Apa pun demi anak sudah pasti para ibu dan bapa tidak akan jemu - jemu mendoakan anak - anak supaya mereka ini menjadi anak soleh dan solehah serta menjadi pembela agama Islam di muka bumi Allah SWT ini. Yang amat penting mereka ini adalah ASET yang cukup mahal apabila kita meninggalkan alam kehidupan.

Semoga Muhammad Al-Ameen menjadi anak yang soleh, berkhidmat untuk agama yang punyai ilmu agama untuk membimbing ummah pada masa akan datang. Saya pohon dengan penuh rendah hati, kepada semua pembaca blog ini atau terbaca blog ini, doakan Muhammad Al-Ameen dan kami sekeluarga diberikan rahmah, maghfirah, redha Allah SWT dan segala cita - cita di atas Allah SWT qabulkan. Ameen... Syukran.

Imbang Penuh
24 0KTOBER 2007 yang lalu
Muhammad Al-Ameen lahir
selepas 3 tahun abi dan ummi menanti


"YA ALLAH, JADIKANLAH ANAK INI ANAK YANG SOLEH
YANG MELETAKKAN SELURUH KETAATAN DAN KECINTAAN
KEPADA MU DAN RASUL MU
SEBAGAI PAKSI UTAMA HIDUPNYA.
ANUGERAHKANLAH ANAK INI KEINDAHAN AKHLAK DAN KEBIJAKSANAAN.
YA ALLAH, SEMOGA ANAK INI MENJADI KEBANGGAAN ISLAM DAN UMATNYA
SERTA
MENJADI SEBUTAN DAN KESAYANGAN PENDUDUK LANGIT DAN BUMI"

Photobucket

luv u more than words can say baby
abi & ummi
24 oktober 2009

Singgah Makan Durian


Fuh... Nikmatnya durian. Ingatkan saya sahaja yang minat durian rupanya Ust. Mat juga minat.

Bismillah...

Alhamdulillah Sabtu lepas saya dan beberapa sahabat bermusafir ke Ranau bagi menghadiri satu program. Saya menaiki kereta AVANZA milik Ust. Muhammad Suid bersama seorang lagi iaitu Ust. Norazamuddin.

Jam 3 petang daripada Kota Kinabalu ke Ranau. Dalam perjalanan memang ternampak ramai penduduk yang sedang berjual buah durian. Kali ini Ranau menjadi destinasi yang perlu dikunjungi kerana banyakknya buah durian.

Wah... bersungguh Ust. Azam membuka buah durian.

Kebetulan pula tarikh 24-25 oktober ( Sabtu & Ahad ) ada Pesta Durian di Pekan Ranau. Alhamdulillah, walaupun terpaksa bergegas untuk sampai ke Ranau kerana punyai program kuliah beberapa Masjid di Kundasang dan Ranau sempatlah juga kami menikmati buah durian yang muruah - murah di pertengahan jalan.

Pesta durian juga kami kunjungi dan akan diceritakan kemudian.

Waallahua'alam.


Khamis, Oktober 22, 2009

Kenapa Kiblat Salah?


Bismlillah...

Baru - baru ini saya telah mengadakan lawatan kerja bagi membuat semakan arah kiblat di SMK Tansau dekat dengan pekan Putatan.

Dilaporkan bahawa arah kiblat surau di sekolah tersebut tersasar dari arah kiblat yang sebenar. Seorang hamba Allah telah menghubungi saya memaklumkan perkara tersebut. Ini adalah hasil semakan oleh hamba Allah tersebut dengan menggunakan kompas.

Alat Kompas prasmatik bertripod didirikan. Benang ditarik dari mihrab surau diselarikan dengan alat.

Di kesempatan itu, saya juga turut bertanya macam mana caranya dia membuat semakan arah kiblat di surau tersebut. Dia menjelaskan iaitu dengan membawa kompas masuk ke dalam surau yang konkrit itu dan meletakkannya di atas lantai simen.

Ok tak pe, saya terima penjelasan itu dan saya ke lokasi bagi membuat semakan arah kiblat. Setibanya kami di sana, kami telah disambut oleh Ust. Syaaban dan membawa kami ke lokasi dan kami pun menjalankan kerja - kerja penyemakan arah kiblat.

