Selasa, Jun 30, 2009

Bersederhana itu kekayaan yang nyata

Bismillah...

Saya tertarik dengan artikel ini yang saya copy dari sini... jom kita kongsikan bersama moga ada manfaatnya.

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi
miskin"

Jika perlu marah, marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar;
jika perlu menangis, menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan
tenang;
jika perlu patuh, patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan.

Jika mahu miskin, miskinlah tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah
menjadi kufur;
kalau mahu kaya, kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa
perkataan sedekah;
jika mahu menjadi warak, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan
sampai terlupa keperluan dunia.

Kalau mahu sebuah kereta mewah, belilah selagi mampu dan menepati keperluan
semasa;
kalau mahu dua buah rumah, belilah asal jangan sampai tak tahu makna
perkataan puas;
kalau mahu menimbun harta, bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa
ibadah.

Kalau mahu berhibur, berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi
syariat;
kalau mahu memperkatakan hal orang, berkatalah asal jangan sampai
mengumpat;
kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang, cemburulah asalkan anda pun
berusaha kuat sepertinya.

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya.
Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara.
Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis;
orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau;
orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidak
berdaya.

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba
kepada harta;
binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia;
binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan
orang dan tercalar maruah diri.

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk
makan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya bersederhana dalam
beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan di jalanan
juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia. Dia tidak akan
hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia
terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang
mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada
rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah
menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan."

Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin; menyimpan harta jangan sampai
digelar si bakhil, beribadah jangan sampai semakin jahil.

Kata sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang
yang bersifat tawaduk dan lemah lembut."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhana yang nyata, membangkitkan kasih
sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia
maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau senda
dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya.

Email : Zamri Kecik's

Tahukah Anda?

Tahukah anda:

1) Jika anda membaca Al-Quran empat mukasurat sahaja (dua helai) setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan 30 juz dalam masa sebulan.

2) Jika anda membaca Sahih Bukhari 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkan bacaan keseluruhan Sahih Bukhari dalam masa 2 bulan sahaja. (Cetakan Dar Al-Salam: 1300 halaman)

3) Jika anda membaca Mukhtasar Sahih Muslim 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi, dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja. (CetakanDar Al-Fikr: 670 halaman).

4) Jika anda membaca 45 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Bulugul Maram dalam masa seminggu.

5) Jika anda membaca 16 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Musnad Ahmad dalam masa setahun sahaja. (50 jilid)

6) Jika anda membaca kitab Syamail Al-Nabi S.A.W oleh Imam Tirmzi, sebanyak 27 mukasurat sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa seminggu.




7) Jika anda membaca kitab Al-Adab Al-Mufrad oleh Imam Bukhari, sebanyak 15 hadis sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa 3 bulan. Dan jika anda membacanya sebanyak 45 hadis sehari anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja.

8) Jika anda membaca kitab Ahkam Al-Quran oleh Imam Syafie sebanyak 37 mukasurat setiap hari, anda dapat menamatkannya dalam masa 2 minggu.

9) Jika anda menghafal satu rangkap syair sahaja setiap hari daripada kitab Alfiyah Ibn Malik, anda dapat menghafal keseluruhan 1000 rangkap syair Alfiyah dalam masa tidak sampai 3 tahun. 10) Jika anda menghafal dua hadis sehari, anda dapat menamatkan hafalan keseluruhan hadis-hadis Umdatul Ahkam dalam masa 8 bulan.

11) Jika anda membaca dan menghafal satu persoalan feqah sehari, berserta dengan khilaf dan dalilnya, maka dalam tempoh 3 tahun anda sudah menguasai lebih 1000 masalah feqah.

12) Jika anda menghafal 2 rangkap syair sahaja sehari, anda dapat menghafal keseluruhan syair matan Al-Baiquniyyah (Mustalah Hadis) dalam masa tidak sampai 3 minggu.

13) Jika anda menghafal 2 hadis sahaja setiap hari secara konsisten bermula hari ini, percayalah 30 tahun akan datang anda boleh berbangga di hadapan cucu-cucu anda dengan berkata, “Atuk sudah menghafal lebih 20,000 hadis”.

Tahniah dan Takziah

Nurul Jannah Bte Mohd. Sobri at-Tobibi

Bismillah...