Kedudukan alat tepat dengan benang yang di tarik selari dengan mihrab surau.

Kaedah yang kami gunakan juga menggunakan alat kompas prasmatik bertripod. Semakan dilakukan di luar surau bagi mengelak gangguan tarikan magnetik kompas tersebut. Sudut di mihrab utama adalah sudut semakan kami. Hasil semakan melalui mihrab utama didapati arah kiblat surau tersebut adalah tepat.

Semakan di buat, arah kiblat adalah selari dengan benang yang ditarik dari mihrab surau dan ianya tepat dengan azimuth arah kiblat

Kenapa kiblat salah? persoalan yang sering terdengar dan perlu ada jawapannya daripada mereka yang mahir dengan hal - hal arah kiblat.

Di sini saya nyatakan beberapa foktor kenapa kiblat boleh salah.

1. Semasa pembinaan masjid atau surau dijalankan, pihak pemaju tidak merujuk kepada pihak berwajib mengenai arah kiblat. Main semborono sahaja menentukan arah kiblat. Caranya ikut di mana sahaja matahari terbenam itulah kiblat. Sedangkan kedudukan matahari terbenam berbeza-beza pada setiap waktu. Boleh ikut matahari tapi kena tahu kedudukannya yang bertepatan dengan arah kiblat. Ada cara dan formulanya.

2. Membuat semakan arah kiblat dengan menggunakan kompas magnetik. kena tahu cara dan kaedahnya. Kompas magnetik bermacam - macam jenis dan harga. Ada yang berharga RM5, RM20 lebih-lebih, dan ada juga kompas magnetik harganya mencecah ribuan ringgit. Namun kena tahu cara penggunaannya. Contohnya : anda ingin menyemak arah kiblat sesuatu masjid atau surau yang berkonkrit, maka janganlah semak dengan membawa kompas tersebut masuk ke dalam masjid dan meletakkan pula di atas lantai bersimen. Alamatnya jarum kompas akan terganggu dan akan menunjukkan arah yang salah dari arah kiblat yang sebenar. Jadi mulalah hati berasa curiga bahawa arah kiblat sudah salah. Bukan arah kiblat yang salah tapi kita yang salah disebabkan tak tahu cara penggunaan kompas magnetik yang ada pada kita.

Oleh itu, pantang larang bagi mereka yang menggunakan kompas magnetik dalam membuat semakan arah kiblat ialah :

1. Elakkan daripada menggunakan kompas magnetik dalam bangunan yang berkonkrit.
2. Elakkan juga daripada saliran arus elektrik.
3. Elakkan daripada bahan - bahan yang mempunyai tarikan magnet contoh besi, stil dan sebagainya.

Saranan :

1. Hendaklah membuat semakan arah kiblat dengan menggunakan kompas di luar bangunan masjid atau surau. Bagi masjid atau surau yang bukan konkrit bangunannya bolehlah semak arah kiblat dengan kompas di dalamnya tapi di luar adalah lebih baik.

2. Nak buat bangunan masjid dan surau, jika di Sabah sudah ada garis panduannya cuma kena rujuk kepada pihak berwajib seperti Pejabat Mufti.

Ust. Syaaban

Mudah-mudahan dengan sedikit penjelasan dan perkongsian ilmu ini akan dapat merungkaikan sedikit masalah dalam kita membuat semakan atau penentuan arah kiblat. Arah kiblat adalah salah satu syarat sah solat maka sedikit ilmu falak yang dikongsi ini akan menambahkan lagi keyakinan kita dan memudahkan kita dalam memperhambakan diri kepada Allah SWT.

Waallahu'alam.

Isnin, Oktober 19, 2009

Cerapan Hilal Zulkaedah 1430H

Bismillah...

Baru petang tadi saya bersama kru Unit Falak Syarie, Pejabat Mufti Negeri Sabah dengan kerjasama Unit Istinbath, JUPEM dan Unit Sains dan Teknologi turun mencerap hilal Zulkaedah 1430H di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil, Putatan.