Tahniah buat sahabat saya al-Fadhil Ust. Sobri Ibrahim at-Tobibi (telukvilla.blogspot.com) kerana telah dikurniakan anak yang ke tiga pada awal bulan Jun 2009 baru ni yang diberi nama sebagai NURUL JANNAH BTE SOBRI. semoga ianya akan menyerikan lagi rumahtangga dan akan menjadi penerus bagi kerja - kerja dakwah para nabi-nabi sebelum ini. PENYEJUK MATA DAN PENAWAR HATI untuk ibu bapa dan akan menjadi anak solehah untuk berkhidmat kepada agama Allah SWT.

Di kesempatan ini juga saya mengucapkan takziah di atas kembalinya saudara kembar Ust. Sobri ke rahmatullah yang bernama Mohd. Sabki pada 28 Jun 2009 lalu. Saya dimaklumkan saudaranya itu berada di Kelantan. Di doakan semoga Ust. Sobri diberikan kekuatan menghadapi situasi ini dan Allahyarham ditempatkan di kalangan para solihin... al-Fatihah.

Isnin, Jun 29, 2009

Sukaneka PASTI 09 Pantai Barat Sabah

Stadum Likas, Kota Kinabalu

Bismillah...

28 Jun 2009 satu lagi majlis yang saya turuti dan saksikan iaitu sukaneka PASTI 09 Peringkat Pantai Barat Sabah yang telah diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Pembaca Iqrar

Lintas Hormat daripada anak - anak muslimat

Ceria dengan penuh bergaya

Saya sungguh teruja melihat penganjuran sukaneka ini yang mana anak - anak PASTI telah menunjukkan bakat dalam acara - acara yang dipertandingkan. Yang sangat saya teruja apabila seorang pelajar PASTI berumur 5 tahun yang mengetuai pembacaan iqrar apabila iqrar tersebut dimulakan dengan lafaz SYAHADAH kemudian disertakan dengan kelantangan suaranya dan ditutup dengan 3 kali laungan takbir yang disahut oleh seluruh pelajar - pelajar PASTI... Teruja dan saya berbangga dengan semangat mereka dan terdetik dalam hati saya bahawa mereka ini merupakan permata - permata Sabah yang bakal mengembangkan dan memartabatkan ISLAM di muka bumi Sabah ini.

Membuat lintas hormat sambil melaungkan zikir

Semangat adik - adik ni

Aik tak cukup tidur kot..

Di samping itu, ketika lintas hormat setiap kontinjen PASTI anak - anak akan berzikir ataupun bertakbir. Ini merupakan acara sukaneka yang lain dari yang lain. Saya yakin penganjuran lain daripada PASTI mesti mereka akan diiringi dengan lagu - lagu ...(entah ape2).

Fuh... memang semangat

Khusyuk betul adik ni memasukkan air ke dalam botol..

14 Buah PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam ) yang terlibat termasuk penyertaan dari PASTI Daerah Beaufort. Yang amat mengecawakan saya apabila saya terlupa membawa kamera yang tertinggal di Pejabat. Saya terpaksa menggunakan handphone namun bermasalah pula tak boleh nak upload. Gambar yang saya sertakan ini adalah daripada abunuha.wordpress.com.

Kehadiran para ibu bapa dan orang awam

Para wartawan dan jurugambar pun menunjukkan aksi mereka ketika anak-anak pasti beraksi...

Penganjuran kali ini punyai kemajuan berbanding pada tahun - tahun sebelum ini. Kehadiran ibu bapa boleh dianggarkan mencecah sehingga 1000 orang lebih. Bahagian keselamatan pula dikawal oleh pihak UNIT AMAL. Saya turut dimaklumkan, pada kali ini jumlah hamper melebihi yang dijangkakan dan banyak kali juga dibuat cabutan bertuah termasuklah saya yang juga bertuah dan dapat juga membawa balik sebuah hamper.. alhamdulillah.

Biar penat yang penting sentiasa senyum...

Secara keseluruhannya, saya dapat perhatikan bahawa PASTI sememangnya punyai masa depan yang cerah di negeri Sabah. Saya yakin melalui penganjuran sukaneka ini para ibu bapa pasti akan terasa bahawa didikan anak - anak mereka di PASTI akan menyentuh hati mereka untuk lebih dekat kepada ISLAM selain melihat anak - anak mereka yang sedia untuk ditarbiyyah di PASTI untuk terus dicorak secara ISLAM berdasarkan manhaj bersumberkan AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.

" ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN "

Wallahu 'alam.

Rabu, Jun 24, 2009

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Kali Ke-87


Bismillah...

Bermula 23 - 25 Jun 2009 sedang berlangsungnya Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke - 87 di LE Meredian Hotel, Kota Kinabalu.