Data hilal Zulkaedah ( secara hisabiah ) di lokasi Balai Cerap Al-Biruni seperti berikut :

1. Matahari terbenam : Jam 18.00
2. Bulan terbenam : Jam 18.44
3. Umur Hilal : 29 jam 11 minit
4. Ijtima' berlaku : Jam 13.33 (18 Oktober 2009)
5. Ketinggian (Altitud) hilal ketika matahari terbenam : 14' 12"
6. Jarak Lengkung hilal ke matahari :14˚ 43' 06"
7. Azimuth Hilal ketika matahari terbenam : 248˚ 43' 38"

Jika mengikut hisabiah di atas hilal zulkaedah telah memenuhi ketetapan Imkanurrukyah (kebolehnampakkan) dan dengan ketinggian hilal yang sudah menjangkau 8 darjah lebih serta umur hilal telah menjangkau 29 jam 11 minit adalah faktor hilal akan kelihatan apabila dicerap dengan menggunakan peralatan dan mungkin juga dengan mata kasar pun boleh nampak.

Namun, dengan keadaan cuaca yang berawan tebal telah memenuhi ruang ufuk barat maka hilal tidak kelihatan. Harapan menggunung kami untuk melihat hilal tetapi Allah SWT lagi maha mengetahui bahawa petang tadi hilal tidak kelihatan dengan sebab cuaca tidak mengizinkan dengan kehendak Allah SWT.

Hilal tak nampak tetapi sempat juga saya merakamkan gambar saat - saat matahari terbenam dengan menggunakan tedeolit. Tengoklah beberapa gambar yang sempat dirakamkan. InsyaAllah kita jumpa cerapan hilal zulhijjah akan datang satu lagi cerapan rasmi yang bakal kami laksanakan bagi menetapkan bila jatuhnya tarikh Aidiladha.

a. Sebelum mencerap, menikmati minum petang dulu. antara Menunya roti jala :



b. Keadaan ufuk barat :




c. Saat - saat matahari terbenam:



Sekian.

Sabtu, Oktober 17, 2009

Beraya Lagi

Bismillah...

Semakin hampir Syawal melabuhkan tirainya yang berakhir pada hari Isnin ini 30 Syawal 1430H, maka semakin ramai dan banyak rumah terbuka yang diistilahkan sebagai penutup rumah terbuka sempena syawal.

Di samping itu ada juga yang sedang bertungkus lumus menghabiskan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Tak pe la... yang tak habis lagi tu teruskan perjuangan. Alhamdulillah, semenjak hari Isnin dan hari ini (sabtu) memang tidak putus - putus saya menerima jemputan rumah terbuka.

Antara lokasi yang telah saya pergi iaitu rumah terbuka Madrasah Islamiah Masjid Negeri Sabah yang terletak bersebelahan SMA Toh Puan Hjh Rahmah, jamuan raya yang telah dianjurkan oleh makcik-makcik perkerja di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah di Tg. Dumpil Putatan, rumah Ust. Mohammad Suib ( Ust. Mat Sepanggar ) dan hari ini di rumah Ust. Muhasibi (Ust. CB) di Taman Gaya.

Khabarnya esok 18hb Okt. ada lagi rumah terbuka khas untuk anak - anak Kelantan di perantauan di dewan...(tak ingat nama dewan tu) yang terletak di Bukit Padang. Isteri pula beriya - iya nak pergi sebab dia orang Kelantan, saya segan la pula. Tapi tak pe... atas kapasti isteri orang kelantan saya tumpang sekaki je la..

Alhamdulillah, ini semuanya rezeki milik Allah SWT yang dikurniakan kepada kita sewajibnya kita syukuri. Kita cukup mewah dengan makanan, mampu untuk kita anjurkan rumah terbuka kerana Allah kurniakan kita rezeki dan insyaAllah diniatkan bahawa anjuran kita itu adalah semata - mata kerana Allah SWT supaya rezeki yang diperolehi dapat dinikmati bersama.

Kepada sahabat - sahabat dan pihak - pihak yang menjemput, terima kasih di atas jemputan dan didoakan agar Allah SWT terus tambahkan rezeki kalian.. ameennn...

Photo Shot :

Tetamu yang berkunjung ke rumah terbuka Madrasah Islamiah Masjid Negeri Sabah

Pelajar MIMNS segak berbaju raya

Ust. Hafizullah.. jumpa dengan dia di rumah Ust. CB

Ust. Cb

Di Rumah Ust. CB

Sebelum menikmati jamuan raya... doa dibacakan

Rabu, Oktober 14, 2009

Lawatan Kerja Penentuan Arah Kiblat

Bismillah...

Sejak minggu lepas saya outstation di beberapa destinasi di bahagian Kudat, Pantai Barat Sabah dan Pedalaman bagi kerja - kerja penentuan arah kiblat bagi pembinaan masjid baru dan semakan arah kiblat bagi masjid yang telah didirikan.
Destinasi tersebut adalah :

1. Pembinaan Masjid Baru Daerah Putatan.



Jaraknya lebih kurang 13KM dari pusat bandar Kota Kinabalu. Saya dimaklumkan kos pembinaan masjid baru Daerah Putatan 2 tingkat ini menelan belanja 5 Juta lebih. Lokasi tapak masjid ini adalah di tepi jalan menuju ke JKR Putatan dan juga jalan menuju ke Taman Teluk Villa serta di belakang apartment SPNB yang baru siap.

Teodolit, Peralatan yang digunakan untuk menentukan arah kiblat

Masjid ini dijangkakan siap dalam tempoh dua tahun atau kurang daripada itu yang dibangunkan oleh Kontraktor daripada syarikat Pembangunan Sulaiman. Alhamdulillah, arah kiblat telah disahkan dengan azimuth kiblatnya 290° 38' 16″ berdasarkan koordinat lokasi tersebut Latitud : 5 ° 53' 34.38” U dan Longitud:116° 02' 25.83 T pada 05 September 2009 lalu.

2. Masjid Kg. Pomonsukan, Matunggong.

Semakan sedang dibuat bagi kerja - kerja pengukuran yang telah dibuat oleh juruukur

Masjid ini juga adalah pembinaan baru. Lokasinya terletak lebih kurang 3KM daripada pekan baru Matunggong. Daerah Matunggong pula terletak kira - kira 120KM menuju ke utara Sabah daripada Kota Kinabalu. Kos pembinaan masjid ini adalah RM170 ribu lebih sepertimana yang telah dimaklumkan oleh pihak kontraktor.

Pek yang telah ditanam sebagai tanda arah kiblat yang telah ditentukan azimuthnya

Arah kiblatnya juga telah ditentusahkan dengan azimuth arah kiblat 290° 26' 18″ berdasarkan koordinat lokasi tersebut Latitud : 6 ° 45' 12.7” U dan Longitud:116° 45' 40.4 T pada 07 September 2009 lalu.


3. Masjid Al-Hikmah Kg. Pintasan, Kota Belud.

Dalam perjalanan balik dari Matunggong kami singgah di Masjid tersebut bagi menyemak arah kiblat . Masjid ini terletak di Kg. Pintasan , Kota Belud bersebelahan dengan Kg. Tamau yang merupakan lokasi program ihya' ramadhan lalu daripada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah.

Kerja - kerja semakan dan penandaan arah kiblat

Masjid ini telah dibina sekitar tahun 1980an. Antara aktiviti yang dijalankan pula ialah setiap hari jumaat setengah jam sebelum solat jumaat diadakan tazkirah. Imam qariahnya pula ialah Ust. Sidin Saibin. Menurut imam tersebut mojiriti penduduk di sini beragama Islam berbangsa Iranun, bugis dan bajau laut.

Masjid al-Hikamh Kg. Pintasan, Kota Belud

Apabila kami menyemak arah kiblat masjid ini didapati arahnya tersasar ke kanan daripada azimuth kiblat asal masjid ini sebanyak 21° 46' 32″. Azimuth kiblat asal masjid ini adalah 268° 45' 00″ dan azimuth kiblat sebenar adalah 290° 31' 32″. Jauh juga arah kiblatnya masjid ini tersasar.