Sabah menjadi tuan rumah di bawah penyelarasan Pejabat Mufti Negeri Sabah dan JAKIM Cawangan Sabah. Kelmarin kebanyakkan staf pejabat Mufti berada di aiport KKIA bagi menyambut ketibaan para Ashabus Samahah dan ahli - ahli majlis fatwa yang lain. Bermula jam 11 pagi dan berakhir pada jam 8 malam.

Perlaksanaan Muzakarah ini memang diadakan di beberapa tempat dan kali ini di negeri Sabah. Sudah pastinya mereka akan membahaskan beberapa isu. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar dan insyaAllah malam 24 Jun para ahli muzakarah akan diraikan oleh kerajaan negeri dalam satu majlis makan malam.

Selamat bermuzakarah di bumi Sabah ini mudah-mudahan kehadiran para ashabus samahah dan ahli ilmu ke negeri ini diiringi bersama dengan rahmat Allah SWT.

Isnin, Jun 22, 2009

Hikmah Pengharaman Babi

Bismillah...

Cuba renung dan fikir-fikirkan artikel ini moga ada kebaikan untuk hati kita agar kita lebih thabat dengan agama Allah SWT.

Artikel ini sumbernya di sini....

Hikmah Dibalik Pengharaman Babi

Al-Irsyad Surabaya

ssalamualaikum Wr Wb

Bismillahirrohmaani rrohiim

Al Dakwah.org- Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropa dan Amerika, yang menjadikan daging babi sebagai makanan pokok dalam hidangan mereka.

Dalam kesempatan ini, saya sitir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahasia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram. Antara lain ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteri-bakteri lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteri dan mikroba lainnya.?

Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina.

Mengetahui hal itu, mereka bertanya, “Untuk apa semua ini?” Beliau menjawab, “Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahasia.”

Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu darikeduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.
Selanjutnya beliau berkata, “Saudara-saudara, daging babi membunuh ‘ghirah’ orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian.

Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, karena daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya.”

Kemudian beliau memberikan contoh yang baik sekali dalam syariat Islam. Yaitu Islam mengharamkan beberapa jenis ternak dan unggas yang berkeliaran di sekitar kita, yang memakan kotorannya sendiri. Syariah memerintahkan bagi orang yang ingin menyembelih ayam, bebek atau angsa yang memakan kotorannya sendiri agar mengurungnya selama tiga hari,memberinya makan dan memperhatikan apa yang dikonsumsi oleh hewan itu. Hingga perutnya bersih dari kotoran-kotoran yang mengandung bakteri dan mikroba. Karena penyakit ini akan berpindah kepada manusia, tanpa diketahui dan dirasakan oleh orang yang memakannya.

Ulasan : ish-ish hodohnya perangai babi ni... ini menunjukkan bahawa hebatnya syariah Allah SWT. Maknanya orang yang tak ikut syariat Allah SWT tak de beza dengan babi tersebut bahkan boleh jadi lebih teruk daripada babi. Naiuzubillah.

Wallahu'alam.

Khamis, Jun 18, 2009

SDSI


Bismillah...

Pagi tadi saya telah menghadiri Majlis Perasmian Showcase & Seminar Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Negeri Sabah yang telah diadakan di Sabah Trade Centre, Likas. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah.

Ni saya tak pasti ...Tengah Buat Tikar Kot....

Makcik ni khusyuk buat raga Sabah

Showcase tersebut bermula hari ini sehingga 21 Jun 2009 . Antara yang menarik ialah jualan makanan - makanan tradisional dan bahan kebudayaan yang meliputi kaum dan daerah di Sabah. Saya sempat melihat ruang - ruang jualan tersebut. Hampir seluruh daerah di Sabah yang mewakili jualan - jualan tradisional turut serta. Bak kata YAB Ketua Menteri Sabah pada majlis perasmian tadi " Kalau daerah PAPAR dikenali dengan kuih cincin dan Belacan, Halia di Tambunan, Kayu Manis di Keningau, Amplang di Tawau".

Ayam Berbumbu... Masakan Sarawak



Kiri... Ruang Jualan Papar

Kanan... Ruang Jualan Sandakan






Penyertaan negeri lain pun ada iaitu dari Melaka, Sarawak dan Perak. Sarawak yang terkenal dengan kek lapisnya ada dijual... memang teringin nak beli tadi tapi biasalah dorang buat program ni pula ditengah-tengah bulan jadi kewangan cukup - cukup makan ja... saya ni pula bab kek-kek ni memang suka... apa kan daya.