4. Masjid Baru Kg. Manggis dan Kg. Sarap Siampak, Menumbuk.

Masjid ini terletak kira - kira 7KM sebelum pekan Menumbuk. Pembinaan Masjid baru ini menelan kos RM400 ribu lebih. Khabarnya akan disiapkan secepat mungkin oleh kontraktor yang berpengalaman.

Sedia untuk diperiksa arah kiblatnya

Arah kiblatnya juga telah disahkan dengan azimuth kiblat 290° 31' 32 berdasarkan koordinat lokasi tersebut Latitud : 5° 22' 43.4” U dan Longitud:115° 24' 36.3 T pada 09 September 2009 lalu.

Tapak Masjid baru di Kg. Sarap Siampak Menumbuk yang masih belum dibersihkan

Manakala bagi Masjid Baru Kg. Sarap Siampak pula arah kiblatnya masih belum dapat disahkan kerana pengukuran layout di tapak masjid tersebut tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Kerja - kerja pengukuran arah kiblat di tapak setiap lokasi masjid atau surau baru yang hendak dibina adalah dibuat oleh juruukur berlesen yang dilantik oleh pemohon (kontraktor) berdasarkan beberapa maklumat dengan ketetapan prosedur penentuan arah kiblat sebelum pengesahan diberikan oleh Pejabat Mufti Negeri Sabah.

Bagi semakan arah kiblat untuk masjid / surau yang sedia ada, juruukur tidak diperlukan dan pihak Unit Falak Syarie sendiri yang akan membuat penyemakan tersebut.

Wallahu'alam.

Selasa, Oktober 13, 2009

Lagi Beraya

Bismillah...

Istilah " Sebulan raya " memang dipraktikkan kebanyakkan umat Islam dengan membuat beberapa lagi majlis - majlis rumah terbuka di saat - saat terakhir syawal ini.

Alhamdulillah, dikesempatan yang ada pada hari sabtu dan ahad 10-11hb Oktober 2009 beberapa rumah yang sempat saya kunjungi walaupun saya mempunyai kelas pada paginya kerana itu sahaja yang terluang semenjak balik bercuti raya dari Kelantan.

Antara rumah yang sempat dikunjungi ialah rumah Tn. Hj Rahimin di Taman Luyang Perdana, Ust Mohd Ariffin Ali dan Ust. Sobri Ibrahim at-Tobibi di Taman Teluk Villa, Putatan, Ust. Redwan Othman di Taman Pasir Putih dan Ust. Abu Bakar di Taman Bersatu Putatan.

Di bawah ini photo shot yang sempat dirakamkan :

Sekitar suasana rumah terbuka Tn. Hj Rahimin pada 04 Oktober 2009

Tn. Hj Rahimin

Ameen terpegun bersama Ubaidullah (anak Ust. Ariffin) menyaksikan Movie Upin & Ipin Pengembaraan Bermula...

Raya di rumah redwan

Dari kiri : Redwan, Azman, Sobri.. di rumah redwan.

Sobri at-Tobibi bersama anak - anaknya : Sofi, Jannah, Hafiz...

Sabtu, Oktober 10, 2009

Beraya di Rumah SS Mufti

Bismillah...

Khamis 08 September 2009 lalu kami sepejabat telah dijemput oleh Y.Bhg S.S Datuk Hj Ahmad Alawi Hj Adnan, Mufti Kerajaan Negeri Sabah beraya di rumahnya yang terletak di Kg. Petagas, Kota Kinabalu.

Alhamdulillah, ini kali pertama saya berkunjung ke rumah barunya. Sebelum ini beliau tinggal di kediaman di jalan menteri berhampiran dengan Institut Perguruan Gaya. Kalau tak silap saya beliau telah berpindah ke sana pada tahun lepas.

Setiba kami di sana, kami telah disambut oleh Y.Bhg SS Datuk Mufti dengan bermacam juadah dan aneka kuih raya. Alhamdulillah, rezeki dengan hidangan tengahari seperti nasi beriani, kelupis, nasi himpit, ayam masak merah, kuah satay dan sebagainya.