Program ni memang baik dan antara tujuannya untuk meningkatkan ekonomi sesebuah daerah dan manfaatnya untuk rakyat setempat. Cuma penganjuran jualan - jualan produk tradisional ni (showcase) saya rasa kurang sesuai dari segi waktunya kerana diadakan ketika tengah bulan. Mungkin boleh dicadangkan waktu penganjurannya diadakan pada hujung bulan ketika orang gaji. Barulah senang hati bila berkunjung ke sana kan...



Sekain.

Selasa, Jun 16, 2009

Perginya Seorang Ulama Gerakan Islam

Bismillah....

Artikel ini saya dapatkan daripada Ust Zaharuddin Abd. Rahman melalui blognya disini. Moga ada manfaatnya bagi diri kita yang masih hidup ini.

Takziah Atas Pemergian Yang Pasti

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

kuburan.jpg

Beberapa hari yang lepas iaitu 13 Jun 2009, kesedihan melanda jiwa apabila membaca pemergian seorang tokoh gerakan Islam, ilmuan serta pemikir Islam yang berjasa. Beliau adalah Dr Fathi Yakan, seorang ilmuan yang amat popular dengan buku beliau "maza ya'ni intimai Ila Islam" (Apakah erti saya menganut Islam).

Sila download dengan percuma buku beliau (English Version)

Buku ini terlalu banyak digunakan oleh ahli-ahli gerakan Islam sama ada di peringkat sekolah, universiti dan peringkat nasional. Beliau juga pengarang kepada lebih 30 buah buku dan sebahagiannya diterjemah ke pelbagai bahasa. Beliau juga pernah menjadi ahli parlimen Lubnan atas tiket gerakan parti politik Islam.

fathi.png

Gambar : Almarhum Syeikh Dr Fathi Yakan

Apabila mendapat berita ini, saya terus terkenang pengalaman peribadi menjadi pengerusi majlis dalam satu ceramah beliau di Malaysia pada tahun 2001. Di situlah saya berpeluang berbicara dan berbual secara berdepan dengan Syeikh Fathi Yakan, khsusunya sebelum dan selepas ceramah.

Keadaan ini menjadikan saya lebih ‘terasa' dengan pemergiannya. Benar, pemergian seseorang adalah satu yang amat pedih khususnya bagi mereka rapat dengannya. Malah ia lebih memberikan rasa sedar bahawa kelak, giliran kita. Tidak pasti bilakah waktu itu, namun ia tetap akan berkunjung.

Kunjungan ‘kematian' kerap datang secara tiba-tiba. Ada yang berpendahuluan terlantar di hospital, dan ada pula yang tidak berpendahuluan (meninggal di tempa kejadian).

TIADA 'PATUNG' DR FATHI

Perlulah diingat bahawa jika kita ingin menghargai jasa dan usaha seseorang tokoh, bukanlah dengan menggantung gambarnya di rumah, memaparkan gambarnya di sana sini. Itu bukanlah cara yang disaran oleh Rasulullah s.a.w, namun cara yang betul adalah dengan menghidupkan usahanya, menyebarluaskan nasihat dan hasil pemikirannya dengan cara yang terbaik.

Jangan pula cuba beralasan mengatakan dengan gambar memberikan inspirasi, kerana jika itu benar lagi tepat, tentunya Nabi s.a.w akan menyuruh para pelukis di zaman itu untuk melukis wajah baginda untuk diedar buat para sahabat dan tabien sebagai ingatan kepada diri baginda dan Islam. Namun itu tidak berlaku, Islam bukan sebuah agama yang membenarkan patung sebagaimana dunia bukan Islam di barat terlalu ‘gila' membuat patung tokoh mereka.

Di London, muzim dipenuhi patung tokoh-tokoh mereka termasuk Darwin, di Paris, ia sebuah bandar yang hodoh dan semak dengan ratusan patung-patung ukiran yang besar, malah lebih hodoh apabila kebanyakkan patung-patung tersebut adalah diukir dalam keadaan berbogel. Itulah PARIS dan demikian juga kebanyakan bandar-bandar bukan Islam yang lain. Justeru, mengharagia hasil Dr Fathi Yakan bukan dengan menggantung gambar dan menekuni ‘patung tugu' Dr Fathi Yakan. Tetapi sebarkanlah hasil usaha beliau selain mendoakannya.

PERGINYA SEORANG PENULIS BLOG

Terfikir pula saya, dalam dunia berinternet ini, ramai yang mempunyai blog. Lagi popular blog tersebut, lagi hampir tuan punya blog dengan para pengunjungnya. Setiap hari mungkin pengunjungnya inginkan sesuatu yang baru dari tuan punya blog.

Tanpa disedari bahawa tuan punya blog boleh datang dan pergi. Sebagaimana pengunjung turut datang dan pergi. Namun bagi pengunjung setia yang mengenali dan rapat, apabila melihat sebuah blog yang sudah tidak lagi dikemaskini kerana pemergian pemilik blog, tentunya satu perasaan yang amat hiba dan pedih.

Baru-baru ini saya turut membaca beberapa tuan blog yang kembali ke rahmatullah, meninggalkan keluarga dan blognya terus kaku. Saya membuka blog mereka dan menatapi beberapa penulisan mereka dan juga gambar-gambar mereka sewaktu hayat dikandung badan, tanpa disedari datang perasaan hiba.

Blog tersebut masih berpengunjung, dipenuhi dengan ucapan takziah buat ahli keluarga, tetapi tuan punya blog sudah tiada di sisi, tiada mampu membaca kata-kata terbaru indah dan doa di blog mereka. Terfikir akan hal itu, perasaan sedih dan hiba sudah tentu melanda jiwa dan hati.

Sebagai contoh, blog milik pelajar perubatan Malaysia, Sdr Ammar Zulkifli yang meninggal akibat kemalangan di Mesir baru-baru ini. Sila buka blog beliau di sini .

Juga blog seorang ustaz muda, (Ust Wan Mohd Salimi) yang meninggal dunia dikatakan akibat kesan kemalangan juga, lebih pedih kerana meninggalkan isteri dan tiga orang anak. Blognya di sini pula .

Ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga dan di doakan ruh mereka mendapat rahmat dan tergolong dari kalangan individu soleh.

Saya sebenarnya tidak mengenali kedua-dua mereka, hanya mengenali mereka melalui blog mereka sesudah pemergian mereka. Itupun, masih terasa hiba apabila menekuni isi blog mereka.

Tatkala membaca pemergian mereka, meninggalkan buku dan blog mereka yang dipenuhi nasihat berguna sebagai amal jariah berterusan. Benar, satu-satunya yang akan mengikutinya ke alam seterusnya. Saya tidak dapat lari memikirkan dengan diri sendiri.

Nabi s.a.w amat menggalakkan kita untuk menziarahi kubur dengan sasaran untuk lebih mengingati kematian. Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menziarahi kuburnya, ziarahilah blognya dan berdoalah serta ingatlah akan kematian itu pasti. Kematian itu menuntut PERSEDIAAN. Persediaan menuntut kepada ILMU, ilmu menuntut kepada AMAL, dan amal menuntut KEIKHLASAN.

Bagaimanakah nanti blog saya di ketika hari kematian...masanya belum diketahui namun ia adalah sebuah pemergian yang akan datang. Sama-samalah kita berusaha dan bersedia, kerana ia adalah satu pemergian yang tiada peluang ulangan. Hidup adalah sebuah exam yang gagalnya tiada ruang untuk mengulang. Nauzubillah.

"Ya Allah matikan daku dalam keadaan penghujung penuh kebaikan dan janganlah matikan kamai dengan keadaan penghujung yang buruk"

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

15 Jun 2009


Pengajian Intensif Kitab Hadis 40


Bismillah...

Satu lagi majllis Ilmu akan diadakan pada 20 Jun 2009 ( Sabtu ). Bersama ini saya sertakan poster majlis tersebut berserta dengan biodata penceramah.


Ayuh semarakkan majlis ilmu tersebut untuk diri dan masyarakat bersesuaian dengan saranan Nabi SAW melalui sabdanya :

كن عالما ، أو متعلما ، أو مستمعا ، أو محبا ، ولا تكن الخامسة فتهلك

Bermaksud :

" Jadilah kamu orang yang berilmu, atau orang yang belajar, atau orang yang banyak mendengar atau orang yang cintakan (ilmu) dan jangan kamu menjadi orang yang kelima nanti kamu akan binasa".

( Kitab ابن بطة العكبري ,الإبانة الكبرى لابن بطة muka surat 224 juzu' 1 )

Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Abu Bakrah sepertimana diterangkan dalam kitab " Hadis - Hadis Pilihan Ke arah Pembangunan Insan Yang Soleh SIri 2 terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan pada muka surat 26 hadis ke - 16" bahawa:

Setiap orang yang hidup di dunia ini menghendaki kebahagiaan dan keselamatan. Untuk mencapai ke arah tersebut kita perlu kepada salah satu perkara berikut:

1. BERILMU supaya dapat mengajarkannya kepada orang lain.
2. BELAJAR untuk meningkatkan ilmu.
3. MENDENGAR supaya menambahkan ilmu.
4. MENCINTAI ILMU dengan cara memberi sokongan dan galakan kepada perkembangan ilmu.