Kami mengucapkan ribuan syukran Jazilan di atas jemputan Y.Bhg SS Datuk Mufti beraya ke rumahnya. Didokan Y.Bhg S.S Datuk Mufti sentiasa di bawah zilal rahmah dan maghfirah serta sentiasa dikurniakan Allah SWT keafiatan dalam meninggikan kalimatullah di atas muka bumi Allah SWT ini.

Beberapa photo shot yang sempat dirakamkan :






Khamis, Oktober 08, 2009

Banjir dan Kemalangan

Bismillah...

Banjir

07hb September 2009 (rabu) saya punyai tugasan rasmi untuk pergi ke daerah Matunggong dan Kota Belud. Jarak dari Kota Kinabalu ke derah Matunggong kira - kira 130KM.

Jalan Tebobon dinaiki air

Saya bertolak ke Matunggong bersama rakan di Unit Falak Syarie Pejabat Mufti Negeri Sabah Ust. Mohd Salam dan Pilot kami Sdr Sulaiman menaiki kereta Ford 4x4 jam 9.30 pagi. Kami melalui jalan lama iaitu jalan Tebobon dan Telipok. Malangnya jalan tersebut dinaiki air dan banyak kenderaan - kenderaan kecil tidak dapat melalui jalan tersebut.

Kesesakan berlaku di trafik light puterajaya, telipok

Kemudian kami berpatah balik dan cuba melalui jalan Indah Permai menuju Jalan Sulaman. Rupa-rupanya jalan berhadapan dengan Stesen Janakuasa Melawa juga dinaiki air dan kenderaan - kenderaan kecil berpaking di tepi jalan. Alhamdulillah, kami bernasib baik kerana menggunakan kenderaan besar dapat melalui jalan tersebut untuk meneruskan perjalanan bagi kerja - kerja penentuan arah kiblat sebuah masjid baru di Kg. Pomonsukan, Matunggong dan semakan arah kiblat di Masjid Al-Hikmah, Kg. Pintasan, Kota Belud.

Jalan Melawa di naiki air

Pagi tadi melalui Buliten 7.30 TV3, apa yang terjadi kelmarin adalah kesan daripada ribut parma yang melanda di Filipin. Menyebabkan hujan berserta angin turun bermula malam kelmarin sehingga pagi di sekitar pantai barat Sabah iaitu di Kota Kinabalu, Putatan dan Papar. Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya satu laporan mengenai kerosakan rumah kesan ribut tersebut di daerah Papar.

Kemalangan

Dalam perjalanan saya menuju ke Pejabat pada pagi ini, satu kemalangan telah berlaku di jalan Kota Kinabalu - Putatan. Kemalangan tersebut terjadi berdekatan dengan stesen keretapi Tg. Aru.


Membabitkan sebuah kereta Proton SAGA dan sebuah Produa VIVA. Saya kurang pasti sama ada kejadian ini berlaku ketika kereta - kerata tersebut menghala ke Putatan atau ke Kota Kinabalu.


Keadaan kenderaan tersebut pula kelihatan remuk di bahagian hadapan. Harap - harap tidak ada kemalangan jiwa. Kesan kemalangan tersebut maka berlakunya kesesakan lalu lintas menuju ke arah Putatan.


2 bentuk musibah di atas yang sering berlaku ke atas manusia. Cuma membezakan bila, kenapa, lokasi dan kesan ianya berlaku. Apa yang berlaku ini adalah peringatan untuk kita sebagai manusia supaya kerap-keraplah bermuhasabah. Jadinya banjir, mungkin disebabkan rakusnya pihak yang mengejar keuntungan dengan projek - projek besar sehingga soal- soal perparitan di abaikan atau tidak mengambil berat tentang pembinaan saliran air di tempat yang sering berlakunya banjir. Jadinya juga kemalangan, mungkin pemandu nak tunjuk hero dengan tidak menghiraukan undang - undang dan peraturan di jalanraya. Contohnya, memandu perlahan di lorong memotong. Ini juga menyebabkan pemandu lain naik angin. Jadi sama - samalah kita hitung diri setiap apa yang berlaku agar kita terselamat daripada musibah-musibah yang tak tau bila ianya akan muncul.

Wallahu'alam.