Jika seseorang itu tidak tergolong dalam mana - mana kumpulan seperti di atas, mereka tidak akan beroleh kebahagiaan sebaliknya terdedah kepada kebinasaan.

Wallahu 'alam.

Isnin, Jun 15, 2009

Imtihan Semester 4


Bismillah....

Alhamdulillah hari ni baru dapat update kan blog. Semenjak 4 hari lepas bermula hari khamis 11 Jun 2009 saya dan kawan - kawan yang mengikuti Pengajian Berterusan Jarak Jauh UKM menghadapi imtihan akhir bagi semester 4 dan berakhir pada 22 Jun 2009.

Bermacam - macam ragam masa peperiksaan ni. Ada yang study sehingga tak tidur malam ada juga study malam tapi pegang - pegang buku terlena la pula. Mengikut pemerhatian saya semasa menghadiri peperiksaan ada di kalangan sahabat - sahabat macam tak bermaya. Tengok mata macam tak cukup tidur. Apa pun tulah hakikatnya aura peperiksaan, setiap peperiksaan tak kiralah peperiksaan apa pun nalurinya semuanya mau LULUS.

Harapan tinggi diletakkan agar lulus peperiksaan sehingga jika ada yang tersalah jawab rasa terlalu kecewa. Hingga membawa kepada kemurungan dan kesedihan yang melampau - melampau. Bagi saya peperiksaan itu penting. Tapi niat kita menuntut ilmu kena betulkan dan sentiasa diperbetulkan. Nak dapat IJAZAH je ke atau nak ilmu. Tak perlu kita kecewa terhadap kesalahan dan kekurangan dalam imtihan dan kita kena yakin bahawa itulah kemampuan kita berdasarkan usaha yang telah kita lakukan untuk LULUS.

Tapi yang sangat penting biarlah keberkatan dalam menuntut ilmu itu kita perolehi.
Tak de guna Madah Akhlak dan Tasawwuf dapat A tapi perangai tidak mengambarkan sehebat keputusan A tersebut. Madah Sejarah Perundangan Islam yang menceritakan kelebihan dan kewajipan menegakkan syariah Allah SWT dapat keputusan A, namun diri masih lagi jauh dari syariat Allah SWT bahkan memperlekeh akan syariat Allah SWT. Soal aurat masih tak jaga dan percakapan masih lagi dihiasi dengan perkataan keji dan nista. Semua ini adalah kesan daripada ilmu yang tak berkat.

Semakin banyak kita belajar semakin banyak perkara yang kita tidak tahu. Oleh itu, ilmu yang berkat adalah matlamat kita kerana ilmu yang berkat itu akan membentuk keperibadian seseorang ke arah yang lebih baik. Bak kata pepatah "ORANG BERILMU ITU IBARATKAN PADI, SEMAKIN BERISI IA TUNDUK KEBUMI BUKAN JADI MACAM LALANG YANG TEGAK MEMBONGKAK KE LANGIT".

Nabi SAW bersabda :

كن عالما ، أو متعلما ، أو مستمعا ، أو محبا ، ولا تكن الخامسة فتهلك

Bermaksud :

" Jadilah kamu orang yang berilmu, atau orang yang belajar, atau orang yang banyak mendengar atau orang yang cintakan (ilmu) dan jangan kamu menjadi orang yang kelima nanti kamu akan binasa".

( Kitab ابن بطة العكبري ,الإبانة الكبرى لابن بطة muka surat 224 juzu' 1 )

Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Abu Bakrah sepertimana diterangkan dalam kitab " Hadis - Hadis Pilihan Ke arah Pembangunan Insan Yang Soleh SIri 2 terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan pada muka surat 26 hadis ke - 16" bahawa:

Setiap orang yang hidup di dunia ini menghendaki kebahagiaan dan keselamatan. Untuk mencapai ke arah tersebut kita perlu kepada salah satu perkara berikut:

1. BERILMU supaya dapat mengajarkannya kepada orang lain.
2. BELAJAR untuk meningkatkan ilmu.
3. MENDENGAR supaya menambahkan ilmu.
4. MENCINTAI ILMU dengan cara memberi sokongan dan galakan kepada perkembangan ilmu.

Jika seseorang itu tidak tergolong dalam mana - mana kumpulan seperti di atas, mereka tidak akan beroleh kebahagiaan sebaliknya terdedah kepada kebinasaan.

Oleh yang demikian, tujuan dan matlamat menuntut ilmu itu perlu betul dan jelas agar hidup kita lebih bahagia dan bermanfaat untuk diri sendiri atau kepada masyarakat disebabkan kita memperolehi ilmu yang berkat. ILMU itu bukan untuk kita sahaja bahkan wajib disebarkan kepada orang lain di samping kita kena sentiasa mempertingkatkan ilmu dan mencari serta mencintai ilmu.

Wallahu 'alam.

Khamis, Jun 11, 2009

Majlis Perpisahan

Pn. Muhaini Abd. Fattah yang diraikan..

Bismillah...

Kelmarin 10 Jun 2009 telah diadakan sedikit majlis perpisahan di pejabat saya kerana salah seorang staf iaitu Puan Muhaini Abd. Fattah akan berpindah ke Jabatan Air Negeri Sabah dan akan melapor diri hujung bulan ini.

Ust. Rosman Membacakan Doa




Doa Diaminkan...






Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang telah disampaikan oleh Ust. Rosman Basri diikuti ucapan Pn. Muhaini seterusnya ucapan S.S Datuk Mufti. Akhirnya iaitu penyampaian cenderakenangan oleh S.S Datuk Mufti kepada Pn. Muhaini.

Detik - Detik Kesedihan...

Perjalanan majlis tersebut berjalan dengan sederhana namun seluruh staf dapat merasa kesedihan dia atas kehilangan staf yang bakal bertukar ke jabatan lain. Sedang selawat dan salam ukhwah dimulakan kesedihan terserlah dan ada yang sampai mengalir air mata. Ini membuktikan bahawa ukhwah Pn. Muhaini bersama dengan staf yang lain begitu erat yang terjalin selama 8 tahun beliau berkhidmat di pejabat ini.

Penyampaian Cenderakenangan



(Kiri).. Laungan Selawat...

(kanan) antara Staf pejabat bersama orang yang diraikan.




Apa - apa pun didoakan yang terbaik apabila berkhidmat di jabatan baru dan dikesempatan ini saya mengucapkan berbanyak - banyak kemaafan semoga ukhwah yang terjalin ini berkekalan bak mafhum hadis baginda Nabi SAW " PETEMUAN KERANA ALLAH DAN PERPISAHAN JUGA KERANA ALLAH SWT".

Rabu, Jun 10, 2009

Arah Kiblat Surau Kg. Salimpodon, PITAS

Kerja - kerja pengukuran arah kiblat dilakukan oleh Jabatan Tanah & Ukur.

Bismillah...

08 Jun 2009 saya bersama pegawai Falak Unit Falak Syarie Pejabat Mufti Negeri Sabah membuat lawatan penentuan arah kiblat di Surau Kg. Salimpodon, PITAS lebih kurang 120 KM dari Kota Kinabalu.

Pengesahan Kerja - Kerja Pengukuran Arah Kiblat Oleh Pegawai Falak Syarie...

Jam 7.30 pagi bertolak dari rumah dan lebih kurang jam 11.00 tengahari tiba di lokasi. Kami telah dibawa oleh Ust. Kamal, Penolong Pegawai Tadbir Agama JHEAINS PITAS ke tapak surau tersebut.




Surau lama Kg. Salimpodon, PITAS















Alhamdulillah kerja - kerja pengukuran telah dilakukan dengan bantuan Jabatan Tanah & Ukur, Kota Marudu. Tapak surau baru ini hanya bersebelahan dengan surau lama. Jika diperhatikan arah kiblat surau lama tersebut memang tersasar jauh. Saya anggarkan dalam 13 darjah lari kiblatnya dari arah kiblat sebenar. Namun mereka telah betulkan mengikut arah kiblat di tapak surau baru yang hendak dibina.




Restoran terapung... gambar sebelah kanan adalah bilik penginapan.














Setelah mengesahkan arah kiblat yang diukur oleh Jabatan Tanah & Ukur kami dibawa makan tengahari disebuah restoran yang letaknya di atas air. Nyaman udaranya dan sodap - sodap masakan seafoodnya. Lupa la pula nama restoran tersebut.... lokasinya di Kg. Luntok jalan antara Kota Marudu ke Pitas. Bilik untuk penginapan pun ada.

Pemandangan Indah dari Restoran terapung...

Alhamdulillah, dengan urusan rasmi ini dapatlah juga meninjau suasana di tempat orang yang berbagai ragam kehidupan serta melihat rupa bentuk alam ini yang telah dijadikan oleh Allah yang maha perkasa agar hati ini sentiasa tunduk dan patuh kepadaNYA.

Wallahu 'alam.

Selasa, Jun 09, 2009

Penyejuk Mata Penawar Hati

Bismillah....

Alhamdulillah, antara sebesar - besar nikmat bagi suami isteri adalah dikurniakan zuriat buat penyeri mata suami isteri.

Muhammmad Faateh Nayeel Bin Firdaus... lahir 06 Mei 2009
( Gambar dari blog www.firdauspharmacy.blogspot.com )


Di kesempatan ini saya ingin merakamkan tahniah buat sahabat Mohd. Firdaus sekeluarga kerana dikurniakan cahaya mata yang pertama. Saya pun tak berkesempatan lagi untuk menziarahi mereka dan hujung minggu lepas hajatnya nak berziarah tetapi rupanya mereka berada di Kedah balik kampung. InsyaAllah sekembalinya mereka ke Sabah kami akan berziarah dan dikhabarkan mereka bukan lagi tinggal di Putatan bahkan dah berpindah rumah di Sembulan dekat dengan bandar Kota Kinabalu dan tempat kerja mereka.


Siti Nur 'afifah Mohd Redwan...

Buat sahabat Ust. Redwan tahniah di atas kelahiran anak ke - 4. Murah rezekinya cepat dikurniakan anak dan anak ke-3 beliau seumur dengan anak saya dan semasa isterinya mengandung anak ke - 4 ni isteri saya juga disahkan mengandung anak ke - 2 tetapi tak de rezeki (keguguran). Namun selang beberapa bulan dari tarikh keguguran tu ( Bulan MAC ) Allah terus izinkan isteri saya hamil dan kalau tak de aral melintang InsyaAllah 07 Januari 2010 Muhammad Al-Ameen akan dapat adik... ameen.

Apa2 pun tahniah buat sahabat-sahabat di atas kurniaan nikmat ini semoga mereka menjadi PENYEJUK MATA PENAWAR HATI DAN MENJADI PEMBELA AGAMA ALLAH SWT. Kepada Sahabat-sahabat yang belum dikurniakan rezeki (zuriat) hanya sabar sahaja penawar yang mujarab walaupun ia agak berat untuk dipikul tetapi percayalah ADA SESUATU (HIKMAH) YANG TERSEMBUNYI ALLAH SWT SEDIAKAN UNTUK ANDA.

Ahad, Jun 07, 2009

Isu Palestin

Bismillah...

Alhamdulillah seperti mana yang telah dirancang ceramah Isu Palestin oleh Dr. Zainur Rashid dari aman Palestin di Masjid Nurul Iman Pasir Putih Putatan dianjurkan bersama Aman Palestin dan AJK Masjid Nurul Iman Pasir Putih , Putatan berjalan lancar walaupun berlaku kelewatan disebabkan rombongan penceramah tersekat dengan kesesakan jalan raya.


Saya diamanahkan sebagai perantara program ini dan moderator majlis pada malam tersebut menganggarkan kehadiran jamaah dalam 50 orang ke atas dan jumlah ini amat sukar diperolehi pada majlis ceramah seperti ini di Sabah ini melainkan kehadiran dengan kerahan bukan dengan keikhlasan.



Ahli jamaah masjid dapat juga mendengar isu Palestin ini daripada penceramah yang memang cukup berpengalaman kerana beliau sendiri pernah mengikuti misi kemanusiaan ke Palestin. Malam tersebut penceramah memfokuskan mengenai masjid al-Aqso dengan bantuan paparan power point yang membolehkan para jamaah melihat sendiri gambaran sebenar mengenai masjid al-Aqso di Palestin. Ceramah jenis ini jarang - jarang sekali diadakan di masjid ini.


Alhamdulillah dengan komitmen yang diberikan oleh pihak AJK masjid maka ini merupakan salah satu bentuk ceramah yang cukup bermanfaat kepada ahli jamaah yang mempunyai kelainan. Ini merupakan sebagai muqaddimah siri - siri ceramah yang akan datang yang menampilkan penceramah - penceramah yang berkelayakan untuk dikongsi bersama ilmunya bersama dengan ahli jamaah masjid ini agar dapat dihidupkan ruh Islam yang sebenar dalam diri mereka.

Wallahu 'alam.